Monthly Archives: November 2012

Futsal | Sesi Riadah SDN KV | 7 Disember 2012

SDN KV JATA

Latihan futsal kali kelapan SDN KV dijadualkan pada hari Jumaat 7 Disember 2012 (Malam) bertempat di Samba De’ Futsal Lot 13 , Jalan 225, Section 51A, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan (Belakang Bangunan AVON) (Sila rujuk Peta Belon C di bawah).

Latihan terbuka kepada semua ahli atau bukan ahli berdaftar SDN tanpa mengira tahap kebolehan permainan anda. Sila nyatakan kehadiran anda pada komentar di bawah.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Persahabatan | Perak vs YBU FC (Skuad Perak Di Liga FAM)

Stadium Ipoh, Perak
23 November 2012
8.30 malam

Bagi terus memilih pemain import berkaliber, jurulatih Perak, Mohd Azraai Khoor Abdullah sekali lagi akan menilai dalam pertemuan perlawanan persahabatan esok menentang YBU FC (Yayasan Bina Upaya). Kesungguhan ini dilihat apabila tiga pemain import dari Brazil pada sesi ujian pertama ditolak bulat-bulat jurulatih kerana tidak menunjukkan ciri-ciri pemain import yang kental dan berkaliber.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Emas Raja-Raja | Jadual Perlawanan

Saingan edisi 2012 dilihat agak getir buat anak-anak buah Abu Bakar Fazim apabila diundi bersama Pahang, ATM dan Pulau Pinang dalam Kumpulan C. Pulau Pinang bagaimana pun difahamkan telah menarik diri di saat akhir dan kini saingan ke peringkat seterusnya lebih singkat buat Perak dengan hanya perlu bermain dua kali di peringkat kumpulan.

Perak yang dibarisi oleh barisan yang sama yang menjuarai Piala Presiden, dilihat mampu bersaing seterusnya memberi cabaran sengit kepada pasukan-pasukan lain termasuk juara bertahan Piala Emas Raja-Raja 2011 iaitu Pahang.

Berikut adalah jadual perlawanan Kumpulan C :

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Persahabatan | Perak vs Perak (Skuad Piala Emas Raja-Raja)

Selasa, 20 Nov 2012
Stadium Perak
5:00 Petang

Perak 1 – 1 Perak (Skuad Piala Emas Raja-Raja)

 

Biarpun keputusan tidak memihak kepada Skuad Senior Perak, namun, pengendali Perak Azraai Khor Abdullah tetap optimis sambil memuji barisan muda yang bakal membawa cabaran Perak memburu kejuaraan Piala Emas Raja-Raja 2012. Beliau kagum dengan aksi yang dipamerkan seolah-olah memberi khabar gembira buat beliau kerana selepas ini memiliki banyak pilihan untuk mengisi slot Skuad Senior sekiranya berlaku sebarang kemungkinan.

img_0643.jpg

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)