Selasa, 15 Januari 2013
8.45 malam
Stadium TLDM, Lumut
Selepas dua perlawanan, Perak dilihat masih mencari ramuan ampuh bagi menghadapi lawan. Satu kemenangan Dan satu kekalahan setakat ini mungkin telah memberi gambaran awal kepada pengendali Perak Mohd Azraai Khor Abdullah untuk menghadapi Felda United di Lumut Selasa nanti.
Felda United yang masih gagal mencari kemenangan selepas dua perlawanan, amat mengharapkan 3 mata pertama di Bandar TLDM itu nanti. Dibarisi pemain-pemain yang pernah mencipta nama seperti Helmi Eliza Elias, Khaironnisam Shahbudin, Azi Syahril, Sharizal Saad dan bekas penyerang sensasi suatu masa dulu, Razali Umar Kandasamy bakal memberi cabaran kepada skuad Seladang.
Pasukan berstatus kelab ini tidak boleh dipandang rendah kerana sering mengundang ‘bahaya’ kepada lawannya. Nadi utamakan pasukan adalah kredibiliti Jurulatih baharunya K Devan yang sukar diramal.
Bagi Perak, mereka masih belum dapat menunjukan karektor sebenar. Di Larkin Jumaat lalu, barisan pertahanan Perak telah memberi amaran kepada lawan seterusnya bahawa mereka tidak sewenang-wenangnya membiarkan barisan serangan lawan menembusi kubu Perak. Itulah antara hikmah yang diperolehi di Selatan semananjung.
Untuk perlawanan seterusnya, Perak perlu lebih menumpukan untuk mencipta gerakan menarik untuk menghasilkan jaringan gol.
Kedudukan Terkini Liga Dan Jadual Perlawanan lain.





Mungkin teman tak berapa tahu tentang kedudukan streka kita, si Karim tu. Adakah dia cedera disebabkan perlawanan persahabatan atau memang dah sedia cedera semasa diambik tapi tak dapat dikesan. Adakah semasa lawan dengan Felda United nanti pada 15 Januari nanti penyerang ni boleh diturunkan. Kalaupun diturunkan, adakah dia mampu menjaringkan gol atau setidak-tidaknya mencipta gol untuk pemain lain seperti Abdul Hadi Yahya. Kalau semuanya tak menjadi, bermakna tak berbaloi le PAFA mengambik dia. Maknanya juga mulai sekarang pihak pengurusan PAFA kena le cari bakal pengganti dia. Jangan le pisang berbuah dua tiga kali hendaknya. Lebih le berhati-hati dan daftar le pemain yang dianggap terbaik ketika tingkap pendaftaran semula dibuka nanti.
Teman pun Tak berapa pasti status Si karem tu. Tapi PAFA should be serious on that. Belum Liga start dah ada bunyi macam-macam. Perak kena skor lawan Felda nanti. Barisan serangan masih gagal.
Kecoh dah warga internet dok gosip kate si karem banzema kita tu dah buat koje part time uli roti nan kat wanggey ipoh nun… hehehe
semoga berjaya pasukan perak….barisan serangan yang dilihat tumpul dalam perlawanan sebelum nie..diharapkan pemain perak akan menjaringkan gol esok dan kemenangan milik perak
Bila pulak Hady dan Faily nak sekor. Dah dua perlawanan, tapi pemain Perak tak sekor langsung. Sampai pihak lawan pulak yang sekorkan untuk deme. Apakehenya. Takkan le department pertahanan aja yang ampuh tapi department serangan tumpul. Sampai bile le dept. Pertahanan mampu bertahan. Si Hady tu sepatutnya buktikan le yang dia tu benor-benor penjaring tersohor. Tambah-tambah pulak bahagian serangan tu tak ada penyerang import. Ate patut dia le yang ambik alih nyekor. Bila ada peluang nyekor tu, buat le bersungguh. Jangan buang masa langsung. Sebab pihak lawan sentiasa nak keluorkan bola dari kotal penalti deme.
Hanya pemain Perak dan Negeri Sembilan belum menjaringkan gol selepas dua perlawanan
Teringat teman pasai lampu limpah stadium ni. Tiga empat tahun dulu FAM tak kesahpun lampu stadium berapa lux ke palmolive ke. Tapi kini particular sangat. Tak cukup terang tak baginya main malam. Tapi ngapa tak tengok keadaan padang juga. Kalau rumputnya tak tumbuh melata dan ada kelompang di sana sini, sepatutnya jangan diluluskan bermain. Kalau diluluskan juga takut pemain akan mengalami luka bila terjatuh. Berbanding dengan lampu limpah, ia tak tinggalkan kesan langsung kepada pemain di padang yang boleh akibatkan luka atau patah. Jadi dah tiba masanya FAM tu ambik hal tentang keadaan padang pulak. Bahagian ini le yang sepatutnya lebih diutamakan berbanding lampu limpah. Ce kome bagi sikit komen tentang hal ini.
Ate apa pulak perkembangan upgrading lampu limpah stadium Perak kita. Udah nak siap ke. Atau sampai abih musim baru siap. Teman lama bebenor tak turun ke stadium nengok pasukan Perak kita berjuang di Stadium Perak. Rindu pulak rasanya.
Entah. Tapi macam ade kepentingan je.
Yob Jaji,
Bab lampu limpah tuh memang ada termaktub dalam undang2 FIFA, tapi dari pemahaman teman setakat main liga malaysia neh tanpa ada LIVE BROADCAST dalam 750lux pun cukup, tapi masuk National Level at least kena ada dalam 1400 – 3500 bergantung jenis pertandingan. Jadi elok jugak diaorang suruh semua stadium pertingkatkan kecerahan lampu tuh. Masalah kat sini bukan nak tambah bilangan lampu tapi ada stadium yang takde kemudahan ELEKTRIKAL untuk support sampai lebih dari 1000lux lampu tuh. Itu pasal ada stadium (termasuk Ipoh) yang tetiba mati bila pasang lampu lebih sangat…hihihi
Tak silap teman, bukan setakat tambah lampu tapi tiang kena lebih besar/footing kena lebih dalam/lebar agar dapat menampung tambahan bebanan. Pihak TNB pula kena upgrade PE kepada yang lebih besar untuk tampung tambahan penggunaan elektrik.
Dengan kekalahan Perak kali kedua berturut-turut ini, nasib baik le juga main di Stadium TLDM. Sah le tak pergi dah. Getik teman nengok deme tumpui bebeno di bahagian serangan. Kalau main di Stadium Perak, kalah-kalah pun terpaksa pergi juga. Itu dah lumrah penyokong. Tak kan le ngabiskan duit tak pasai-pasai, sedangkan permainan deme entah apa-apa. Bawak le berapa orang ‘bintang’ pun, kalau dah rope itu mainnya (tak menang-menang mutlak dan bukannya ditolong jaringkan oleh pemain lawan), tak sior le teman pegi stadium dah.