Liga Super 2013 | Darul Takzim FC vs Perak (result)

 

 

Astro Liga Super 2013

Jumaat,11 Januari 2013
Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin
8:45 Malam

Darul Takzim FC 1 – 0 Perak

Perlawanan yang pada mulanya tampak seimbang tetapi dicemari dengan dua layangan Kad merah kepada dua tonggak pertahanan Perak Khairi Kiman Dan Hisyamuddin Shaari sekali Gus merencatkan perancangan taktikal Azraai Khor merencana 3 Mata seterusnya buat Sang Seladang.

Perak memulakan babak kedua dengan 9 pemain dan Aidil Zafuan Abdul Razak berjaya meledakkan gol tunggal perlawanan diminit ke 47 sekali gus memperoleh 3 mata yang dicari. Dalam Pada itu pujian diberikan kepada Perak kerana berjaya mengekang Semua asakan untuk Darul Takzim FC melebarkan jurang gol.

Biarpun pelbagai tohmahan dihamburkan terutama terhadap mutu pengadilan, namun hakikatnya, Perak bermain baik Dan terpaksa menerima situasi ini secara profesional.

Pihak SDN menyeru agar Penyokong Perak bersikap profesional tidak seperti penyokong pasukan lain yang melulu dan lupa hakikat perjuangan yang sebenarnya. Jika terdapat sebarang rasa tidak puas hati , gunakanlah saluran yang sepatutnya agar tindakan boleh diambil oleh Pihak yang berwajib.

Kesebelasan Utama Perak:

Farizal Marlias (GK)
Rafael Souza Silva
Shahrom Kalam (KP)
Mohd Hisyamuddin
Khairi Kiman
M.Sivakumar
Nasir Basiruddin
Nazri Kamal
Yong Kuong Yong
Hadi Yahya

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

2 thoughts on “Liga Super 2013 | Darul Takzim FC vs Perak (result)

  1. helmirizal

    tewas 1-0 ketika perak hanya bermain dengan 9 orang...rasanya kalau bermain dengan 11 orang, tentu keputusan perlawanan tersebut lebih menarik

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.