Umum | Hala Tuju Perak FA Musim 2013, Apa Kata Anda?

Sejak kebelakangan ini, SDN telah mendapat maklumbalas daripada pengguna-pengguna berdaftar di laman ini yang kebanyakannya memberi cadangan-cadangan yang pada Admin cukup berguna untuk memastikan bolasepak Perak terutama skuad utama lebih kompiten di masa akan datang.

Bercakap tentang Skuad Utama Perak, sejak Jang Jung mengambil alih tugas sebagai pengendali, tidak banyak perubahan yang dilihat berlaku, yang jelasnya, kesebelasan utama Perak tidak banyak berubah daripada sebelumnya. Memang benar, Jang Jung baru sahaja memegang jawatan penting itu, tetapi apa yang dilihat kini, beliau seperti tiada pilihan terbaik yang lain melainkan apa yang ada sekarang.

Secara kasarnya, jika amati skuad Perak masih ketandusan pemain-pemain berkualiti boleh dikatakan disemua posisi. SDN tidak bermaksud untuk mengatakan semua pemain Perak ketika ini tiada kualiti langsung, tetapi melihat kepada konsistensi dalam setiap perlawanan yang turun naik menggambarkan PAFA perlu melakukan sesuatu untuk Perak terus bersaing untuk musim akan datang.

Maklumbalas daripada pengguna-pengguna berdaftar di laman ini kebanyakannya menyeru agar PAFA membuat rombakan ke atas senarai pemain-pemain yang bakal menyarung jersi keramat Perak musim depan. Kelibat pemain-pemain muda terutama yang menjuarai Piala Presiden dan Piala Belia lalu amat ditagih demi meneruskan legasi kemasyhuran bolasepak Perak yang kini dilihat agak suram.

Jadi, sementara kita menantikan perlawanan terakhir Perak dalam saingan Piala Malaysia 14 Sep 2012 nanti, suarakan pandangan anda demi bolasepak Perak yang kita cintai.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Umum and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

26 thoughts on “Umum | Hala Tuju Perak FA Musim 2013, Apa Kata Anda?

  1. chuck

    Salam..

    Teman setuju dengan artikel diatas.

    Rombakan adalah perkara yang biasa dan sering dibuat oleh mana2 pasukan didunia ini.Namun perubahan yang bagaimana dimaksudkan?

    Ada baik dan benarnya,jika kita memberi ruang,peluang untuk muka2 baru dari skuad presiden+Belia Perak bagi menonjolkan lagi bakat sediada.Memang ianya berada dalam saigan kompetetif yg berbeza,namun setiap bayi/anak yg dilahirkan tidak terus pandai untuk membaca/mengira dan sebagainya.Ianya tetap memerlukan masa yg seadanya.bezanya cepat@lambat.

    Disini,teman ingin ngatakan yg teman amat setuju benor dengan post sedara Raul hashim dalam artikel terdahulu.Dimana beliau ade suggestkan team/skuad untuk next season c/w head coach n pengurusnya sekali.Cuma teman lebih senang dan puas jika khidmat import DIBERHENTIKAN SERTA-MERTA.Ini kerana,jika level yang dipamerkan tidaklah seGAH mana selain kuota player untuk 1st 11 juga terhad.Nak simpan n sub player import memangla rugi giler!!!Dah bayor mahai2 tak bg main.Tp bila bg main,main macam HAREM!!!better tak perlu import 2 lg!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    RUK patut kembali sebagai penggempur/pemusnah utama skuad YOB untuk next season.Bergandingan bersama Failee dan striker skuad presiden tentu persis zaman khalid,Saravanan&Surendran dulu!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. chuck

    Sebenarnya,para pelajar sekolah,anak jati Perak dan rakyat jelata dinegeri Perak yang tercinta ini masih memerlukan pendidikan-pendedahan tentang sikap dan minat SaYANGkan tanah tumpah darahnya sendiri!!!

    "WHAT MONEY WILL BUY"

    kita lupa!!!kita alpha!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Yong Ayu

    Demi sayangkan pasukan bolasepak Perak, teman ketepikan segala sensitiviti

    Balik kepada topik ini, ada ura-ura pihak Pengurusan bercadang untuk mengambil 4 pemain kebangsaan untuk menyarung jersi Perak pada tahun 2013. Oleh itu para forumers sekelian, boleh tak berikan idea bernas secara serius siapakah yang dicadangkan, bahagian mana, dari pasukan mana dan kenapa ia sesuai diambil. Jika jelas cadangan kita itu bernas, logik dan relevan, pihak admin SDN bolehlah secara rasmi mengemukakan cadangan tersebut untuk diambil perhatian oleh pihak PAFA. Oleh itu sama-samalah kita menggunakan platform ini untuk membuat sumbangan dalam memertabatkan pasukan bolasepak Perak yang kita sayangi.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Salam yong ayu..pasal hari tu. Teman tak berniat langsung untuk membuatkan mike terasa, sebaliknya hanya ingin menyampaikan rasa hormati kepada idea2 mike yang pada teman sangat berguna. Tambah lagi mike antara orang lama yang ada dalam SDN.

      So, jangan salah faham. SDN hargai semua komentar kome2. Demi Perak tercinta.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. Yong Ayu

        Individu berkenaan adakah dalam kategori yang dilantik atau yang dipilih. Kalau dilantik, maka terus sahaja ditamatkan perkhidmatannya dengan serta merta oleh Presiden PAFA. Kalau di bawah kategori yang dipilih, maka kena le tunggu Mesyuarat Agung yang ada proses pemilihan. Masa tu jangan le dia dicalonkan lagi. Tapi lain le kalau individu berkenaan berpengaruh dan loaded yang boleh membeli undi. Kalau macam tu tak tahu le teman. Terima aja le seadanya.

        Likes(0)Dislikes(0)
  5. saidin

    Pada pendapat teman pafa perlu menyingkirkan pemain pemain yang terlibat dengan penentuan keputusan perlawanan seperti sebelum ini pafa sendiri berjaya menangkap K.nanthakumar ini individu pertama harus disingkirkan,dan mustahil beliau seorang yang terlibat sekurang kurangnya 4 ke 5 pemain yang wajib terlibat.

    Pafa juga harus memberanikan diri menyingkirkan ibu segala penentuan iaitu seorang individu didalam pafa,dimana beliau adalah individu yang bertanggugnjawab keatas keseluruhan perjalanan pasukan yang memastikan kaki kaki judi tersebut berada dalam pasukan.kalau takdak individu tersebut pun bukannya lingkup pafa.

    pafa harus kembalikan pemain pemain yang sebenarnya adalah tunjang utama pasukan Perak seperti Ariff Ismail,Azmeer,Razali Umar Kandasamy dan naikkan pemain pemain muda skuad piala presiden ke dalam skuad utama,setuju dengan saudara Chuck dan Yong Ayu. singkirkan pemain import yang boleh dikatakan bertaraf skuad belia,kekalkan 100 peratus pemain tempatan,tidak guna menggunakan tenaga pemain kebangsaan kedalam skuad Perak,walhal pemain pemain dalam pasukan Perak lebih berkualiti.

    Lahirkan bintang negara,kekalkan prestasi pasukan perak sebagai pengeluar produk yang berkualiti. mungkin ramai yang tak tahu dimana ada individu dalam pengurusan pafa itu sendiri yang sebenarnya pemain pemain hebat ini tersingkir darii perancangan pasukan dan menentukan jurulatih yang dibawa kedalam pafa,ini semua kerja individu tersebut,malah komisen wajib dibayar bulan bulan,
    malah komisen dari penentuan keputusan juga diterima setiap perlawanan.

    andai manusia tersebut berada didalam pafa selagi itulah jahanam pasukan perak sehingga beliau tiada dalam pafa.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. Yong Ayu

      Kalau dapat Saudara Saidin memberikan sedikit clue individu berkenaan supaya mudah dikenalpasti dan diambil tindakan oleh pihak berkenaan dalam PAFA. Individu berkenaan ibarat duri dalam daging atau boleh juga dianggap sebagai parasit PAFA. Jika individu berkenaan cepat-cepat disingkirkan, maka terselamatlah skuad Seladang kita daripada dihinggapi barah yang boleh merosakkan seluruh pasukan dan akhirnya menemui kehancuran.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. saidin

        Yong Ayu sebenarnya dalam penulisan teman itu dah ada pun klunyer.....kepada yang berada dalam Pafa dan pemain pemain tertentu memang mengetahui individu yang dimaksudkannya

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. Yong Ayu

          Teman telah tersalah tekan tadi. Sebenarnya teman nak menjawab artikel yang disediakan oleh Saudara Saidin yang menyatakan ada indidividu dalam PAFA yang perlu disingkirkan segera. Jadi teman jawab le adakah individiu tu di bawah kategori yang dilantik atau dipilih. Kalau kategori dilantik, ate Presiden PAFA senang-senang aja menamatkan perkhidmatannya dengan serta merta. Kalau di bawah kategori yang dipilih pulak, ate terpaksa le menunggu Mesyuarat Agung PAFA yang ada proses pemilihan. Masa tu jangan le individu berkenaan dicalonkan lagi. Tapi lain pulak halnya jika individu tu orang yang berpengaruh dan loaded yang boleh membeli undi.

          Likes(0)Dislikes(0)
            1. Yong Ayu

              Kalau begitu apa kata kita naikkan sepanduk pada perlawanan terakhir Piala Malaysia pada 14 Sept. nanti dan nyatakan nama individu berkenaan supaya ditamatkan jawatannya kerana ia ternyata parasit dalam PAFA. Sebutkan juga apa yang dia telah lakukan demi kepentingan dirinya sendiri. Usaha penyingkiran itu mestilah berterusan hinggalah orang tu tersingkir.

              Likes(0)Dislikes(0)
  6. Jasbisa

    seperti kelab2 terkemuka lain di dunia, kehadiran pemain import banyak membantu prestasi sesebuah pasukan. Begitu juga Perak, tidak salah mengambil pemain import tapi biarlah yang berkualiti. Pihak pengurusan mestilah profesional dlm memilih pemain yg benar2 berkualiti. Yang penting pihak pengurusan perlulah dari kalangan mereka yang benar2 memahami bolasepak dan tolong jauhkan dari sebarang permainan politik di sini. Pengurusan tertinggi PAFA, head coach dan pemain semuanya saling memerlukan. Untuk barisan musim depan, kukuhkan sumber kewangan dan cuba dapatkan tajaan yang bauk agar PAFA dapat memanggil semula bekas2 dananak jati Perka yang ramai bermain di luar Perak. Ditambah lagi dgn awang import yang bagus macam Repasi, Mandju etc. serta pemain muda Piala Presiden sudah tentu Pasukan Perak agar gah seperti suatu ketika dulu. Kesimpulannya, sekiranya Pengurusan mantap, pasukan Perak pasti meletup musim 2013 nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. saidin

      apa yang teman dapat tau banyak yang nak taja team Perak fa nie,....tapi masalahnyer bila Pafa itu sendiri dijaga oleh orang orang politik maka penaja tersebut tak jadi taja,dan yang keduanya kerana berjaya dicantas oleh seseorang seperti yang dikatakan oleh Yong Ayu parasit Pafa

      Likes(0)Dislikes(0)
  7. chuck

    Salam..

    Teman tetap dengan pendirian teman "TANPA KHIDMAT IMPORT"..

    izinkan teman membuat sedikit ulasan dan kesimpulan dari pemerhatian/suasana sekitar dunia bola sepak kini..

    Exp:Teman bandingkan dengan kelab2 dari kuasa dunia bolasepak kini.Maafkan teman jika ada fan club EPL disini.EPL tu pada teman,kesan dari peninggalan penjajah yg sering menjaja kebaikan dan kelebihan bekas negara yg pernah menjajah Negara kita.Evnt itu semua still sbagai syarat utk kita benar2 menuntuk KEMERDEKAAN yg HAKIKI dr BRITISH..Sebab itu memang teman Xbape gemor dgn EPL apetah lagi England yg rata2nya pd teman diminati oleh MAT2 jambu dan mostlynya kebanyakan gadis2/wanita2 yg tak tau pasal BOLApun cuma taula apa itu bola sepak...itujer..

    Kesimpulan yg dapat teman jelaskan disini ialah Atlethic Bilboa mampu sampai ke final europa cup tanpa import,Levante,Getafepun begitu..mampu competite dlm game2 yg besar.Walaupun tak mampu mendakap UCL,namun pd teman berbaloilah..Comparekan dengan team lain yg berbelanja besar n ramai khidmat import tp Xkemana..Apa maknanya???Jika betul nk mapaki IMPORT make sure bole pg jauh..Ini bukan kisah Dongeng "TRY n ERROR "yg Xpernah habis jika hendak diberceritakan!!!

    Evnt Valencia dulupun Xde import luar.Pendek kata mostly club dalam liga tu kurang menggunakan khidmat import!!

    keberkesananya???lihat sahaja hasilnya dimana Spain telah menjulang Uefa cup dan FIFA Cup siap treble g...begitu jugaklah yg berlaku terhadap skuad kebangsaan kita sebelum ini..Jika FAM dengan pendekatan yg berbeza,mengapa kita perlu ikut..itu bukan kewajipan..tp itu sebahagian dari kelonggaran dlm syarat pertandingan..

    lihat saja siapa yg memimpin FAM kini???Bukankah pendengki2 dan yg busuk hati dgn kejayaan team2 spt perak,kedah n etc..kedah gah treble dgn khidmat import.N then diberhentikan khidmat import n kedah huyung -hayang jadinya.

    Mintak maapla ayat tak tersusun.mana kome yg paham2lah..sbb bnyak sgt idea n emosi yg dah Xmampu tuk teman kaborkan..paseynya,kalo kaborkan banyk manapun tak pernah deme amek pusing...

    N

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. saidin

      ada jugak kata kata mike yang teman setuju,bagi yang inginkan import ke dalam pasukan pasukan dalam liga malaysia,korang kena pikir,mereka mereka yang ke malaysia kebanyakan dah kene reject ngan team dinegara atau kelab kelab masing masing,so datang team kat malaysia termasuklah team Perak fa kita,malah yang datang ke malaysia dibawa oleh agen ataupun salah seorang makhluk dalam pengurusan itu sendiri yang bawak masuk,tak kira pemain itu bagus ke tidak janji dapat komisen tiap tiap bulan

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. Yong Ayu

        Teman berpendapat pemain import yang bersetuju menyarung jersi dalam team di Malaysia ialah mereka yang rendah kualitinya. Ini kerana pasukan negeri dan kelab di Malaysia membayar gaji terlalu rendah. Cuba tengok Safee Saly udah le. Ia dibayor sebanyak RM118,000.00 sebulan. Pemain import yang datang ke sini adalah lebihan dari negara lain yang telah cukup quota mereka. Bermakna juga Malaysia adalah destinasi terakhir mereka. Tidak dinafikan ada le sorang berdua yang sedikit berkualiti. Itu pun tunggu peluang aja utk cabut ke negara lain jika ada tawaran yang lebih lumayan. Itu le antara masalah yang dihadapi dalam mengambil pemain import di Malaysia

        Likes(0)Dislikes(0)
      2. robslam

        benda neh teman ada dengor kat stadium deme kecoh cerita pasal ada sorang pegawai pasukan yg kojenya amik komisen dr player yang dibwk masuk dlm pasukan. Dengornya lantak le bole main ke idak janji setuju deal komisen dia rekemen le masuk dalam team...cuba kome2 siasat betoi ke idak cerita neh...

        Likes(0)Dislikes(0)
    2. feartheyob

      Bagi teman, import tu masih perlu...dengan syarat WAJIB yang betul2 berkualiti...takat macam bosjongo tu rasanya humban je le ke laut...

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. helmirizal

        nak mencari import yang betul-betul berkualiti memerlukan dana yang besar justeru itu perak haruslah mencari penaja yang mampu menyumbang dana yang besar untuk pasukan

        Likes(0)Dislikes(0)
  8. chuck

    kome perhatikan key L tu walaupun terjerumus kelembah yg betul2 hina,namun tanpa kome sedar ade butir2 permata yg bersinar.Sape Afiq sebelum ni??Sapahpun Xkenal n pandangpun EX-player presiden cup Perlih ni.Tapi bila kena dengan taktikal,ruang n peluang yg diberikan dia mampu menjadi somebdy dlm Malaysian Cup skangni..YG Perak kononya ada import xde sekorpun terlepah jd national player??Jangan citer yg duk panaskan bangku simpananla!!!RONYAH apa???Nurshahrul??Karam dengan kelibat import..Performance merudum..effect pd skuad malaysia..HANCUS!!!Ibarat dakyah dan agenda dan marah jika teman KABORkan PARASIT utama pasukan negeri/kelab sehinggakan ke national team adalah IMPORT!!!!n then baru until2 bokie sana sini datang nak berjudi!!!Taruhan mestilah besor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. helmirizal

      pemain-pemain kuala lumpur majoritinya pemain muda...memang dalam liga diorang pasukan yang agak lemah sebab pemain masih mentah dan kurang matang..tapi bila diasah tiap-tiap hari dan semangat ingin berjaya dalam diri pemain tersebut akan cepat mematangkan....dah 2 3 orang pemain kuala lumpur di pinjam beberapa pasukan untuk kempen piala malaysia

      perak pun teman rasa perlu ketengahkan bakat-bakat dari piala belia dan skuad presiden untuk diserap dalam pasukan liga super..

      Likes(0)Dislikes(0)
  9. helmirizal

    untuk musim 2013 nie teman cadangkan perubahan besar-besaran perlu dilakukan..bermula dari pihak pengurusan, bidang kejurulatihan dan pemain

    pihak pengurusan hendaklah terdiri daripada individu yang betul-betul minat dalam permainan bola sepak dan boleh mencari dana dan bajet tambahan dari luar untuk tujuan pembelian pemain yang berkualiti... perak perlu mengambil jurulatih import yang berkaliber untuk membina pasukan yang berkualiti dan mantap...

    pemain-pemain yang ada sekarang yang kurang memberangsangkan hendaklah dilepaskan dari pasukan...serapkan pemain skuad presiden dan tambahan pemain dari luar yang berkebolehan....pemain import??teman rasakan perlu diambil tapi hendaklah yang betul-betul berkualiti

    semoga musim 2013 lebih baik dari 2012

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. robslam

      setuju idea mike tapi masalahnya deme2 neh sembang je melantun2 dalam meeting pastu yg buat keputusan ada sekor dua yg tentukan segala hal dalam PAFA tuh, kemudian bila dan peminat marah masing2 lari tak cukup tanah menyorok muka. Tu bekas pemain tersohor perak zaman dulu2 tuh elok le berenti dari management PAFA. Perak sejak pengurusan baru amik alih dari DS Nizar yg bagusnya cuma bajet beso tapi title/cup habuk pun tarak. Development bebudak muda jgn harap ler, berkarat duduk kat bench, pastu game kalah beso2 dan gol pun pelik2 je masuk... kome pikior la sendiri kenapa!!!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  10. syidi Post author

    Sebelum ini, kita ada dengar tentang rancangan PAFA untuk membuat penjenamaan semula seperti yang dilakukan oleh pasukan Kelantan atau TRW.

    Ternyata, Kelantan berjaya menjenamakan pasukannya termasuk mengubah logo pasukan, bukan setakat itu sahaja, malah TRW memiliki butik sendiri serta kiosk ala-ala kopitiam TRW di Kota Bahru.

    Pada teman, ini semua memerlukan dana yang tinggi, komitmen ahli-ahli majlis dan perancangan yang teliti agar tidak menjerat diri sendiri di masa hadapan kelak.

    Berkenaan pemain dan pengurusan, PAFA haruslah telus dalam menilai semula barisan yang ada, ini termasuklah menilai keperibadian, prestasi semasa dan kemampuan pemain itu di masa akan datang adakah dia aset atau liabiliti kepada pasukan.

    PAFA seharusnya memberi peluang kepada pemain-pemain muda yang dirasakan mampu menyerlah sebelum mereka disambar oleh pasukan-pasukan lain yang sentiasa menanti peluang untuk menyunting anak-anak muda ini. Lupakan tentang status bintang pemain-pemain yang ada, sebaliknya fikirkan untuk 'menyinarkan' bintang yang sedang meningkat naik.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.