Umum | Senarai Pemain Perak Yang Dikekalkan Untuk Musim 2013

 perakfa.jpg

Presiden PAFA semalam dengan rasminya mengumumkan senarai pemain-pemain Perak yang digugurkan dan yang dikekalkan untuk menghadapi musim baru Liga Malaysia 2013.

Berikut adalah 10 pemain Perak yang dikekalkan :

01. Khairul Amri Salehuddin
02. Mohd Nasir Basiruddin
03. Muhd Shahrom Abdul Kalam
04. Mohd Syazwan Mohd Roslan
05. Shahrulnizam Mustapa (Ketua Pasukan)
06. Mohd Nazri Mohd Kamal
07. Mohd Failee Mohd Ghazli
08. Mohd Noor Hazrul Mustafa
09. Mohd Rafiuddin Roddin
10. Mohd Hisyamudin Shaari

Berikut adalah hasil undian para pengguna Seladang.Net setakat Jam 1400 pada 25 September 2012.

01. Khairul Amri Salehuddin – 94% Dikekalkan
02. Mohd Khairi Zainudin – 72% Disingkirkan
03. Mohd Nasir Basiruddin – 82% Dikekalkan
04. Muhd Shahrom Abdul Kalam – 94% Dikekalkan
05. Mohd Syazwan Mohd Roslan – 65% Dikekalkan
06. Fahrul Razi Kamaruddin – 82% Dikekalkan
07. Shahrulnizam Mustapa (Ketua Pasukan) – 67% Disingkirkan
08. Albert Dominique Ebosse’ Bodjongo Dika – 61% Disingkirkan
09. Mohd Nazri Mohd Kamal – 65% Dikekalkan
10. Mohd Failee Mohd Ghazli – 76% Dikekalkan
11. Wan Hossen Wan Abdul Ghani – 63% Disingkirkan
12. Akmal Rizal Ahmad Rakhli – 89% Disingkirkan
13. Mohd Khalis Ibrahim – 59% Disingkirkan
14. Mohd Fazrul Hazli Kadri – 71% Dikekalkan
15. K Nantha Kumar – 65% Disingkirkan
16. Mohd Syafiq Jamal – 53% Disingkirkan
17. Mohd Noor Hazrul Mustafa – 88% Dikekalkan
18. Mohd Rafiuddin Roddin – 94% Dikekalkan
19. Kamarul Effandi Abdul Rahim – 65% Disingkirkan
20. Isma Alif Mohd Salim – 59% Dikekalkan
21. Mohd Nasril Nourdin – 84% Disingkirkan
22. Mohd Hisyamudin Shaari – 88% Dikekalkan
23. Michal Kubala – 61% Disingkirkan

**Nota: Nama Yang digelapkan Adalah Pemain Yang Diumumkan KEKAL.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

25 thoughts on “Umum | Senarai Pemain Perak Yang Dikekalkan Untuk Musim 2013

  1. Raul hashim

    Salam..pada teman pemain yang dikekalkan memang wajar kerana masih muda..diharap pengurusan menyuntik tenaga tambahan daripada pemain piala presiden dan ditambah dengan 3 pemain kebangsaan. ini dapat membuahkan hasil untuk jangka masa yang panjang.jangan hanya cari pemain yang bertaraf bintang tapi hasil nya singkat sahaja.cari coach yang baik seperti m.karathu. cari pemain import yang berwibawa.jangan main hentam keromo je..sekian..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. helmirizal

    hanya 10 pemain musim 2012 dikekalkan untuk musim 2013..rombakan besar-besaran nampaknya.

    siapakah yang bakal mengisi kekosongan 13 pemain yang dilepaskan, diharapkan PAFA membawa masuk pemain yang berkualiti bkn hanya besar pada nama tapi hendaklah juga mempunyai bakat yang besar

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. chuck

    Salam.pada teman Wan Hossein&Fazrul Hazli harus dipertimbangkan kembali.

    Wan Hossein ada potensi as a"DOG FIGHTER"team.Dan apa yang lebih penting adalah beliau masih muda.

    Fazrul Hazli-Player ini mampu memecah masuk ke kubu lawan dengan larian deras serta penyudah juga agak baik.Cuma fisikal sahaja yang kecil.

    Shahrul Nizam Mustapha-Disingkirkan!!!

    Lain2 setuju dengan player yang dikekal&disingkirkan.

    Tentang player yg nak IN-Harapan teman cikitje-"BIOR SEMENGGAH"dan ade sebab yang JELAS.Bukan setakat untuk menang League&CUP tapi player itu mampu menyumbang tenaga/kudrat selama mana.Adakah melibatkan pembangunan modal insan player2/bakat muda di Perak yang tidak kurang hebatnya??Saban tahun ada sahaja bakat2 baru yang dapat dihasilkan melalui program,event,tournament itu dan ini.MAKESURE kita gunapakai deme as a landasan yang betul.Jangan dibiorkan terlepas ke tangan yg lain-persis lagu ini:-

    "hasil mengalir ketangan yang lain"
    "Peribumi merintih sendiri"

    JANGAN JADI KELDAI LAGI WAHAI PAFA!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. zizou85

      Teman hampir setuju dengan keputusan pengurusan dengan menyingkirkan pemain yang tidak menunjukkan aksi baik sepanjang sizen lepas..

      Mungkin ramai tidak suka dengan Shahrul Nizam. kerana panas baran dan tidak kreatif, ttp work rate dan ball winning skill dia masih berguna untuk pasukan, tambahan pula kita harus ada pemain senior untk mengimbangi pasukan.

      Tiada satu pasukan terbaik dunia menggunakan semua pemain muda tanpa khidmat pemain senior.

      Perak banyak menguasai perlawanan jika Shahrul Nizam beraksi. namun dia tiada kreativiti untuk membuat final pass atau finishing utk mendapatkan gol.

      Bagi saya, kita perlu mencari pemain pertahanan import, kerana Shahrom Kalam adalah pemain yang bagus namun tidak konsisten. Malah, posisi penjaga gol juga goyah kerana K.Amri masih belum cukup matang dan belum mempunyai kualiti mencukupi untuk bemain di Liga M. perlu kan masa..

      Fazrul Hazli meskipun seorang pemain yang laju, namun final pass amat mendukacitkan. sering melakukan cubaan mengarut dan tidak cukup intelligen utk mengelirukan perthanan lawan..sewajarnya perak masih boleh kekalkan beliau sbg back-up melainkan Perak ada pilihan lebih baik.

      pemain seperti RUK , Hafiz Kamal, Subramaniam, Anis Faron, Shahrul Saad, Indra Putra, Sabri Abu yg merupakan kelahiran Perak harus ditawarkan bagi menguatkan kembali pasukan kelahiran sendiri.. pasti mereka teruja jika PAFA memberi jaminan dan tawaran yang meyakinkan..

      Selain itu, PAFA harus mengintai potensi dari skuad HM yang telah kehabisan kontrak / melebihi usia bagi tahun depan.

      Nurridzuan dan Kenny telah berjaya mendapat panggilan OKS baru ini..kedua2 pemain ini berpengaruh dalam pasukan skuad presiden..Saya amat tertarik dengan bakat Kenny yang merupakan tireless midfielder bagi Skuad Yob Muda...PAFA wajar menyerapkan sekurang-kurangnya 3-5 pemain presiden untk pasukan senior..

      Sekadar pendapat dari seorang Yob yang setia dgn pasukan kesayangan PERAK

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. chuck

    Kita tak perlukan nama sahaja yang besar wahai azwan hoiiii!!!!

    Kita nakkan full squad yang telented,fresh and yang JELAS ada visi&misi untuk skuad PERAK!!!Bukan takat datang main bola cukup bulan terima GAJI!!!!

    Kalo Xreti manage,segeralah angkat kaki BEREDAR&BERLALU pergi!!!Jangan hubungkaitkan POLITIK SAMPAH hang dalam skuad PERAK!!!

    "JANGAN sampai dah terima sampul berisi butiran peluru,barunak mengalah!!!!

    Orang sakit hati,Masyarakat membenci!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. chuck

    Disyorkan admin SDN buat survey dikekal/Disingkirkan untuk pengurusan Skuad PAFA!!!!

    Nak pangkas,bukan pada dahanya sahaja!!!Ini dah jadi wabak bak penyakit pisang(MOKOR).Hukumnya-Tebang&BAKORjer!!!!!

    So clearly dari player ke pihak pengurusan-Tukor kesemuanya!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Insya Allah. Untuk makluman, secara tidak langsungnya PAFA memang amat concern dengan apa yang kita komen di sini. Cuma SDN belum memajukan cadangan secara rasmi ke PAFA.

      Likes(0)Dislikes(0)
        1. syidi Post author

          Alhamdulillah. Teman dah submit komentar terpilih beberapa perkara lain kepada beliau untuk dimajukan kepada presiden PAFA Jumaat lalu.

          Syukur lah, kita mempunyai Presiden yang begitu memahami dan sudi mendengar segala cadangan-cadangan yang dimajukan

          Likes(0)Dislikes(0)
  6. Redzuansky

    alahai.. apahal kapten poyos tu stay? setuju sangat-sangat dengan "chuck" soal Fazrul Hazli, Wan Hossein & PAFA punya pengurusan. teman harap 1 jer, jangan dipolitikkan bola sepak Perak. 2008 ramai player lari, 2012 letak sticker "amanjaya" apa pon tak dapat. janji nak bagi fan 1 piala, last-last apa pon takda..

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. chuck

    Salam..

    Petikan soalan dari HJZAR bertanyakan pendapat RA tentang kebarangkalian 13 player yg bakal diserapkan oleh Perak datangnya dari skuad SUKMA,Presiden&BELIA PERAK.

    RA:Walaupun mereka menjadi juara,tapi mereka masih belum mampu untuk mengisi kekosongan 13 tempat yg ditinggalkan oleh player utama yg digugurkan.Ianya dalam kelas yg berbeza&Xmungkin mampu untuk competite.

    Pendapat teman:Ada benarnya seperti yg RA katakan.Namun ianya bukanlah sekadar target yg diletakkan utk season depan semata2.Spt post teman yg lepas ada menyatakan halatuju kekuatan pasukan dlm tahun pertama,ketiga,kelima dan keseterusnya.Yang penting dalam road to GLORY tersebut,skuad kita mampu bertahan untuk terus berada didalam MSL.

    ianya dibuktikan lagi dengan track record kita yang lepas dimana skuad presiden kita yg diterajui oleh RUK still boleh competite dgn skuad yg lebih matang n more xperience.

    Apetah lagi skuad yg ingin dibentuk kini adalah adunan dari player muda yg telahpun beraksi dlm skuad utama di mix kan dengan player muda yg Champion presiden&Youth cup.Nyata sekali skuad yg bakal dibentuk kali ini jauh lebih baik dari skuad yg pernah dibentuk zaman RUK dahulu.

    Jika ingin dicomparekan pencapaian pasukan dengan menduduki 4tangga terbaik MSL pada tahun ini.Insyallah sasaran 4tempat terbaik adalah realistik utk season depan.selain dari pada itu penggunaan modal insan dapat diperluaskan selain nama2 baharu ini akan mencetus FENOMENA baharu dalam Liga Super kelak.

    Xperlu invest merapu2 untuk dapatkan import yg pada teman +- sama jer dengan tenaga anak tempatan.

    Bak kata"Denisov"kapten RUSIA(Zenit St Petersburg)mengulas berkenaan kesanggupan penaja kelab itu untuk membawa masuk HULK(PORTO)dengan bayaran 3x ganda dari mereka-Dia bukanya setanding messi ataupun Indres innesta yang selayaknya mendapat bayaran sebegitu lumayan.

    Nyatanya khidmat mereka +- sama level&rasanya tak perlu jika kita sekadar ingin mencukupkan kuota import sedangkan kita still Xmampu mendapatkan import yang terbaik utk PERAK.

    Pada teman,local made still d'best.Xde bezanya.Diorang mampu buat meriam,kitapun mampu juga.Bezanya adalah pda kecerdikkan "SIFU"yang mengadun dan mengajar.So pendekatan yg terbaik adalah WAJAR menggunakan khidmat COACH IMPORT?ASING berbanding menggunakan tenaga player Awang import luar.JIKA COACH LOCAL,mampuke player import tu cuba menerima-pakai taktikal yg Xkemana ditunjukkan oleh COACH tempatan???Sedangkan player importni dah bermain diberatus kelab ternama diluar sana.Silap2 taktikal yg diterapkan oleh coach tempatan disamakan dengan level taktikal kg.

    Suggestion teman:-

    Player:Local made/priority anak jati negeri PERAK
    Selection:-Presiden,Youth,Open state

    head Coach:Import berkaliber...

    Sekian TQVM

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. Jaji

    Macam mana kalau Perak tahun depan ni menggunakan tenaga tempatan saja, tanpa seorang pun pemain import. Ini kerana pemilihan dan pengambilan pemain import sangat rumit dan sering 'tertipu', sama ada oleh agen ataupun oleh pemain import itu sendiri. Cuba kekawan perhatikan peranan yang dimainkan oleh pemain import. Mereka rata-rata tidak berkualiti dan tidak mempunyai ciri-ciri sebagai seorang striket. Ini kerana pemain import yang datang ke sini adalah lebihan pasukan di negara lain yang dah tak mahu mengambil mereka disebabkan tahap kualiti yang rendah. Tambahan pula kebanyakan pasukan di Malaysia ini tidak mampu membayar gaji yang tinggi yang mencecah 25 - 30 K sebulan, jadi dapat le dari kalangan mereka yang tak berkualiti. Kalau dah begitu keadaannya, lebih baik kita jangan membuang duit untuk mengambil pemain import. Lebih baik kita ambil pemain tempatan yang berkualiti dan tak payah le keluar belanja yang berbagai untuk mengambil pemain import. Itu cadangan teman aja. Mungkin rakan-rakan yang lain mempunyai pandangan yang berbeza.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. Raul hashim

    Salam..pada pendapat teman, pengurusan Pafa perlu meniru sistem kelab luar negara seperti Man united..dimana pengurus dan coach adalah orang yang sama..contoh kalau coach m.karathu maka dia adalah jugak pengurus perak..ini dapat membantu pengurus menilai dan memilih pemain..salain itu kita dapat jimat kan duit daripada membayar gaji untuk 2 jawatan yang berlainan..jika kita sekalikan jawatan coach dan pengurus, maka kita dapat menjimatkan duit dan seterusya memudahkan pengurus membuat kerja..lagi satu kita hendaklah melantik pencari bakat dikalangan bekas player perak untuk mencari bakat baru di setiap pelusuk daerah di negeri perak khusunya dan di luar perak amnya..oleh itu kita tidak akan ketandusan bakat muda dan dapat memantapkan pasukan untuk jangka panjang..jangan le cari player bintang untuk mendapat kejayan awal dan menbayar gaji yang mahal..alangkah ruginya nanti. sekian

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. Jaji

      Tujuan pihak pengurusan sesebuah Pasukan bolasepak di Malaysia untuk melantik dua orang individu yang berbeza untuk jawatan Ketua Jurulatih dan juga Pengurus adalah agar mereka yang dilantik itu menumpukan tugasnya seceara khusus dan tidak mahu individu itu terkejar ke sana ke mari untuk melaksanakan tugasnya. Sebab itulah di Malaysia kita jarang melihat seseorang Ketua Jurulatih itu menjalankan juga tugasnya sebagai Pengurus juga (kecuali sekejap dulu di Perak iaitu bagi M. Karathu, kalau tak silap teman le). Jadi teman tidak begitu menyokong cadangan saudara Raul seperti di atas. Dah elok dah keadaan sedia ada. Kalau buat cara itu pun berapa banyak le sangat wang dapat diselamatkan.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. Jaji

        Baru teringat. Bukannya M. Karathu tapi Steve Darby. Masa tu Perak tak cukup masa untuk mencari dan melantik Pengurus yang sesuai. Lagipun mungkin disebabkan Steve Darby tu berasal dari England.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. Raul hashim

          Itu pandangan ikhlas teman je..tp yg peliknya kt kelab eropah ada masa pulak sir alex tu boleh jd pengurus merangkap coach ye..ehm tepuk dada tanya iman..maybe jaji pakar dalam bidang bola xmacam teman..sekian

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. Raul hashim

            Xada pulak sir alex tu terkejar2 buat tugas dia..dia ok jer jalan tugas dia..itu yang teman tengok le..yang teman tau bila ada pengurus ni mcm si azwan tu amik player kroni je..tu yang perak xmaju wahai saudara jaji..sekian..malas nk komen dah..wslm

            Likes(0)Dislikes(0)
            1. Jaji

              Sesapa dari kalangan forumers SDN yang ada maklumat tentang senarai tugas seorang Ketua Jurulatih dan seorang Pengurus. Jika tiada, apa kata kita dapatkan daripada mana-mana pasukan bolasepak di Malaysia ini. Setelah itu kita bandingkan sama ada Ketua Jurulatih boleh tak menjalankan tugas pengurus secara serentak. Jika jelas boleh, maka bolehlah kita syurkan supaya PAFA meminta Ketua Jurulatih menjalankan tugas sebagai pengurus. PAFA hanya membayar elaun sahaja kepada Ketua Jurulatih itu kerana menjalankan tugas sebagai Pengurus. Apa pendapat kome semua.

              Likes(0)Dislikes(0)
            2. robslam

              Bior teman betoikan statment Mike yob, selama ni azwan aka Wan Bro mmg le pengurus pasukan tp bkn dia tau apa pun pasal player, and semua pemain dicadangkan oleh ahmad shahrul azhar dan azwan jd pak turut je, so klu pemain tk bagus kome jgn marah azwan tp pegi tanya shahrul azhar ngape amik pemain kualiti cam gampang.. Tp nk cite lbh pon tk guna sbb pafa dah drop ahmad shahrul utk musim akan dtg, selamat la team......

              Likes(0)Dislikes(0)
              1. Jaji

                Alham dulillah, khabornya si Ahmad Sharul dah tak disambung kontraknya dengan PAFA. Ate bertambah baik le hendaknya pengurusan PAFA mulai tahun 2013 nanti. Tak ada le lagi usaha tangan-tangan ghaib bagi merosakkan pasukan Perak.

                Likes(0)Dislikes(0)
            3. Jaji

              Saya pernah mendapat berita yang mengatakan ketika Steve Darby menjadi Ketua Jurulatih Perak merangkap Pengurus, dia sering mengeluarkan duit poketnya sendiri untuk tujuan menyediakan pengangkutan dan penginapan pasuka Perak apabila bertandang di tempat lawan. Bayangkan kalau duit Ketua Jurulatih tu agak terhad dan terpaksa mengeluarkan belanja. Tak kan haru dibuatnya. Mana nak melatih pemain lagi, mana nak menguruskan pengangkutan dan penginapan lagi. Sir Alex Furgusion tu lain le. Dia loaded. Duit ada berjuta paund.

              Likes(0)Dislikes(0)
              1. Raul hashim

                Masalahnya sekarang knp tidak gaji pengurus tu dibayar kepada coach yang merangkap pengurus tu? En jaji benda ni sebenarnya bukan ada masalh pun..kalau banyak masalah masakan kelab di eropah dan yang terbaru Pasukan T.team pun tiru gaya eropah..tu yang teman cakap..tepuk dada tanya iman..belum cuba tapi dah mengaku kalh..malas nak komen le mcm ni..fikir positif en jaji..manusia memang susah nak berubah.

                Likes(0)Dislikes(0)
  10. yobscout

    Yang Penting orang disebalik dalang permasalahan pasukan Perak selama ini turut digugurkan, itulah punca sebenar kenapa selama ini Perak main macam budak sekolah.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.