Monthly Archives: January 2013

Piala F.A 2013 | Darul Takzim FC vs Perak (result)

 

SDN KV JATA

Jumaat,25 Januari 2013
Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus
8.45 Malam

Darul TakzimFC 1 – 0 Perak

Secara keseluruhannya, bolehlah disimpulkan bahawa Perak yang kurangnya bernasib baik. Jika diukur usia pemain kedua-dua pasukan memang jauh berbeza. Tetapi, pemain-pemain muda Perak membuatkan ramai yang terpegun Dan teruja dengan aksi dipamerkan. Di usia begini mereka mempamerkan aksi yang lebih matang Biarpun Pada satu ketika mereka melakukan kesilapan, namun ianya belum cukup untuk memadam keterujaan penonton yang pertama Kali menyaksikan aksi mereka.

Benar, kalah atau menang adat pertandingan. Perak hampir-hampir mengaibkan ‘hero-hero malaya’. Secara positifnya, Perak mempamerkan peningkatan Dan sudah pasti barisan pertahanan mendapat pujian melebihi bahagian lain. Sekali Gus memaksa barisan serangan lawan bergelut untuk mencari gol. Selepas ini mungkin khidmat Shahrulnizam Mustafa bolehlah dilupakan terus. Ini kerana SDN percaya jika Sivakumar diberikan peluang bermain secara berterusan prestasinya akan meningkat. Begitu juga dengan Norhakim Isa yang tidak gentar atau gugup Biarpun berdepan dengan lawan yang kononnya hebat.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2013 | Perak vs Selangor (result)

Astro Liga Super 2013

Selasa,22 Januari 2013
Stadium TLDM, Lumut, Perak
8:45 Malam

Perak 1 – 1 Selangor

Selangor gagal meneruskan ‘kecemerlangan’ mereka seperti sebelumnya. Selain itu, mereka juga gagal untuk tahun keempat untuk menang di laman Perak. Pelbagai reaksi daripada perlawanan semalam yang disiarkan langsung di Astro Arena.

Namun, itu lah bolasepak, terkadang agak zalim dan terkadang mengundang celaka kepada salah satu pasukan. Semalam menjadi saksi betapa peritnya anak-anak buah mengharungi cabaran untuk mencari 3 mata dikala pihak lawan tempang dengan 10 pemain.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2013 | Perak vs Selangor (preview)

Astro Liga Super 2013

Astro Liga Super 2013

Selasa, 22 Januari 2013
8.45 malam
Stadium TLDM, Lumut

Selepas berjaya menamatkan ‘badi’ kemenangan di Paroi selepas bertahun-tahun, Perak bakal diuji Selangor Selasa nanti di Lumut. Selangor yang dilihat agak konsisten selepas 4 perlawanan lalu bakal memberi saingan sengit dan Perak perlu mencari 3 mata seterusnya untuk menyakinkan penyokong yang kurang senang dengan keputusan setakat ini.

Rekod bertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini menunjukkan Selangor tidak pernah meraih 3 mata dalam saingan Liga Super 2010 hingga 2012. Pada Tahun 2010, Mohd Nazri Kamal menjadi wira Perak apabila gol tunggalnya mengesahkan 3 mata untuk Perak. Musim yang berikutnya, Perak berjaya mengikat Selangor tanpa jaringan. Manakala musim lalu, Michal Kubala dan Bodjongo Dika mencatat nama sebagai penjaring untuk mengecewakan Red Giants dengan jaringan 2-0.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2013 | Negeri Sembilan vs Perak (result)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 19 Januari 2013
Stadium Tunku Abd Rahman, Paroi
8:45 Malam

Negeri Sembilan 0 – 1 Perak

Perak akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan jaringan gol apabila berjaya menewaskan Negeri Sembilan dengan jaringan tunggal dari pemain gantian Failee Ghazali pada minit ke 94. Beliau masuk sebagai pemain gantian pada minit ke 89 menggantikan Rafiuddin Roddin.

Perak memulakan aksi pada separuh masa pertama dengan garang apabila bola sepakan percuma dari Rafael Souza berjaya ditepis penjaga gol Negeri Sembilan seawal minit pertama lagi. Selepas itu permainan lebih banyak berkisar di tengah padang dengan pasukan tuan rumah turut buntu dalam melancarkan serangan ke kubu Perak.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)