Futsal | Futsal Riadah SDN KV – 7 Disember 2012 (report)

SDN KV JATA

Semalam berlangsung aktiviti futsal di Samba De’ Futsal Petaling Jaya dengan kehadiran 12 orang rakan-rakan yang bersemangat untuk memeriahkan acara.

Biarpun ada dikalangan rakan terlewat namun itu tidak menjejaskan objektif asal penganjuran iaitu untuk mengeratkan ukhwah disamping dapat beriadah untuk menyihatkan badan.

Selepas ini, SDN akan merancang aktiviti sebegini lebih kerap dan menghidupkan kembali pasukan Futsal yang kebanyakannya terdiri daripada rakan-rakan SDN sendiri.

Senarai Pemain Yang Hadir:

SDN KV

  1. YB
  2. Syidi
  3. Taufiq
  4. Amir
  5. Udinese
  6. Axlrose (Kamil)
  7. Anip
  8. 3 x Rakan Taufiq
  9. Husaini Amir (Abang kepada Syidi)
  10. Muhammad Syafiq
Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Info SDN and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

15 thoughts on “Futsal | Futsal Riadah SDN KV – 7 Disember 2012 (report)

  1. keristujuh

    Tahniah Pengurusan SDN & kapten kerana berusaha menjadikan aktiviti latihan futsal kali ini satu realiti. Satu langkah "Come Back" yang nyata memberi kesan kebangkitan skuad ini dari 'terkubur' dari aktiviti futsal.

    Pada hari tersebut walaupun hanya dapat beriadah selama lebih kurang 1 jam tetapi ikatan ukhwah silaturrahim antara ahli tetap erat. semoga akan diadakan lagi pada masa akan datang sekerap mungkin agar dapat memantapkan pasukan futsal SDN.

    Cadangan: Memajukan SDNKV @ SDN.
    1.SDN yang menganjurkan kejohanan futsal liga 3 penjuru atau 4 penjuru pada setiap bulan.
    2.Mengadakan liga bermusim antara kelab penyokong perak ataupun kelab2 lain.
    3.Mengadakan latihan taktikal dan mantapkan teknik futsal kepada pemainnya.

    "Kebangkitan Harus direalisasikan"

    Tahniah SDN...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. helmirizal

    tahniah kepada semua yang telah hadir....teman tidak dapat turut serta malam tersebut...insyallah jika ada lagi aktiviti riadah seperti ini kemudian hari nanti teman akan sertai mudah-mudahan

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi Post author

    Salam. Ye la. Kita buat apa yang termampu. Susah Sebenornye nak kumpulkan ramai-ramai dalam satu masa. Lepas ni Sapa yang bolehlah datang, datang je. Dapat air free. Hehe

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. keristujuh

      Dalam yang termampu pun SDN dapat buat yang terbaik...tu yang best tu. Dapat air free tu (bukan calang-calang air free tu) + air bertenaga lagi...terima kasih kepada pihak yang membuat tajaan.

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. anip

    Alhamdulillah. Setelah sekian lama tak bertemu dengan rakan-rakan SDN maka sesi riadah kali ini memang memberi manfaat yang baik. Main sampai muntah hijau kot malam tu. Hahaha... Tapi dengan ayor percuma yang berkualiti memang terbaiklah. :-) Semoga sesi macam ini dapat diadakan dengan lebih kerap lagi. Syabas SDN!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. keristujuh

      Ye selalunya berfutsal dengan SDN memang akan mendapat kepuasan dalam permainan futsal.

      3 tempat dan team ni je yang buat teman mendapat kepuasan dalam berfutsal.

      ranking pertama: SDN @ SDNKV (gred A++)
      ranking kedua: Gilerz Seven FC
      ranking ketiga: Belasahan FC (Kedah)

      SDN Terbaik...Cemerlang, Gemilang, Terbilang.
      Syabas.

      *sekadar luahan hati dalam berfutsal*

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. webmaster

    Untuk makluman semua:

    Satu takwim atau jadual penuh setahun aktiviti futsal akan dikeluarkan tidak lama lagi. Diharap bersabar, terima kasih.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.