Persahabatan | Perak vs YBU FC (Skuad Perak Di Liga FAM)

Stadium Ipoh, Perak
23 November 2012
8.30 malam

Bagi terus memilih pemain import berkaliber, jurulatih Perak, Mohd Azraai Khoor Abdullah sekali lagi akan menilai dalam pertemuan perlawanan persahabatan esok menentang YBU FC (Yayasan Bina Upaya). Kesungguhan ini dilihat apabila tiga pemain import dari Brazil pada sesi ujian pertama ditolak bulat-bulat jurulatih kerana tidak menunjukkan ciri-ciri pemain import yang kental dan berkaliber.

Dalam pada itu, pengurus pasukan Perak, En. Khairul Azwan masih berteka-teki dengan dua orang pemain tempatan yang bakal menandatangani kontrak bersama Perak untuk musim 2013. Menurutnya PAFA masih menghormati kontrak dua pemain tersebut bersama pasukan lamanya yang hanya akan tamat akhir bulan ini.

Dalam pertemuan sebelum ini, Perak sekadar seri satu sama ketika menentang skuad piala emas raja-raja. Namun keputusan itu tidaklah membawa apa-apa makna tatkala posisi pemain sentiasa ditukar mengikut kehendak jurulatih ketika perlawanan dilangsungkan untuk melihat keupayaan masing-masing. Diharap pemain import yang bakal menjalani pemilihan esok menunjukkan prestasi yang tinggi setaraf dengan gelaran ‘pemain import’ bagi mana-mana kelab.

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “Persahabatan | Perak vs YBU FC (Skuad Perak Di Liga FAM)

  1. helmirizal

    perlawanan persahabatan yang penting untuk jurulatih mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap pemain dan juga merancang taktikal sambil menguji pemain import yang hadir untuk sesi pemilihan

    dikhabarkan seorang pemain import dari oman yang bermain di posisi pertahanan akan hadir esok untuk pemilihan

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. keristujuh

    jom sdn buat persabatan dengan perak fa...hu2
    sdn vs perakfa
    kalau kita kalah pun boleh je masuk rekod perlawanan persahabatan...hu2

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.