Piala Malaysia 2012 | Perak Vs Sime Darby (Preview)

untitled.jpg

Jumaat 14 September 2012
8.45 Malam
Stadium Ipoh Perak

Perak yang terpaksa menempuh laluan sukar dalam saingan Piala Malaysia ini bakal turun menentang Sime Darby yang kini berada di atas Perak di tangga ketiga Kumpulan C di Ipoh Jumaat nanti. Perak yang kini tanpa sebarang kemenangan dikatakan masih memiliki peluang dengan syarat menang dengan margin gol yang besar ke atas lawan terakhir ini. Dalam bolasepak, ianya bukanlah mustahil. Namun Sime Darby juga turut memasang impian untuk turut layak ke Suku Akhir selain Felda United dan Negeri Sembilan.

Perak kini mengharapkan Felda United tewas dengan jaringan besar kepada Negeri Sembilan sedangkan Felda United pula mengharapkan sebaliknya untuk mara ke pusingan seterusnya.

Jika dilihat prestasi semasa Perak, mereka mempamerkan sedikit kebangkitan dalam setiap perlawanan terutama sekali ketika bertandang ke Melaka tempohari. Kegagalan benteng pertahanan mengekalkan konsistensi menyebabkan Felda United berjaya mencuri satu mata dikala Perak mendominasi permainan.

Kekuatan Sime Darby kini dilihat semakin konsisten terutama penyerang impot mereka Patrick Ronaldinho yang sukar dikawal dan memiliki ketajaman di depan gawang lawan. Selain itu, mereka juga memiliki pemain-pemain muda yang pantas ketika melaksanakan serang balas dan pertahanan Perak perlu bersedia sebilang masa menyekat kemaraan mereka.

Kemenangan dengan jaringan yang besar bukanlah mustahil buat Perak, dengan syarat, jentera serangan dan barisan tengah perlu fokus dan tidak mensia-siakan peluang terhidang. Arahan daripada Jurulatih harus dipatuhi sebilang masa kerana itu kunci kejayaan sesebuah pasukan.

Likes(0)Dislikes(0)

21 thoughts on “Piala Malaysia 2012 | Perak Vs Sime Darby (Preview)

  1. helmirizal

    wajib menang besar..sekurang-kurangnya 5-0 atau lebih dan mengharapkan felda united tewas

    di harapkan keajaiban akan berlaku nanti....

    semoga berjaya perak

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Jasbisa

    tidak ada yang mustahil sekiranya pemain memberi sepenuh komitmen. kalah atau menang, layak atau tidak pasti ada hikmahnya..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Raul hashim

    Perlawanan jumaat ni sime darby tidak dapat menggunakan patrick ronaldinho kerana digantung dua perlawanan. perak perlu mengambil kesempatan ini..diharap jentera serangan dapat menemui semula gol yang dicari..tidak mustahil kita layak..ramalan teman, Perak 4 Simedarby 0. negeri sembilan 2 felda 1..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi Post author

    Teman kadang2 terpikir gak, adakah ini yang kita mahu atau memang nasib kita macam ni? Teman doakan jumaat nanti menang beso dan kalau la lepas peringkat kumpulan ni, Perak wajib bayar balik dengan Piala .

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. helmirizal

      tak siapa sangka macam nie jadinya....dalam perlawanan persahabatan prestasi agak baik namun bila dah start perlawanan sebenar terus merudum aksi pemain

      teman pun harap perak menang beso jumaat ini disamping kekalahan felda

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. belanak

        jika bermain dengan secara berhemah dan bermaruah, pasti kita akan berjaya, namun demikian, jika sebaliknya, memang kurang ajar dan celaka lah deme tuh (pengkhianat!)

        Likes(0)Dislikes(0)
  5. Yong Ayu

    Usah le kome berangan nak masuk suku akhir PM tahun ni. Dengan keadaan segenting itu dan ditambah pulak harapkan orang lain membantu, ate terjerombab le jawabnya. Baik mula pikirkan skuad tahun depan. Sebelum orang lain ambik, baik kita dulu pergi merisik, meminang dan ambik sain kontrek terus. Jangan jadi yang sudah-sudah, asyik ngambik lelbihan orang aja. Bio le kali ni kita dapat pemain yang baik punya, yang setia, yang berdisiplin dan yang ada komitmen.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. helmirizal

      peluang untuk mara memang amat tipis, namun masih ada..pemain perlu fokus untuk game terakhir ini..kalo lah perak tak layak baru lah fokus kepada musim 2013..buat masa sekarang teman harap pemain tumpu game yang teman harap bukan terakhir dalam musim 2012 ini

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        SETUJU!!!

        Kita ambik pendekatan satu persatu..GAME belum lagi habis so fokus pada game jumaatni..pastu barula nak pikir tuk season depan..Tipis Xbereti Tak layak..peluang still ade lagi...JGN jdkan peluang tipis sebagai Indicator untuk mengatakan kita dah "GAGAL"

        Likes(0)Dislikes(0)
      2. Yong Ayu

        Boleh ke si Bojongok tu nyekor 2 bijik dan si Kubalok pula nyekor 2 bijik juga. Ate ngape dah las baghu nyekor. Ngapa awai-awai PM deme tak nyekor. Macam ada yang dirancang aja nampaknya. Si Kubalok tu balik aja dari mewakili Malaysia menentang kelab di Indon, tub-tub permainannya merudum. Macam dia merancang sesuatu aja. Bior pihak Pengurusan PAFA marah dekat dia dan terus disingkirkan. Ini supaya dia tak kena bayor denda sebab melanggor perjanjian untuk berenti. Mesti ada pasukan lain yang dah pancing dia tu agaknya. Kalau tidak kenapa dia berubah begitu mendadak sekali.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. pie

          mUNGKIN BENAR GAK KATA yONG AYU. Mungkin ada kelab di indonesia dah merisik KUBALA kot. Tapi teman rasa dia pun dah bosan coz nampak dia sorang je main sungguh2 beberapa games sebelum mula PM. jadi mungkin dah putus harapan dengan PERAK. kepada yang lain yang kata PERAk tak ada peluang dan sebagainya, teman rasa ini bukan masa yang sesuai. Tunggu dulu dan sentias berikan kata2 semangat kjepada semua pihak. kalau ada org yang membaca komen ni terutamanya pemain yang memang bersungguh2 bermain untuk memajukan Pasukan PERAK, mungkin diorg terasa dan mengatakan tidak mendapat sokongan bila pasukan didalam keadaan genting. Moral mesti bertambah Down. Selain itu ingat pepatah orang kita "AYAM MASIH BELUM HABIS BERSABUNG". Sabungan terakhir masih ada. SABUNGAN MEMBAWA SERIBU CERITA. TERUSKAN USAHA PASUKAN PERAK yang melibatkan semua peringkat penglibatan dari PENGURUSAN sehingga kita semua PENYOKONG. Bab BOOKIE plak teman tak mo komen coz tak da maklumat.

          Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.