Undian | Adakah Anda Setuju Ketua Pasukan Perak Dikekalkan?

Pihak Seladang.net menerima maklumbalas yang berbagai tentang Ketua Pasukan Perak iaitu Sharulnizam Mustafa. Jadi, anda nyatakan pandangan anda melalui undian di bawah atau tinggalkan pendapat anda tentang Beliau diruangan komentar.

 arulkp.jpg

Adakah Anda Setuju Sharulnizam Mustafa (Ketua Pasukan) Dikekalkan?

  • Setuju (17% Votes)
  • Tidak Setuju (83% Votes)

% Voters Result

Loading ... Loading ...
Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013, Umum and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

19 thoughts on “Undian | Adakah Anda Setuju Ketua Pasukan Perak Dikekalkan?

  1. Jasbisa

    Arul patut disingkirkan. Beliau bukanlah seorang pemain yang mempunyai karektor dan arkitek yang amat ditagih oleh Pasukan Perak. Rindukan karektor Azizol.. Pengurusan perlu cari kapten baru yang serba boleh dan menjadi perancang dan mmapu juga menghasilkan gol. Setidak-tidaknya carilah pemain spt Safiq Rahim etc.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. helmirizal

    bagi teman arul sepatutnya digugurkan bersama dengan 13 pemain lain untuk musim 2013

    teman pon tak faham kenapa pihak pengurusan masih lagi mahu mengekalkan arul dalam pasukan

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. chuck

    Assalamualaikum w.b.t..

    Bukankah kita telah buat survey sblmni?
    Dimana keputusan tersebut secara majoriti dgn percentage menolak yg tinggi telah diberikan.Xkan perlu ada layanan double standard disini??

    Dia suke men PS3 tapi sayang dia Xmampu nak create chancess spt dlm game tue.Atleat org bleh nampak idea tu ada..

    kita bercakap utk masa depan pasukan.jika kita memilih untuk terus maju kedepan,jadikan arul sebagai sejarah pasukan.Dari sejarah kita belajar sesuatu tentang empayar/tamadun/pencapaian yg telah dibuat.jadikan hari esok lebih CEMERLANG dr sejarah yg ada tercatit sebelumnya.

    Kembalikan muda-mudi jati negeri Perak mengemudi pasukan.serlah n terbitkan bintang2 baru dlm industri bolasepak tempatan.Nyatanya butiran timah di Perak besar kualiti n nilainya..

    sekian...(X setuju arul Dikekalkan)

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Utk pengetahuan mike, survey kali kedua ni atas permintaan somebody yang agak berpengaruh. Keputusan yang lepas sudah pun dihantar kepada PAFA Jumaat lalu.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        Diharapkan somebody yang berpengaruh seperti yang mike maksudkan itu BENAR2 berpengaruh & Ada kesan yang terhasil dari 2nd surveyni.

        Sekian.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. syidi Post author

          Insya Allah Chuck. Kita cuba yang terbaik demi pasukan Perak yang disayangi. Kalau ada idea-idea bernas lain kita akan hantar lagi dari masa ke semasa nak bawa suara kita kepada pihak yang berwajib. Insya Allah

          Likes(0)Dislikes(0)
      2. razlan

        Assalam,

        Apa guna submit keputusan undian pertama sedangkan PAFA telah pun membuat keputusan siapa kekal dan siapa gugur. Takkan nak jilat balik ludah dan buat keputusan lain?

        Teman cadang untuk musim 2013 agar undian dimulakan sebaik sahaja perlawanan terakhir pasukan Perak dan keputusan undian diberikan kepada PAFA sebelum mereka memutuskan nak gugur/kekalkan mana2 pemain.

        Satu lagi cadangan, teman pasti SDN mempunyai ramai pengikut dan kebanyakkan pergi ke stadium. Apa kata kita tubuhkan satu kumpulan seramai 11 orang yang akan memantau prestasi 11 pemain Perak untuk setiap perlawanan. Lakukan sepanjang musim. Seorang ahli akan memantau posisi/seorang pemain sahaja. Jadi ahli tersebut akan boleh memberi rating prestasi pemain yg dipantau. Katakan syidi memantau penjaga gol Perak (tak kisah siapa yg main) seperti berapa kali melakukan kesilapan. Katakan chuck pula memantau pemain jersi no 10 - berapa minit pegang bola, berapa kali 'lost ball'. Apa yang perlu dipantau, kita boleh tanya coach. Sehari lepas perlawanan, submit pada coach/PAFA. Teman pasti ini sedikit sebanyak dapat bantu meningkatkan atau memperbaiki prestasi pasukan.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. chuck

          salam..

          Teman setuju dgn indicator yg diberikan yob razlan tu.Mmg colleted data from research/average.Jika diberi pilihan,teman Xnak pilih untuk jaga player.Tapi teman memilih untuk melihat terus bahagian pengurusan.Dari presiden sampaila ke coach.player tu bagi org lain ler..

          Likes(0)Dislikes(0)
  4. Jasbisa

    majoriti penyokong menolak Arul, hanya PAFA yang mahukan Arul. Ingat fan seladang.net ni tak faham seni bolasepak ke? PAFA perlu cepat bertindak. Jgn sampai pemain berkualiti dari negeri ie.Terengganu (sekadar contoh) disambar orang..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. yazid

    bab ni yang paling best...memang masa arul tgh top mmg game dia bagus...tp itu dulu,sekarang kita dah tgk game dia cmner so xperlu ada pertimbangan lagi...dengarlah suara penyokong skuad perak diatas...mereka sayangkan pasukan kita...atas dasar itulah mereka memberi komen2 yang pd saya mmg bernas dan sepatutnya...mengapa tidak kita 'terbitkan' bintang2 baru dari piala presiden dan belia....

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. rodymus

    salam, aku rase arul still releven to team perak. Kalo tgk list yg masih kekal nampak arul sorang je yg senior. Unless perak da dptkan sorang player senior.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      betul apa yg sedara katakan itu,namun hasil penelitian teman mmg pasukan memerlukan sorang tukun aka TAGAN untuk pasukan.namun mindset beliau yg mudah goyah n Xmampu utk bertahan dikhuatiri Xdpt utk membantu sustain player yg lain.silap2 player sediada mayb terpengaruh dgn cara dia bermain/berfikir.Sebelum wabak menjadi parah,ada baiknya kite cegah dulu.Bidalan juga ada mengatakan yg"Mencegah lebih mudah dari MERAWAT"...Ramai lagi player yg berkaliber.Kita mempunyai ruang n peluang utk memilih.Lagi banyak pilihan lg bagus.Macam2 creativiti/cara bermain kita dapat lihat..Mungkin Xdinafikan dia player yg agak baik,namun kita lebih memerlukan player yg lagi baik dr dia..Subra pun ok wht utk leadership team???

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. rodymus

        ok, aku setuju dgn ape yg ko ckp. Tp ko mention pasal subra yg x tentu lg balik perak dgn arul yg dah mmg dlm team perak. Mane lg realistik? Kite bole impikan sape2 yg bole lead the team tp so dgn org2 yg kekal nampak arul je yg ade ciri2 tu walaupon x perfect. Dulu mase zaman shahrul azhar ade musim die merudum tp coach sedar die perlu ade dlm team utk naikkan moral player lain.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. chuck

          teman tak kata dia akan jont.betul mike compare dgn org yg sediada dgn org yg Xkena mengena dgn team.Sinisnya teman bermaksud dulu Subra lead Perak.So sebelum dia lead tu dia siapa??Maksud teman perwatakan dia sebelum dia lead team Perak masa jaman RUK dulu tu??So,kita still ade lagi 10muka lama yg masih dikekalkan.Dalam 10 tu Xkan Xde saper yg layak??ARUL tu dh jadi "TROJAN HORSE "dalam pasukan PERAK!!!!

          Likes(0)Dislikes(0)
  7. robslam

    Dah terdesak sangat ke perak sampai nak kekalkan budak neh? Best sgt ke dia main? Aku tgk byk merapu dr menyumbang jek. Inilah kapten pasukan perak paling hampeh aku pernah tgk dlm sejarah bolasepak perak. Takde karisma, takde kredibiliti yg hebat dan game play pon biasa2 jer.. bute ke mengkome? Takkan pasey kenal baik tepi padang, lepak minum teh sesama nak kome bela dia sampai korbankan team? Kamonla... jujur dlm diri sendiri yop jgn dimakan sentimen kroni...JAHANAM TEAM!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. Jaji

    Saya peratikan Arul ni passing kekadang tu merapu, panas baran, suka bertoje dgn ref dan dapat kuning terbuta aja. Bila ditanya, dia kata, selaku ketua pasukan, dia harus melakukan usaha pembelaan terhadap anak buahnya/rakan sepasukan. Pasal hantaran tak tepat, katanya itu perkara biasa bagi seorang pemain, kekadang form, kekadang tak form. Jadi di sini jelaslah yang dia harus diberikan ruang pembelaan. Tidaklah kita terus menghukum dia tanpa sedikitpun diberikan peluang memberikan jawapan kenapa ia harus disingkirkan daripada skuad Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. helmirizal

    bagi teman kalo arul digugurkan, peranan sebagai ketua pasukan boleh diberikan kepada shahrom kalam...dia ada ciri-ciri sebagai leader dalam padang kerana beliau bermain di posisi pertahanan

    arul walaupun mempunyai kualiti dari segi kepimpinan namun dari segi prestasi permainan beliau agak merudum, adakah tindakan beliau dikekalkan hanya untuk menjadi ketua pasukan sahaja dengan memberi semangat dan arahan sahaja dalam padang?

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. belanak

    Salam

    Pada pendapat teman ler, bagi peluang kepada pemain lain untuk 'lead' team, biar lah dia seorang pemain yang berwibawa dan bermain dengan cemerlang serta bermaruah.

    Jangan lah hanya pada pangkat sahaja tetapi bila setiap kali 'game' hancur!

    Jangan kecewakan kami penyokong Perak!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.