Piala Emas Raja-Raja | Jadual Perlawanan

Saingan edisi 2012 dilihat agak getir buat anak-anak buah Abu Bakar Fazim apabila diundi bersama Pahang, ATM dan Pulau Pinang dalam Kumpulan C. Pulau Pinang bagaimana pun difahamkan telah menarik diri di saat akhir dan kini saingan ke peringkat seterusnya lebih singkat buat Perak dengan hanya perlu bermain dua kali di peringkat kumpulan.

Perak yang dibarisi oleh barisan yang sama yang menjuarai Piala Presiden, dilihat mampu bersaing seterusnya memberi cabaran sengit kepada pasukan-pasukan lain termasuk juara bertahan Piala Emas Raja-Raja 2011 iaitu Pahang.

Berikut adalah jadual perlawanan Kumpulan C :

23 November 2012

Pahang V Perak

24 November 2012

Perak V ATM

25 November 2012

Pahang V ATM

**Semua Perlawanan Berlangsung Jam 8.45 Malam Di Stadium Darul Makmur
**Tiket Berharga RM 5.00

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Umum on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

One thought on “Piala Emas Raja-Raja | Jadual Perlawanan

Comments are closed.