Umum | Selamat Datang Mohd Azraai Khor Abdullah

 

azrai-khor-abdullah.jpg

Siapa tidak kenal dengan Jurulatih tersohor ini. Mohd Azraai Khor Abdullah anak kelahiran Kedah ini pernah membawa Kedah menggondol 3 kejuaraan dalam satu musim kini bakal mengendali Skuad Perak untuk musim 2013.

Dilahirkan pada 25 Oktober 1952 yang mana bakal menyambut ulangtahun kelahiran ke 60 bersama misi dan azam baru di samping Skuad Seladang. Pernah mengendali Skuad Harimau Muda pada satu ketika sudah cukup menceritakan keupayaan beliau melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan bolasepak di Malaysia. Tidak cukup dengan itu, impak yang beliau hasilkan dalam pembangunan bolasepak Malaysia cukup berkesan.

Kehadiran beliau dalam Skuad Seladang disambut baik para penyokong Perak yang dahagakan kejayaan. Ternyata PAFA amat serius untuk mengembalikan kegemilangan Perak dalam kancah bolasepak tempatan. Bagi memudahkan tugas Azraai Khor, PAFA kini berusaha keras memancing pemain-pemain yang ternama untuk diserap ke dalam skuad yang dijangka bakal memberi saingan dalam Liga Malaysia 2013.

Adakah musim 2013 bakal menyaksikan anak-anak muda Perak menyinar seperti yang beliau pernah lakukan suatu ketika dulu? Segalanya kini di tangan Pengendali yang berkarisma ini.

Selamat Datang Mohd Azraai Khor Abdullah Ke Perak Darul Ridzuan.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Umum and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

16 thoughts on “Umum | Selamat Datang Mohd Azraai Khor Abdullah

  1. chuck

    Assalamualaikum w.b.t..

    Jika Azrai Khor dilahirkan pada 25 Okt,teman nak bagitau yang teman pulak 27 Okt..

    Tidak dinafikan beliau seorang coach yang dahagakan kejayaan serta mampu merubah senario bola sepak di Perak pada 10 tahun kebelakangan ini.berbekalkan medium yang beliau miliki di peringkat akar-umbi Perak yang rata2 dari seluruh fans di Malaysia kini tahu,adalah pembangunan modal insan player di peringkat pelapis yang sangat GAH serta masih lagi tercalit kemanisan apabila kita menjadi Juara Presiden,N.Juara Sukma,Juara bwh 19&17 edisi 2012 yang lalu masih segar di ingatan.

    Seharusnya,Azrai khor bijak menghidu peluang yang terhidang.kata orang tu,langkah kanan.Lorong dah ada dah.Tak boleh belah jugak,ntahler..

    Walau apapun,selamat berusaha dan berjuang.Semoga kejayaan yang diciptakan kelak bakal menjadi milik SELADANG!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. anip

    Salam.

    Akhirnya persoalan mengenai siapa jurulatih Perak untuk musim depan sudah terjawab. Teman sebagai peminat + penyokong yang setia mengharapkan semoga Azrai Khor A.K.A AK (bukan Arjuna Kasih) dapat memberi suatu kenangan manis yang berpanjangan buat Perak.

    Good Luck AK!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. helmirizal

    keputusan telah dibuat oleh PAFA..kami sebagai penyokong pasukan perak menerima & mengalu-alukan kedatangan azrai khor ke pasukan perak...diharapkan perlantikan azrai khor mampu membawa pembaharuan baru kepada pasukan untuk musim hadapan

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. malayneum

    tahniah PAFA kerana berjaya membawa masuk coach yg namanya xperlu diperkenalkan lagi...smoga PERAK berjaya mebawa kejayaan spt kedah dahulu yg memenangi trible kemenangan..insyaAllah..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. syidi Post author

    Kehadiran Azraai Khor ke Perak tepat pada masanya dikala Perak gah dengan dua kejuaraan utama Piala Belia dan Presiden.

    Inilah peluang untuk mengetengahkan anak-anak perak yang berbakat, Nurriduan dan Kenny yang mula menunjukkan peningkatan.

    Setakat ini, 7 pemain sah tandatangan kontrak baru dengan Perak yang mana 5 daripadanya adalah pemain kebangsaan. Untuk slot pemain import, PAFA serahkan kepada pengurusan skuad yang diketuai oleh Azraai Khor sendiri, jadi terserah pada beliau bahagian mana yang beliau prefer untuk guna import. Adakah Marlon Alex James akan ke pangkuan Azraai Khor?

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      salam..

      Saper lagi player tu Yob??Selain Abd Hadi yahya,Lim Kuong Yong,V thiru n farizal marlias??khairi kiman??lagi2...

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. zizou85

    Akhirnya terjawab spekulasi siapakah Coach Perak.

    Kemampuan Azraii di dalam Liga M , mmg tidak harus diragui. Saya yakin ramai pemain muda akan diberi peluang kompetitif.

    Terdapat banyak penambahbaikan perlu dibuat untuk menjadi Perak setaraf dengan skuad terbaik seperti Kelantan dan ATM.

    Posisi Goalkeeper - Farizal Marlias dikatakan lebih baik dr Khairul Fahmi oleh Jurulatih GK Kebangsaan dalam temubual dengan media semalam. Posisi yang menjadi benteng terakhir ini amat goyah pada sizen 2012.

    Pertahanan - Setakat ini , pertahanan Perak mmg tidak stabil. V thirumurugam dan Khairi Kiman diharap dapat meningkatkan kekebalan di posisi pertahanan kiri dan kanan. Khairi Kiman diharap ianya satu pembelian yang berbaloi. Sebaiknya, Pemain CB diisi oleh pemain import melainkan kita boleh mendapatkan pemain kental seperti Fadhli Shas dan Subra mengisi posisi tersebut.

    Tengah - Yong Kuong Yong merupakan pemain sayap yang laju. namun ketika bermain dengan KL. beliau juga pernah menjadi sandaran menjaringkan gol dan diletakkan pemain barisan serangan. Kubala menjadi pemain tengah yang mampu menjaringkan gol. Shahrul Nizam mempunyai work rate tinggi dan ball winner utk tim Perak walaupun kurang dari segi final pass dan kreativiti. Nurridzuan dan Kenny yang dipanggil ke Skuad Harimau Muda harus diberi pendedahan andai tidak disenaraikan kedalam skuad HM untuk Liga S tahun depan.

    Serangan - Hadi Yahaya bekas penjaring terbanyak Liga M tahun lepas, namun prestasi tahun ini agak merosot. Diharap dengan peluang kompetitif yang lebih tinggi di Perak harus dipergunakan sebaiknya untuk mendapatkan semula kepercayaan Rajagopal untuk disenaraikan ke skuad Kebangsaan. Diharap kita akan dapat Import berbisa yang boleh menjaringkan 25 gol satu musim. Diharapkan juga Razali Umar Kandasamy diberikan peluang bemain dengan skuad Perak semula

    Saya harapkan kite akan berada lingkungan Top 3 dan boleh memasuki final dalam Piala FA atau Piala Malaysia..Kalau juara tu satu bonus.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. keristujuh

    Terbaik dan yakin Azraai Khor mempunyai keistimewaan tersendiri yang akan menjelmakan idea kreatif dalam merencanakan alunan rentak bola sepak Perak dan menjadikan Perak Juara di antara Juara terhebat dalam bola sepak.

    Selamat Datang ke Perak...Tahniah
    Inilah antara jurulatih yang beribawa yang teman maksudkan tempoh hari.

    "Fighting spirit + tactical games , mengikut rentak & situasi perlawanan
    ada perancangan rapi samada dari segi mental pemain & pergerakan pasukan dalam permainan"

    *agak mengenali "tactical games" dan "alunan rentak permainan bola sepak" coach Azraai Khor semasa teman aktif bermain bola sepak & futsal di Kedah* (semasa coach melatih Kedah.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. active11

    Tahniah Coach AK!
    Secara peribadi, bukan kejayaan 'segera' yg dipinta, tetapi secare berperingkat-peringkat sehingga menjelmakan kejyaan yang berterusan.

    Pengurusan juga perlu lebih professional dalam mengendalikan pasukan (dengar kata The Red Warriors ada syarikat yg bakal menguruskan pasukan), barangkali PAFA juga boleh mencuba model yang sama.

    Pemain pula, inilah masa dan peluang untuk menyerlahkan bakat. PERAK begitu ramai pemain muda yang berpotensi. Jadi rebutlah peluang yang lebih terbuka kali ini untuk menyerlah. Jadikan angan-angan untuk mewakili PERAK dan Harimau Malaya kenyataan!

    Dalam kejauhan, saya tetap mengikuti perkembangan PERAK!

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. chuck

    Farizal Marlias

    Md Nor Hazrul-Hisyamuddin-Shahrom Kalam-V.Thiru Murugan

    x1-x2-Shahrul Nizam Mustapha-Yong Kuong Yong

    Abd Hadi Yahya-Md Failee Ghazali

    4-4-2

    -----------------------------------------------------------------
    rumours:-
    Jika Local(Atm,sgor,klntn)

    X1:-Chanturu,Nur farhan(klntn),Amirul Hadi,Solihin kandasian(Sgor),Zaquan,india ex-pkns(atm)

    X2:-Indra Putra(klntn),Shafiq rahim(Sgor),

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Chancess utk Subramaniam,Fazli Shas,Muslim Ahmad utk ke Perak-untuk salah seorang mungkin ada.Tapi untuk ketiga2 nama diatas memang suram coz kita still ada Shahrom kalam+Hisyamuddin..

      Likes(0)Dislikes(0)
  10. Spectator

    salam...

    teman dapat tahu bahawsanya musim hadapan Pafa akan berwajah baru iaitu Logo Pafa yang ada pada hari ini akan ditukar musim hadapan......ura ura juga mengatakan pertandingan mencipta logo sebelum ini yang telah diadakan sebenarnya cukupkan syarat saja,walhal logo baru tersebut telahpun dipilih sebelum pertandingan bermula

    benar atau tidak hanya mereka sahaja yang mengetahuinya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. penjejak_syurga

    Salam... saya bersetuju dengan pemilihan coach azrai khor sebagai jurulatih baru perak kerana saya rasa beliau mahir dan berpengalaman dalam pembangunan pemain2 muda. rasanya tugas coach azrai khor sudah mudah sebab pemain2 muda perak memang ramai yang berbakat. cuma pengekalan pemain2 lama ada yang saya kurang bersetuju. bagi saya untuk menggunakan pemain2 lama biarlah seimbang di setiap posisi. walaubagaimanapun, terpulang kepada coach azrai khor untuk menentukannya. pihak pengurusa PAFA hendaklah memberikan ruang dan lebih kuasa kepada coach azrai khor dalam menentukan strategi pasukan terutamanya dalam pemilihan pemain. macam yang ada pernah kata team kelantan di urus oleh sebuah syarikat, maknanya pihak pengurusan bolasepak kelantan memberikan ruang dan lebih kuasa kepada mereka. ini bermakna, pengaruh dan gangguan politik tidak perlu untuk berjaya. apa yang pihak pengurusan PAFA wajib buat adalah berusaha mencari sebanyak mana bantuan kewangan untuk team perak... itulah pendapat saya.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.