Monthly Archives: October 2012

Umum | Perak Bakal Menggegarkan Musim 2013?

Ketika bolasepak Malaysia dihangatkan dengan kerancakan Piala Malaysia, PAFA pula sibuk memperkemaskan skuad utama Perak. Sehingga ke saat ini seorang demi seorang bintang diserapkan ke dalam skuad Seladang. Antara yang terawal adalah penjaga gol Kebangsaan Farizal Marlias, Yong Kuan Yong, Abd Hadi Yahya, Khairi Kiman, V Thirumurugan.

Seladang.net juga menerima pelbagai andaian kehadiran lagi pemain-pemain berstatus bintang namun kesahihannya belum ada kepastian.

Apa yang Seladang.net ingin suarakan dalam Artikel ini adalah rasa bangga dengan kesungguhan PAFA yang diketuai oleh Yang Berbahagia Presiden dan Ahli-Ahli Majlis yang ternyata serius untuk memartabatkan kembali maruah bolasepak Perak yang agar tercalar sejak kebelakangan ini. ‘Mood’ para penyokong juga dilihat ditahap baik dan menyambut baik segala usaha yang dirancang PAFA setakat ini.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Siapakah Jurulatih Perak 2013, Import atau Tempatan?

Seperti yang semua sedia maklum, kedudukan Jang Jung dalam Skuad Perak sebagai Jurulatih masih kabur untuk musim hadapan. Ada ura-ura mengatakan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 3-4 individu disenarai pendekkan untuk dipilih oleh PAFA.

Ianya akan ditentukan mungkin dalam mesyuarat PAFA yang akan datang. Jadi, nyatakan pendirian anda, siapa yang anda inginkan untuk dilantik sebagai Jurulatih Perak. Adakah Jurulatih Tempatan atau import ?

Jurulatih Perak 2013, Import atau Tempatan?

  • Tempatan (54% Votes)
  • Import (46% Votes)

% Voters Result

Loading ... Loading ...

Undian telah ditutup. Keputusannya seperti yang anda lihat di atas. Ternyata penyokong Perak masih lebih percayakan anak tempatan untuk membawa Perak ke mercu gemilang.

Sememangnya ada pro dan Kontra nya bersabit perkara ini. Tetapi, jika di Malaysia jurulatih tempatan lebih menyerlah berbanding import. Mungkin atas faktor inilah para pengundi lebih cenderung memilih Jurulatih tempatan.

Untuk melihat pendapat lain, sila baca komentar-komentar bernas sahabat kita Di bawah . Terima kasih.

Likes(0)Dislikes(0)

Undian | Adakah Anda Setuju Ketua Pasukan Perak Dikekalkan?

Pihak Seladang.net menerima maklumbalas yang berbagai tentang Ketua Pasukan Perak iaitu Sharulnizam Mustafa. Jadi, anda nyatakan pandangan anda melalui undian di bawah atau tinggalkan pendapat anda tentang Beliau diruangan komentar.

 arulkp.jpg

Adakah Anda Setuju Sharulnizam Mustafa (Ketua Pasukan) Dikekalkan?

  • Setuju (17% Votes)
  • Tidak Setuju (83% Votes)

% Voters Result

Loading ... Loading ...
Likes(0)Dislikes(0)