Persahabatan | Perak vs Perak (Skuad Piala Emas Raja-Raja)

Selasa, 20 Nov 2012
Stadium Perak
5:00 Petang

Perak 1 – 1 Perak (Skuad Piala Emas Raja-Raja)

 

Biarpun keputusan tidak memihak kepada Skuad Senior Perak, namun, pengendali Perak Azraai Khor Abdullah tetap optimis sambil memuji barisan muda yang bakal membawa cabaran Perak memburu kejuaraan Piala Emas Raja-Raja 2012. Beliau kagum dengan aksi yang dipamerkan seolah-olah memberi khabar gembira buat beliau kerana selepas ini memiliki banyak pilihan untuk mengisi slot Skuad Senior sekiranya berlaku sebarang kemungkinan.

img_0643.jpg

Beliau juga berharap agar selepas ini dapat membantu barisan muda Perak untuk meningkat naik dengan memberi pendedahan awal agar mereka tidak kekok ketika berdepan pemain import dan pemain yang lebih senior. Apabila ditanya tentang Federick Mendy, Azraai Khor menegaskan bahawa pemain itu tidak akan bersama Perak, sebaliknya Perak akan mencari pemain import dari liga yang lebih kompetitif seperti Liga Perdana Inggeris dan sebagainya. Ini sekali gus dapat meningkat kualiti Liga Malaysia .

Info: Razlan Hashim (sportsmalaysia.net)

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Umum and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.