Umum | Perak Bakal Menggegarkan Musim 2013?

Ketika bolasepak Malaysia dihangatkan dengan kerancakan Piala Malaysia, PAFA pula sibuk memperkemaskan skuad utama Perak. Sehingga ke saat ini seorang demi seorang bintang diserapkan ke dalam skuad Seladang. Antara yang terawal adalah penjaga gol Kebangsaan Farizal Marlias, Yong Kuan Yong, Abd Hadi Yahya, Khairi Kiman, V Thirumurugan.

Seladang.net juga menerima pelbagai andaian kehadiran lagi pemain-pemain berstatus bintang namun kesahihannya belum ada kepastian.

Apa yang Seladang.net ingin suarakan dalam Artikel ini adalah rasa bangga dengan kesungguhan PAFA yang diketuai oleh Yang Berbahagia Presiden dan Ahli-Ahli Majlis yang ternyata serius untuk memartabatkan kembali maruah bolasepak Perak yang agar tercalar sejak kebelakangan ini. ‘Mood’ para penyokong juga dilihat ditahap baik dan menyambut baik segala usaha yang dirancang PAFA setakat ini.

Semestinya ini adalah permulaan yang baik untuk menghadapi musim 2013 yang menjanjikan saingan semakin sengit. Musim 2013 diramal menjadi platfom kebangkitan pasukan-pasukan yang sebelum ini dilihat agak suram. Antaranya adalah T-Team dan Johor FC atau kini lebih dikenali sebagai Johor yang bertekad mengembalikan kegemilangan bolasepak Johor seperti yang pernah dikecapi di era 80 an dan 90 an. Perak juga tidak ketinggalan untuk kembali berada setanding dengan kuasa-kuasa hebat bolasepak Malaysia.

Namun begitu, penyokong-penyokong Perak kini dilihat lebih bijak mengawal emosi dan mungkin mereka masih was-was untuk meramal keupayaan skuad yang diberi nafas baharu ini. Kebijaksanaan dan kemampuan Mohd Azraai Khor kini ditagih. Tidak lupa juga pemain-pemain baharu yang diserap, anda kini memikul tanggungjawab dan harapan penyokong Perak.

Apa kata anda? PAFA dilihat positif menggerakkan perubahan, adakah ianya bakal menjelmakan hasil yang diimpikan?

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Umum on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

23 thoughts on “Umum | Perak Bakal Menggegarkan Musim 2013?

  1. Jaji

    Teman nak becakap juga cikit. Teman dengor ATM belanja 6 juta hinggit pada tahun 2012 ni. Deme dapat dua kejayaan. Pertama jadi juara Liga Perdana dan layak main di Liga Super pada tahun 2013 secara automatik. Deme juga masuk akhir Piala Malaysia dan jadi naib juara. Makna dengan 6 juta tu pun baru setakat tu aja kejayaan deme. Piala FA tak lepas (tewas kepada Perak di pusingan pertama lagi) dan tak dapat mendakap Piala Malaysia. Ata macam mana pulak Perak pada tahun 2013. Ate teman dengor deme keluor belanja 4.6 juta hinggit (dua kali ganda berbanding dengan tahun 2012). Jadi jangan le tinggi sangat harapan para penyokong. Jangan le marah mengkalau tak dapat apa-apa piala esuk.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. razlan

      salam,

      budget tinggi bukan satu kepastian kejayaan akan dicapai. ada budget RM100juta pun kalau duit itu masuk ke poket kroni, pemilihan pemain disebabkan 'aku pun dapat komisyen' dan bukannya kerana jurulatih yang memilih pemain tersebut, adanya campurtangan pihak atasan yang menentukan 'first eleven', pastinya akan menyebabkan pasukan jadi hancur walaupun ada pemain-pemain bertaraf bintang. Harap Timbalan Presiden yang baru dapat memastikan perkara ini tidak berlaku.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. chuck

      ATM???sapertu???Kelab yang takde sejarah dan legendnya!!!bajet 6Juta yg dibelanjakan untuk develop pasukan sekerdil itu sehingga menampakkan gagahnya pada teman adelah relevan waima Perak cuma membelanjakan 4.3juta sahaja.Semua tahu akan sejarah dan legenda Perak.Kita dari 1st league aka MSL dan kitapun sudah mempunyai platform skuad yang bagus selain dari pembangunan akar umbi yang cukup gah dan mantop jika hendak dibandingkan dengan ATM..SO??

      Ibarat kereta NA la miker nak bolt-on turbo or converted engine dapatkan horse power 500hp ++.Berapa modal kome kena kuarkan compare dengan kereta yang dah memang turbo and just nak upgrade cikit lagi bagi dapatkan 500hp ++..Itupun Xboleh pikir ke???

      Pada teman,4.3juta tupun dah cukup gah untuk perbelanjaan skuad yang dah memang hebat seperti PERAK ni.

      Sekian,TQVM

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. helmirizal

    perubahan yang baik dilakukan PAFA untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan perak pada musim 2013...dengan sekarang sudah 7 pemain baru yang berkaliber di bawa masuk ke dalam pasukan dan dengar khabar akan ada lagi pemain bintang yang akan dibawa masuk, diharapkan membawa impak yang besar pada pasukan

    pengambilan azrai khor sebagai jurulatih juga dilihat keputusan yang agak tepat kerana berdasarkan kejayaaan beliau bersama kedah & negeri sembilan dahulu walaupun teman lebih gemar jurulatih import

    semoga perak akan lebih berdaya saing pada musim hadapan, sekurang-kurangnya satu piala di bawa ke ipoh nanti dan kembalikan semula gelombang penyokong di stadium seperti zaman kegemilangan dulu

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Jaji

    Bukannya apa. Teman saja ja bangkitkan isu belanja besor tu. Saja nak bagi panaskan suasana. Bior le ada yang respon. Baru le ada umph sikit. Tapi benor le kata saudara Razlan tu, belanja besor bukan penentu segalanya. Macam mana kalau belanja aja besor tapi ngambik pemain entah apa-apa, tak sampai ke mana juga. Perak ni memang dah lama tersohor sebagai sebuah pasukan yang sentiasa mengancam dan digeruni oleh pasukan lain. Cuma sejak akhir-akhir ni aja tak berapa nak menyerlah. Jadi dengan dijolak dengan sedikit usaha saja dan ditambah pulak dengan belanja yang agak lebih dari yang sudah-sudah, rasanya Perak mampu menghadir gerun kepada pasukan lain hatta dalam kejohanan AFC mungkin.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. saidin

    masalah sekarang Pafa gemar ambil pemain yang sedang mengalami kecederaan contoh Chanturu,memang la pemin ini seorang yang hebat tapi kalau dah cedera,nak pulih pun kene ambik masa,tak guna chor,nanti prestasinya gerenti hancur.

    lepas tu,Pafa nie suka suka jer nak ambik player bawak masuk team,kene tengokla dulu backgroud player tu,antaranya prestasi terkini,rekod rasuahnya,ini semua kene ambil kira.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Salam. Komen yang baik. Tapi sekarang nasi dah hampir jadi bubur, gamak next season hancur kita buka topik baru untuk saranan penambahbaikan. Komen macam ni memang SDN alu-alukan . Terima kasih

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. Jaji

      Teman rasa si Chanturu tu dah pulih daripada kecederaannya. Semalam dia turun berlatih. Dan kalau nasib kita baik, dia boleh perform seperti dahulu. Dan masa tu baru le kelam kabut pertahanan lawan dibuatnya. Dan dengan cara itu kita boleh menjaringkan gol ke atas pihak lawan nanti.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. razlan

        Semalam pemain baru yg ada cuma Hadi Yahya dan Khairi Kiman. Yang lain cuma akan laporkan diri Isnin ini manakala Farizal Marlias cuma akan laporkan diri setelah khidmatnya untuk Suzuki Cup tamat. Harap maklum.

        Likes(0)Dislikes(0)
  5. zizou85

    Nampaknya saingan musim akan begitu sengit dengan Kelantan kekal sebagai pasukan pilihan. Diikuti dengan pasukan pilihan yang saya ramal akan menjadi pencabar utama ; 2. Johor , 3. Terengganu dan Selangor yang tidak kurang hebatnya.

    Namun, dengan khidmat jurulatih yang mantap spt Azraai Khor ditambah lagi dengan beberapa pemain yang berkualiti terutamanya Farizal, saya yakin Perak mampu tamatkan kedudukan liga pada posisi minima iaitu tempat 4. Untuk menjadi juara nampak sukar walaupun tidak mustahil, melainkan kita mampu untuk menandatangani pemain pertahanan berkualiti seperti Fadli Shas, dua pemain import yang mana salah satunya diharapkan mengisi kekosongan penggempur yang boleh menjaringkan 25-30 gol semusim.

    Selain itu, pasukan bintang tidak semestinya pasukan yang mantap, kita lihat contoh M.utd yang sentiasa memberi peluang kepada pemain muda dan berjaya mencungkil bakat2 yang kurang dikenali akhirnya menjadi bintang dunia spt Cristiano Ronaldo (kini di R.Madrid) Vidic, Evra dan Chicarito yang asalnya langsung tidak dikenali.

    pasukan seperti The Galaticos sendiri yang pernah membariskan semua pemain bintang di semua posisi juga tidak mampu menjulang piala terhebat Liga Juara-Juara yang kali terakhir dimenangi pd tahun 2002.

    Pihak pengurusan perlu profesional . Contohi pengurusan KAFA yang terbaik di Malaysia..tak perlu pandang jauh2.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. saidin

    teman kurang setuju ngan komen mike zizou85,tentang kedudukan Perak tempat ke 4 dimana berbanding musim 2012 tempat ketiga itu tandanya kejatuhan. Johor bukankah akan beraksi dalam saingan liga Perdana.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. zizou85

      Johor FC..tak boleh diedit, artikel kt sini. hehe...musim 2012 juga keempat la En. saidin, no 3 Selangor.....tu yang saya expect minima tak boleh bawah dari posisi ke empat. dan boleh jadi juara sbb tak mustahil,

      baik mike baca sampai habih..

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi Post author

        Johor Fc dah diletak Di bawah admin PBNJ , Dan nama Johor digunakan menggantikan nama lama Johor FC.

        Likes(0)Dislikes(0)
          1. razlan

            Johor FC jadi Johor main Liga Super
            Johor jadi Johor FA main Liga Perdana

            Tapi setau teman FAM tak approve penukaran nama ni.

            Likes(0)Dislikes(0)
  7. chuck

    Faktor utama adalah pengurusan..Ibarat "Pisau&mentimun"pandai2la kita mencorakkanya..Pasukan lainpun begitu juga.Tidak dinafikan jaman Raja Ahmad&Jamal dolu pengurusanya memang mantop.Bukan setakat pasukan tapi fansnya.Sekarang kita ada klik"Ultras"dolu fans nya semuanya "Ultras"...

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. Jaji

    Dikaborkan Azrai berminat untuk ngambik pemain import nama Frederic Mendey. Ada sapa boleh bagi tahu dia ni dari mana dan sedang bermain dengan pasukan mana. Apa track record dia.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. miez3

      Salam semua...si Frederick Mendey ni seorg striker berumur 23 thn & sedang bermain di Liga S dlm pasukan Home United...itu yg teman dapat dlm Wikipidea setelah di Google2...kalau tengok pada record...pernah menjaringkan 37 gol bersama pasukan tersebut

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        trust me dia xbagus..teman xstudy dr internet but teman peronah observe dia men sebelumni.peronah bermain utk lions tp xmnyerlah n lions lebih gemor menggunapakai khidmat duric yg dh mencecah usia 47thn..byngknlah......

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. yazid

          saya setuju dgn sedara chuck.record jer bunyi cm bagus tp quality 'so-so' jer.lebih baik kita cari yg lain dna xpernah bermain dgn perak o mana pasukan d malaysia,so permainannya akan sukar utk di baca olh pihak lwn,if yg familiar akan memudahkan phk musuh.sebelum bodjongo masuk ada 1player yg sma2 perak test time tu,yg saya ingat from Slovakia/Bosnia,that player berkebolehan tetapi mungkin dr aspek byrn kita xmmpu.player ni pernah bermain dlm chmpion league menentang chelsea,tp tmn xingt thn bape.by the way kita biarkan Coach kita yg decide dia lebih arif dlm hal ni.
          COACH PASTIKAN YG TERBAIK UNTUK PERAK...bg gred A punya coach...

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. chuck

            coach nk cari player import yg bermain dalam asean league jer.kononya dh arif dgn cara kita bermain.Pakatnya deme ngikut rentak kita.skill dh bagus,pastu suh ikut rentak yg xberapa bagus,apa jdnya yop??org carilah yg superb outstanding n perhaps player yg adeni boleh belajar something dr ape yg player tu ade..barula cara permainan kita akn bertambah baik n bagus dan secara xlangsungnya pula,mutu bola sepak negara akn lebih baik.itu sebahagian dr tujuan asal pakai player importni...adeiiiii.maka2!!!

            Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.