
Latihan futsal kali kelapan SDN KV dijadualkan pada hari Jumaat 7 Disember 2012 (Malam) bertempat di Samba De’ Futsal Lot 13 , Jalan 225, Section 51A, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan (Belakang Bangunan AVON) (Sila rujuk Peta Belon C di bawah).
Latihan terbuka kepada semua ahli atau bukan ahli berdaftar SDN tanpa mengira tahap kebolehan permainan anda. Sila nyatakan kehadiran anda pada komentar di bawah.
- Tarikh: Jumaat 7 Disember 2012
- Masa: 8:30 – 10:00 malam
- Lokasi:Lot 13 , Jalan 225, Section 51A,
Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan - Yuran: RM10 +/-
- Court: Large 32m x 24m – Teraflex
- Bib & bola ada disediakan
Peta Google
Belon Hijau A – Persimpangan Lebuhraya Persekutuan
Belon Hijau B – Pan Global Club
Belon Hijau C – Samba De Futsal
Senarai Pemain Yang Dijangka Hadir:
1. YB
2. Syidi
3. Taufiq (bersama 3 x rakan)
4. Husiani Hussain
5. Keristujuh
6. Anip
7. Zam
Nota: Jemputan Khas Rakan-Rakan Silverstate Ultras. Kita letak sasaran untuk sekurang-kurangnya 14 orang pemain akan hadir pada latihan itu nanti. Kepada rakan-rakan semua sila jemput sahabat, rakan dan saudara mara anda untuk turut sama menyertai latihan futsal SDN KV.




Dah setahun tak main futsal ni. Haha… Nak join jgk la,syidi… InsyaAllah kalau tiada apa-apa halangan (outstation) teman join futsal ni.
bukan ko selalu main dengan doyan fc ker anip..heheehe
pe-tey FC
doyan fc lagi la aku hauppp…haha…
Jom la ramai2 eratkan ukhwah. Dapat kenal2 kepada sapa2 yg gelum pernah Jumpa tu.
betul-betul…eratkan persahabatan…
kalo buat dekat Ipoh,insyallah teman dpt turut serta.Ini memandangkan pd 7hb-9hb teman akan berada di sekitar ipoh atas urusan risikan..
kalau tiada aktiviti..teman datang.dah lama rasanya dah setahun lebih xmain futsal..
uiks, tetiba je.. dah lama x main dah ni…Join yer
nak main futsal pun dah xtau macam mana ni..lelah gamaknye nanti, hu2…dekat setahun gaks xberfutsal…
Saya join ye esok tp mungkin lewat skit, keje la. Dh lama tak main futsal.
Salam semua sahabat SDN,
Diharap semua yang berkelapangan dapat datang pada futsal kali ini. Sudah lama rasanya tiada sebarang aktiviti dijalankan. Mari kita rapatkan kembali tali silaturrahim sesama ahli. Dikhabarkan ada penaja untuk air minuman para peserta.
Terima kasih semua.
Perkembangan yang menarik.saya nak join tp di sebabkan Kakak Ipar bakal langsungkan perkahwinannya besok di Taman Tasik Titiwangsa jadi saya xdapat nak join anda semua…Dgn segala Hormatnya saya jemput warga SDN untuk hadir ke majlis kakak ipar saya…terima kasih…apa2pun selamat bermain futsal malam nie….
Seronoknya jika dapat join tapi apakandaya teman masih di ipoh