Siapakah Jurulatih Perak 2013, Import atau Tempatan?

Seperti yang semua sedia maklum, kedudukan Jang Jung dalam Skuad Perak sebagai Jurulatih masih kabur untuk musim hadapan. Ada ura-ura mengatakan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 3-4 individu disenarai pendekkan untuk dipilih oleh PAFA.

Ianya akan ditentukan mungkin dalam mesyuarat PAFA yang akan datang. Jadi, nyatakan pendirian anda, siapa yang anda inginkan untuk dilantik sebagai Jurulatih Perak. Adakah Jurulatih Tempatan atau import ?

Jurulatih Perak 2013, Import atau Tempatan?

  • Tempatan (54% Votes)
  • Import (46% Votes)

% Voters Result

Loading ... Loading ...

Undian telah ditutup. Keputusannya seperti yang anda lihat di atas. Ternyata penyokong Perak masih lebih percayakan anak tempatan untuk membawa Perak ke mercu gemilang.

Sememangnya ada pro dan Kontra nya bersabit perkara ini. Tetapi, jika di Malaysia jurulatih tempatan lebih menyerlah berbanding import. Mungkin atas faktor inilah para pengundi lebih cenderung memilih Jurulatih tempatan.

Untuk melihat pendapat lain, sila baca komentar-komentar bernas sahabat kita Di bawah . Terima kasih.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Umum and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

27 thoughts on “Siapakah Jurulatih Perak 2013, Import atau Tempatan?

  1. chuck

    Salam...

    Pada teman pemilihan JuBong dalam BAM adelah tepat pada masanya.Sangkalan yg dibuat oleh sedara jailani sidek dengan mendakwa Jubong tidak mampu membawa perubahan kepada Malaysia juga sama sekali meleset.Dimana beliau mempertikaikan player dari Korea&Jepun yg pernah dilatihnya tidak berada pd rank pertama dunia.

    Berbalik kepada,persoalan yg ditimbulkan oleh sedara jailani,Lin Dan&chong wei adelah satu dalam sejuta.Seperti kebanyakkan pihak termasuk menteri KBS juga mempunyai anggapan yg sedemikian.Rasionalnya teman juga berpendapat sedemikian.Like Messi,CR7 dan legenda yg lain juga adalah 1 dalam sejuta.

    Tapi jangan kita lupa akan peningkatan mendadak Korea&Jepun dalam sukan badminton dewasa ini.Sehinggakan kita sebagai kuasa besar Badminton dunia pernah rebah kepada Korea&Jepun selama mana ianya berada dibawah pimpinan Park JuBong.Double pair Jepun,kenichi Tago etc saper yg kenal dulu??

    Masalah utama kita adalah dibahagian pelapis,jadi pemilihan yg dibuat oleh BAM dengan restu KBS utk membawa Park Jubong ke Malaysia sebagai Pengarah kejurulatihan adalah tepat berdasarkan track record serta pengalaman luas yg beliau ada.

    Maafkan teman jika ianya tidak bersangkut-paut secara tepat.Tapi apa yg cuba teman nak kaborkan disini adelah kriteria yg PAFA perlukan bagi melantik our new coaches adelah seperti Park Jubong.

    Sekian..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Teman cukup faham dengan mike chuck . Sebenornye apart yg mike katakan diatas Ada kaitannya dengan Perak Fa .

      Pada teman itu kiasan yang Patut deme fikirkan

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. helmirizal

    teman lebih berminat jika pasukan perak di latih oleh jurulatih import...tapi biarlah jurulatih itu benar-benar berkualiti..jangan lah ambil yang tiada pengalaman langsung melatih sesebuah pasukan..kaji terlebih dahulu dalam-dalam kelebihan jurulatih itu

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Jaji

    Saya berpendapat untuk nak mengambil Jurulatih impor ni banyak kerenah dan memerlukan belanja yang begitu besor. Pertama deme tu sesuai ke dengan budaya bolasepak yang diamalkan oleh pemain kita. Dari sudut bahasa untuk berkomunikasi satu lagi hal. Belanja untuk mawak deme ke sini mungkin empat atau lima kali ganda berbanding dengan mengambil jurulatih tempatan. Sedangkan punca pendapatan kita hanyalah dari pungutan stadium aja dan juga dari para penaja yang jumlahnya tak seberapa. Silap-silap tak berbayor gaji para pemain dan Jurulatih itu sendiri. Jadi pihak Pengurusan PAFA perlu meneliti semua ini sebelum membuat keputusan untuk mengambil Jurulatih import ni. Kalaupun dia tu bagus di negara lain, tak semestinya bagus juga bila melatih pemain Perak di Malaysia ni. Semua itu berkontra dengan Jurulatih tempatan. Kita dah nampak jelas akan jasa dan hasil yang ditujukkan. Contohnya seperti Sathia, Azrai, Irfan, Devan dan lain-lain. Begitulah pendapat teman. Kesimpulannya teman berpendapat elok le PAFA mengambil Jurulatih tempatan yang dah ada jasa. Tambahan pulak kita dah ada pemain-pemain yang berbakat yang bersedia menyarung jersi Perak pada tahun 2013. Tugas Jurulatih hanya menggerakkannya sahaja sebab tugas utama telah dimainkan oleh para pemain untuk mengejar kejayaan.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Teman BANGKANG pendapat mike..ini kerana apa yg mike cuba Xplainkan itu adalah bersifat"BIAS"dan tidak melalui research.

      Mike double check manade pendapatan coach lebih tinggi dr player didunia ini???Seorg coach import jika dibandingkan dgn 2tenaga awang import luar,yg mana lebih MAHAL??dan yang mana lebih value added??Coach@player??

      Kalo player class A,level kelab barca,real madrid,atletico,MU n dsb coachnya sathia,devan,irfan, JAHANAM jdnya.setakat mana knowledge and tacit knowledge deme???Bila M'sia dh makin jauh,mundur jika nak dibandingkan dgn korea,japan kome marah..tapi kome still nak pakai idea2 coach yg Xpergi jauh.Sorry 2 say la,local coach kita Xkemana sebenarnya...

      Perbezaan bhs xde mslh sbnrnya pd kita.Coach di eropah nun,merata2 deme pg.Tony Netto tu ckp BHS apa yg kita mampu jd champion liga dulu??weigang tu bhs apa plak??raja azlan,norizan bakar???lalalala....

      Rasanya,kat cini PAFA kena Observe jauh2..lihat shj sukan2 lain dimalaysia ni,mostly guna khidmat import..

      Jika player import,dia cuma mampu memainkan peranan utk watak pemain dan mngkin sdkit klinik bola.

      Jika coach import pulak???fuhhhhhhh..bnyk GILER..
      Tactical,klinik bola,team development dr akar umbi,knowledge utk asst coach,knowledge utk player2,nafas baru,gaya game yg baru..haisshhhhhhh...bnyk lg lah..

      pada teman,kita amek pendekatan dlm S/F piala m'sia musimni,rasa2 komelah antra 4 team yg bertanding tu,yg mana kome rasa hebat jika dihitung dr nama2 besar,import,pengalaman,usia,import pelbagai???bukankah ianya dgn NYATA milik singapore lions XII??

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        Pada teman,better coach import berbanding player import..pertama,walaupun ianya dikata memeriahkan suasana serta memberi chalengging pd player tempatan utk mndpt tmpt namun usaha sedemikian hanya merugikan kita sbnrnya.Bpe rmai player local yg mampu kita exposed??kbergantungan harap kita pd import juga amat mnyusahkan,lihat shj dr apa yg dh berlaku..plng terkesan sekali,effect pd kualiti permainan skuad kebangsaan..(Comparela jaman sblmni yg main xde import dgn ade import)

        Likes(0)Dislikes(0)
      2. Jaji

        Teman tak kata pun yang gaji coach import tiga atau empat kali ganda berbanding dengan gaji pemain import. Yang teman kata belanja ngambik coach import tiga atau empat kali ganda mahalnya jika nak dibandingkan dengan ngambik coach local. Mungkin saudara Chuck telah tersalah tafsir atau tersalah faham atau tersalah baca kot.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. chuck

          Salam...

          Teman Xsalah bacapun..tapi teman dah terlalu jauh membayangkan dengan senario yg akan serta bakal berlaku.Teman cuma merunggut bila nak gajikan coach import yg berkualiti,lebih ilmu serta tacit knowledgenya kita merunggut gaji mahal.Walhal yg kita duk kutip player import 2 ekor yg Xberkualiti tu lalu pulak..tujer...Xsalah baca,eja,tafsir mahupun faham..

          Likes(0)Dislikes(0)
    2. zizou85

      Kita sekurang -kurangnya mestilah berfikir sasaran logik utk mendapatkan Jurulatih yang sesuai dan berwibawa.. Setakat ini, saya melihat kaliber yang cukup baik pada Azraii Khor yang mempunyai keupayaan yang amat baik utk membimbing mana2 pasukan utk menjadi pasukan hebat dalam Liga kita.

      Reputasi di Kedah menjulang 3 kejuaraan treble serta menang Piala Malaysia dan Sumbangsih boleh dianggap satu pencapaian yang cemerlang dan mengkagumkan.

      Selain itu Coach legend Karathu juga patut dipertimbangkan..selain pengalaman luas, beliau juga adalah anak jati Perak.

      Jika coach luar, kite perlu lihat rekod pencapaian dengan kelab terdahulunya..klu bley biarla dari Brazil, German , Argentina dan Spain..Klu Asia, saya suka jika ade jurulatih dari Jepun

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        A'ah..tp ngape Azraii khpr dolu digugurkan dr skuad harimau muda A eh??dan digantikan dgn ong kim swee..apekeheynya tue???

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. zizou85

          a'ah..chuck tahu ke? Mourinho pon ada masalah ngan Chelsea kan..biasa lah..susah nak puaskan hati semua pihak kan...

          Yang penting, mmg x sabar nak tunggu sapa coach Perak. Tak kisah la tempatan atau import. yang penting Kita boleh jadi juara mana-mana piala sizen depan.

          Kalau setakat main cantik tapi tak juara, memang sia-sia macam pasukan Arsenal. Greece main bertahan dan tak cantik. Tetapi Kejuaraan itu sentiasa dikenang sampai bila-bila. Ada tak orang nak kenang Portugal yang kalah walaupun menyerang bertubi-tubi..memang tak ada Yob..

          Likes(0)Dislikes(0)
  4. keristujuh

    Ambil jurulatih yang ada "fighting spirit" and pelbagai "tactical games" mengikut rentak & situasi perlawanan!!! + ada perancangan yang rapi samaada dari segi mental pemain & pergerakan pasukan dalam permainan.

    renung2 renungkanlah...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Jaji

    Teman tersangat le setujunya jika V. Sundramoorthy menjadi Jurulatih Perak musim 2013. Beliau memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki atau ditetapkan oleh PAFA mahupun oleh para penyokong Sekor Yop Sekor. Pertama walaupun ia dikatakan coach import, tapi boleh juga dikatakan local kerana negara berjiran dengan Malaysia (bekas negeri dalam Malaysia). Jadi beliau faham bebenor akan budaya bermain bola oleh pemain Perak. Beliau juga mempunyai track record yang baik dengan meletakkan Lion XII di tangga ke-2 Liga Super tahun ini dan layak hingga ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia tahun ini walaupun kali pertama Lion XII menyertai Liga Malaysia. Yang lebih penting, beliau kelihatan cool walau apa jua keadaan di padang ketika pasukan bimbingannya sedang beraksi. Oleh itu kalau jadi le Perak mengambil beliau sebagai Jurulatih, bermakna lengkap dan kejab le pasukan Perak musim 2013 nanti. Pemian yang diambil berkualiti ditambah pula Jurulatih 'import' yang berwibawa. Ate apa lagi dinanti Pengurusan Perak. Deghas le bertindak ngambik si Sundramoorthy tu. Jangan dia terlepas ke tangan pihak lain. Nanti melopong pulak. Jangan jadi pisang berbuah dua kali.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Haaa..ini teman setuju..Jika dia localpun dia still Xsama dengan irfan,azrai khor,k devan n dsb..jgn lupa yob&yong sumer yer,azrai khor tu naik sbb MARLON ALEX JAMES..lepas dia dh Xde kemana pgnya KEDAH???Norizan pulak pasey ade zakaria simukonda dgn chiepeta dolu..

      Sundramoorthy??Agu kashmir bnyk teman tgok duk bangku simpanan jer..spe2 dlm skuad sxii mampu skor gol..tp skuad dia mampu pg jauh..

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. razlan

    Memang diakui Marlon, Chepita, Simukonda adalah pemain yg lebih berkualiti dari kebanyakkan pemain tempatan. Tapi seorang atau dua pemain tidak akan dapat memberi kejayaan kepada pasukan. Lihat sahaja Cristiano Ronaldo dan Messi. Mereka tidak dapat membantu Portugal/Argentina untuk menang Piala Dunia. Bolasepak merupakan sukan berpasukan. Setiap unit perlu bertugas
    dengan efisyen untuk mendapat kejayaan. Zaman dahulu mungkin boleh ada 'one man show'. Tapi zaman sekarang, zaman kasut bola sudah ada cip elektronik di dalamnya dan zaman sains sukan, ianya sudah berbeza. Pengurus perlu bagus, persatuan bolasepak perlu bagus, jurulatih perlu bagus, semua pemain kena bagus dan mengikut arahan jurulatih. Pemain ke-12 iaitu penyokong juga perlu bagus. Faktor luaran juga akan mempengaruhi kejayaan sesuatu pasukan itu. Teman ikut pasukan Coach Raja Azlan selama dua musim dan teman dapat lihat banyak faktor luaran yang mempengaruhi pasukan.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Salam..

      Pada teman,disitulah bermulanya peranan head coach yg berwibawa..Yg paham bijak&pandai memahami player,strategi permainan serta pandai mengambil peluang diatas kehebatan player yg dimiliki.cthnya,Real Madridla,lepas season zidan dolu dh Xmerasa pegang UCL.Walhal player kalo nak dickp,rasanya sumer org kenal...Apa masalahnya???Coach silih berganti..tp still Xberjaya lg..

      Peranan coach yg baik tidak terbatas dlm hanya didalam pdng semata2..Alex ferguson roney kencing berdiri kt Public area pun dia marah...

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        Vicente del bosque,dari zaman d.Suker&mijatovic,samuel eto dkt real bawak ke zaman raul&morientes maintain jer dia.Turut terbukti bila dia mampu bawak spain utk treble champion..

        Likes(0)Dislikes(0)
      2. razlan

        Betul coach yang berwibawa akan dapat melakukan transformasi positif kepada pasukan. Namun, masalah bolasepak di Malaysia ialah kita takde corak permainan tersendiri. Bila datang coach A, kita tukar corak permainan. Bila coach tukar, corak permainan pun akan bertukar. Satu lagi masalah utama ialah pemain kita takde skil kawal bola.

        Memandangkan Akademi PAFA telah ditubuhkan, penerapan corak permainan tersendiri perlu dilakukan pada pemain-pemain dari seawal umur 12 tahun. Pilihlah ala-Brazil ke, ala German ke. Bila pilih coach, barulah ambil coach yang boleh melatih pasukan dengan corak permainan tersebut.

        Latih juga para pemain muda untuk kawal bola dengan pengubahan minda/'attitude' para pemain kepada 80% skil individu manakala 20% lagi adalah kerjasama sepasukan. Kenapa teman cakap begini kerana melalui pengalaman mengendalikan soccerkids 6 ke 10 tahun, budak-budak hanya ingin bermain bola tetapi tak nak latih kawal bola. Main dan kawal bola adalah dua perkara yang berbeza. Bila disuruh berlatih guna kaki yang lemah pula (cth untuk pemain kaki kanan, kaki kiri adalah kaki lemah), mereka malas.

        Disinilah peranan ibubapa penting. Semasa anak-anak ini berumur 3-4 tahun lagi telah diajar untuk berkeinginan melakukan sesuatu walau sukar bagaimanapun. 'Attitude' tidak mudah putus asa perlu ditanam dalam jiwa mereka. Belum lagi kita bercakap pasal sains sukan dan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat. Tahu sajalah menu rakyat Malaysia ini banyak berminyak, banyak gula dan suka makan selepas jam 9 malam - tiga perkara yang pakar makanan/nutrisi amat-amat tidak galakkan.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. chuck

          Biarpun 1st skuad sbgai kebiasaanya mencerminkan sesuatu kpd akar umbi,diharapkan barisan pelapis serta dgn adanya akedemi ini akan memungkinkan kita utk bergerak 7-8langkah jauh lebih terkehadapan dlm mncpai misi&visi penubuhan akedemi tsbt.

          semoga Perak terus no 1...

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. razlan

            Insya-Allah chuck, Perak akan tetap terus No 1.

            Teman tak mengharap sangat perubahan pada skuad senior sebab deme ni rebung dah jadi buluh - keras dan susah nak diubah. Tapi skuad presiden (juara 2012) diharap dapat menyuntik sedikit perubahan. Skuad belia pula (juara 2012) melakukan perubahan lagi. Sama juga dengan skuad b17 (smk anderson, juara 2012). Dan kesinambungan perubahan ini diteruskan oleh pemain-pemain muda yang lain hingga mereka boleh kawal bola seperti seorang pemain professional sepatutnya lakukan.

            Minda kita sebagai penyokong juga perlu diubah. Kita mesti anggap diri kita ini sebagai 'stake holder' atau pemegang saham. 'Stake holder' ada hak untuk menyuarakan pendapat dan mengkritik tapi kritikan kenalah membina dengan memberi cadangan penambahbaikan. Bukan kutuk, maki dan cerca je dengan kata-kata kesat. Teman selalu menggunakan kaedah 'SWOT' iaitu semua pendapat dan idea tidak boleh ditolak atau dianggap salah.

            Kita juga kena pro-aktif bersahabat dengan pengurusan, jurulatih dan para pemain untuk mengetahui masalah mereka, bukannya kerana lepak dgn jurulatih/para pemain nampak 'cool' atau kerana nak menunjuk-nunjuk. Penyokong juga kena aktif dengan persatuan bolasepak daerah kerana di sinilah perencanaan dan perlaksanaan pembangunan bolasepak akan dilakukan. Teman selalu kaborkan pada rakan-rakan - nak ubah FAM, kena ubah PB Daerah, PB Negeri dahulu. Sanggupkah kita melakukan perubahan?

            Likes(0)Dislikes(0)
    2. Jaji

      Satu perkara lagi yang mungkin saudara razlan terlupa iaitu doa oleh para penonton. Jadi amat penting di sini supaya Jurulatih tidak memberikan komen yang boleh menampakkan cakap besar ke, riak ke, menjatuhkan aib pasukan lawan ke atau apa juga statement yang dikeluorkannya itu berunsur over atau melampau. Kalau dah berjuta peminat bola membacanya dan rasa geram akan statement macam tu, mula le deme mengutuk, merungut, marah yang semuanya itu adalah doa. Kita ambik contoh si Irfan Bakti yang kata Kelantan bermimpi di siang hari. Selangor akan singkirkan Kelantan di laman mereka sendiri. Apa dah jadi. Mungkin dengan doa berjuta rakyat Kelantan ditambah dengan doa oleh berjuta rakyat lain, semuanya dah jadi terbalik. Selangor kalah di laman sendiri dan Selangor yang tersingkir dan bukannya Kelantan. Kesimpulannya Jurulatih jangan le membuat kenyataan yang boleh menyakiti hati para peminat bola. Bagi Azrai, dia sentiasa merendah diri dalam banyak hal. Begitu juga kita lihan Sathianathan juga sentiasa menjaga kata-katanya apabila ditanya oleh para pemberita.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. razlan

        tak lupa yob. cuba baca balik teman ada sebut "pemain ke-12 iaitu penyokong juga perlu bagus". Untuk yg beragama Islam tu salah satu apa yang perlu dibuat pastinya solat/doa. Tak perlulah teman menghurai panjang berjela apa yg penyokong perlu buat. Kome semua dah besar panjang dah dan tahu berfikir sendiri. Lagipun jika tulis panjang berjela, dah jadi artikel pulak dah.. marah syidi... hehehe

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. zizou85

          Nampaknya kite dah dapat Koc baru, Azrai Khor...Tahniah management Perak. Azrai Khor mmg 1 jurulatih yang amat disanjungi.

          Ramai yang mengatakan Azrai banyak bergantung pada pemain Import. Namun jika tanpa bantuan pemain tempatan. Tidak mungkin juga klub itu akan berjaya. Ubahla mentaliti kenegerian. Kita nak klab yang berjaya. Memanglah lebih bagus jika pemain kelahiran negeri wakili Perak, tetapi jika ada pemain yang lebih berkualit, kita harus dapatkan khidmat mereka.

          Terus gilap pemain remaja Perak dan dapatkan pemain berkualiti dari pasukan lain. Jika nak harapkan budak presiden, bukan semua mempunyai potensi bermain di Liga M. hanya ada 4-5 orang yang harus diberikan perhatian, latihan, motiivasi dan pendedahan dan boleh menjadi aset kepada Skuad Perak untuk jangka masa panjang

          Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.