Umum | Ciri-Ciri Pemain Import Perak Yang Anda Impikan

Suatu ketika dahulu, pemain-pemain import Perak cukup memberi kesan dan meninggalkan memori indah kepada para penyokong. Siapa tidak kenal dengan Laszlo Repasi, Frank Seator, apatah lagi Keita Mandjou. Ini antara nama-nama yang pernah menjadi pencetus atau punca Perak digeruni disamping semangat sepasukan pemain-pemain Perak ketika itu.

Musim 2012, FAM kembali memberi kebenaran bersyarat kepada semua pasukan untuk mengambil pemain Import untuk pasukan masing-masing. Namun, Perak dianggap gagal mengambil import yang berkualiti biarpun Michal Kubala berjaya menjadi penjaring terbanyak Perak dan menjadi buah mulut pasukan lain ketika itu. Lebih mendukacitakan adalah prestasi Lazar Popovic yang pada awalnya dilihat mampu menimbulkan impak kepada pasukan, tetapi indah khabar dari rupa.

Kehadiran Albert Bodjongo Dika selepas Popovic amat dialu-alukan ketika Perak dalam keadaan yang amat memerlukan. Gol demi gol dihasilkan tatkala Liga Super berada dipertengahan jalan. Para penyokong mula menaruh harapan agar kecemerlangan Bodjongo diteruskan dalam saingan Piala Malaysia 2012. Sekali lagi, kedua-dua pemain Import Perak gagal menyumbang khidmat terbaik mereka.

Selepas itu, PAFA dilihat agak agresif dan serius untuk ‘membetulkan’ keadaan dalam pasukan Perak. Masa yang ada dipergunakan sebaiknya untuk menambahbaik struktur yang ‘tidak kukuh’ kepada yang lebih ampuh dan bakal memberi impak positif musim depan. Seorang demi seorang ‘Hero Malaya’ dilamar. Tidak kisahlah siapa pun, asalkan mereka komited untuk berjuang bersama para penyokong Perak.

Persoalan panas yang kini menjadi perbincangan tidak kira di laman maya atau kedai kopi adalah, Siapakah Pemain Import yang akan dilamar Jurulatih Baharu Perak?

Sebagai pencinta Bolasepak Perak, anda mungkin ada citarasa tersendiri. Kongsikan. Pandangan anda amat seladang.net hargai. Terima kasih.

Likes(1)Dislikes(0)
This entry was posted in Umum and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

16 thoughts on “Umum | Ciri-Ciri Pemain Import Perak Yang Anda Impikan

  1. active11

    Biasanya orang Malaysia teruja mencari penyerang import, tp sy lebih berminat untuk melihat pemain tengah import yang berwibawa.
    Selain menjadi perancang, pemain ini boleh jadi 'benchmark' kepada pemain muda lain. Kita ketandusan pemain yang boleh membuka ruang ketika situasi mendesak.

    Situasi di Liga UAE, pemain arab juga semakin meningkat naik kerana pemain tengah mereka kebanyakan pemain import yang berkualiti. Hari demi hari berlatih bersama, secara langsung meningkatkan mutu seluruh pasukan dan LIGA.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. zizou85

    posisi paling genting ialah Pertahanan yang mana mempunyai kelemahan terutamanya di Centre Back.

    dan juga pemain di posisi penyerang yang mampu menjaring 20-30 gol satu sizen. kalau tengok pemain import Azrai Khor, sememangnya pemain yang mempunyai fizikal yang mantap serta penyudah yang berbisa.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yusteroy

    Salam, teman cadangkan pemain import, amik 'utility player'/player yg boleh main byk posisi, cth'y kalau amik center midfield dia boleh gak jadi winger & 2nd striker, paling penting jenis kaki skor punye (cam kieta). Kalau amik defend, dia boleh gak jadi full back & def-mid (cam traore). Mahal sket pun takpe coz serba boleh, alah membeli menang memakai..hehe..sekadar pendapat teman jerr.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      BAGUIH!!!tapi pada teman kalo Xde import luarpun still ok lg..kalo nak import sangat,amek spt yg dinyatakan oleh yob yusteroy..kalo boleh,deme mampu utk mengawal gawang aka keeper gak..kot2la keeper kita kena kad merah..dalam pd masa yg sama boleh score..ngeh

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. helmirizal

    pada pandangan teman perak perlu ambil pemain import untuk posisi tengah bertahan (DMF) dan juga penyerang....diharapkan pemain import yang dipilih biarlah yang berkebolehan dan berkualiti

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. saidin

    salam

    Bagi teman kalau boleh pemain import yang ingin diambil perlu serba boleh seperti kata kata yusteroy.....

    dalam masa yang sama perlu memastikan pemain import tersbut masih muda dan berkualiti,perlu bebas dari segala masalah kecederaan,perlu memiliki stamina yang hebat agar mereka ini mampu beraksi didalam suasana cuaca,permainan dan keadaan padang bola sepak di negara kita.

    seandainya pemain import yang bakal dimiliki oleh pasukan Perak tidak memiliki ciri ciri seperti yang dicadangkan jangan haraplah warga malaysia dapat melihat kualiti yang sewajibnya dan sudah pasti pasukan perak akan menjadi satu satunya pasukan yang mengekalkan import tak berkualiti macam barangan jenama china.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Jenama/brand terkenal bnyk dibuka di China.bukan bermasud brngan buatan china xbagus melainkn pelabur asing lbih minat n cenderung utk melabur disana disebabkn tax,bil tenaga buruh serta kos yg lbih berbaloi utk pulangan..

      Yang menjadi kebodohan PAFA adela dgn membiarkn org yg Xbermaruah membuat keje!!!Pantang lepa!!apa yg dapat teman kenalpasti disini adelah,peluang yg dimiliki oleh beberapa staff PAFA bg menjana kantung peribadi utk diberi makan kpd anak-bini!!!utk dijadikan darah-daging bekalan diakhirat kelak..

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. chuck

    Teman mohon agar saudara bendahari merangkap tuan pengurus pasukan PERAK khairul izwan DIGUGURKAN @ tuan president PAFA boleh dikatakan turut bersubahat kerana masih menyimpan si KEPARAT/bangkai kepada pasukan!!!

    Mohon dipertimbangkan dengan seadil-wajarnya!!!
    cukup jelas lagi bersuloh!!!
    Samada beliau lepas tangan@beliau bersubahat!!!
    Jika lepas tangan xmungkin beliau kepingin menjawat jwtn sekali lagi memandangkan beliau sendiri terlibat dalam menyapu bersih wang dana yg disalurkan oleh PAFA,khususnya wang rakyat jelata aka peminat yg hadir memenuhkan stadium!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. ihsan

    Terharu dengan komen rakan-rakan...terharu dengan sokongan padu kome kepada perak..satu komen yg mantap..sama-sama kita doakan perak akan kembali di geruni, menumbangkan setiap lawan yg ditentang...misi tahun depan bukan setakat untuk menjulang piala, malah utk membalas dendam kekalahan 0-6 dengan kelantan..maruah kita tercalar akibat kekalahan itu.. teman amat yakin, coach azraai akan dapat mencari pemain2 import berkualiti untuk perak.. kalau nak ambik pemain import tengah, barisan pertahanan pulak lemah, dimana hanya ada hisyamuddin dan shahrom kalam di posisi itu..kalau ambik import pertahanan, centre midfield pulak bermasalah.dengan azidan sudah melepas ke pahang aka FAM, di harap Coach Azraai dpt mencari pengganti dia....kerana posisi centre midfield hanya ada Nazri dan Arul sahaja, yang bagi teman belum cukup untuk mencabar barisan tengan johor,kelantan yang mantap...jikalai kita dpt fadhli shas dekat barisan pertahanan, dpt lah kita ambik pemain import barisan tengah..tapi telah dinyatakan oleh pihak pafa, mereka ingin mengambil pemain import bahagian pertahanan dan serangan, kita terpaksa akur..semoga coach Azraai, dpt mencari pemain centre midfield yg baik....posisi ini amat membimbangkan kita..kalau lah ,jadi apa-apa pada Arul , masak kita nanti..hehe... bagi teman ini lah line up kemungkinan, dengan pemain yang kita ada sekarang ini...

    Hadi - Import

    Chanturu - Nazri - Arul - Yong

    Khairi - Import - Shahrom - Thirumurugan

    Farizal

    Apa pandangan rakan-rakan dengan line up kemungkinan ini? :-)

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. ihsan

      pertukaran

      azlan masuk menggantikan hadi

      rafiuddin masuk menggantikan yong..dan chanturu akan ke wing kanan dan rafi wing kiri..

      makkanya dalam 14 pemain terbaik memang rafiuddin dan azlan ada menempatkan diri..itu pun kalau tiada lagi, pemain2 bintang yg di pikat perak..kalau ada pemain2 bintang lagi, pasti akan merubah barisan kemungkinan perak....

      Likes(0)Dislikes(0)
  8. robslam

    Takat ambik import reject2 neh jawabnya lebohhhh lagi ler pelaburan pafa tahun 2013 nanti... peminat akan terus ditipu dgn janji pelesu dari pafa..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.