Piala Malaysia 2012 | Perak Vs Sime Darby FC (Result)

untitled.jpg

Jumaat,14 September 2012
8.45 malam
Stadium Perak, Ipoh

Perak 2 – 1 Sime Darby FC

Akhirnya, Jang Jung berjaya mendapatkan kemenangan pertama dalam kariernya bersama Perak selaku Ketua Jurulatih. Sebelum itu, Perak dilihat sukar mencatatkan kemenangan tidak seperti yang dipamerkan musim lalu. Kekecewaan jelas terpancar di wajah setiap penyokong Perak biarpun menang dalam perlawanan penting itu. Ini kerana Perak tetap gagal kerana dalam perlawanan lain Kumpulan C menyaksikan Felda United berjaya mengikat Negeri Sembilan untuk memastikan mereka ke Suku Akhir.

Dalam perlawanan yang disiarkan jam 11.30 malam TV1 (Ulangan) itu, Perak dilihat bersungguh-sungguh tidak seperti sebelumnya dengan mempamerkan aksi yang mantap. Seawal minit ke 13, Albert Bodjongo Dika meletakkan Perak di depan dengan jaringan yang menarik. Perak dilihat menguasai perlawanan di sepanjang tempoh babak pertama sambil Sime Darby turut memiliki peluang namun barisan penyerangnya gagal memanfaatkan peluang.

Selepas 3 minit babak kedua bermula, sekali lagi ‘Permata Hitam’ Perak meledak untuk gol kedua Perak yang ketika itu membayangkan banyak lagi gol bakal terhasil untuk mencerahkan peluang ke Suku Akhir. Namun segalanya musnah dikala perlawanan tamat apabila Perak gagal menambah jaringan ditambah lagi dengan keputusan dalam perlawanan satu lagi yang mana Felda United berjaya memperoleh satu mata di Paroi.

Persoalannya kini, mengapa Perak memilih laluan sukar? Apakah yang terjadi disebalik semua kesukaran ini? Adakah sasaran yang diletakkan iaitu mara Ke Separuh Akhir sekadar perbincangan di bilik mesyuarat semata-mata? Penyokong semakin matang, mereka sudah mula tidak senang dengan apa yang dipamerkan sedangkan harapan tinggi mereka dikatakan hanya mimpi yang tidak akan tercapai. Meang benar kalah menang lumrah bertanding, akan tetapi, penilaian penyokong terhadap Perak kini mula menjurus ke arah negatif. Meminjam kata-kata penyokong fanatik Perak ” PAFA datang dan pergi, Pemain datang dan pergi, tetapi kami Penyokong Tetap Di sini!”.

Albert Bodjongo Dika 2 gol, 12′ dan 48′. Artikel lengkap bakal menyusul. Terima kasih.

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Piala Malaysia 2012 | Perak Vs Sime Darby FC (Result)

  1. razlan

    Assalam,

    "Jumpa lagi tahun depan". Itulah kedengaran keluhan peminat di Stadium Perak tadi, yg hampa dengan prestasi pasukan Perak musim. Kedudukan ke-4 Liga Super tidak dapat mengubat kedukaan tidak layak ke peringkat seterusnya dalam kempen Piala Malaysia.

    Jika dikendalikan dengan perancangan yang rapi dan professional, pelancaran akademi PAFA di Teluk Intan esok hanya akan dapat membuahkan hasil untuk jangka masa panjang (5 - 10 tahun).

    Jadi, apa yg PAFA akan lakukan untuk masa terdekat ini? Harap wakil SDN dapat menemuramah Presiden PAFA bagi mengetahui lebih lanjut perancangan mereka dan terbitkan artikel mengenai temuramah tersebut agar peminat dan penyokong dapat membacanya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Jaji

    Dari tahun ke tahun, semenjak tahun 2001, penyokong dan pencinta pasukan Perak sentiasa menaruh harapan yang tinggi agar agar pasukan mereka menjadi juara dalam mana-mana medan Liga Malaysia, sama ada Liga Super (yang belum pernah dimenangi oleh Perak semenjak diperkenalkan), Piala FA mahun Piala Malaysia. Namun harapan tinggal harapan tanpa penghujungnya. Tahun 2012 ini episod yang sama terus berulang dan penyokong Perak terus menaruh harapan agar pasukan Perak menjadi pasukan yang digeruni pada tahun 2013. Soalnya adakah ia akan menjadi nyata atau terus lagi menaruh harapan yang tidak diketahui sampai bila. Oleh itu seluruh pengurusan PAFA perlulah berganding tenaga untuk menaikkan kualiti permainan bola sepak Perak. Para bloggers, penyokong, peminat dan pencinta pasukan Perak juga diseru membuat sumbangan yang wajar di mana berkaitan agar status pasukan Perak yang digeruni dikembalikan ke tempat asalnya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. me 109

    Nampak gayenye Tim Perok ni hanya menang gem yg takde makne...kalah bila perlu menang atau seri dan seri bila perlu menang. Kalu gini le caranye mmg takde maknenye nyokong tim begini rupa...Yob-yob sume tak nampok ge mende ni.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. helmirizal

    kemenangan pertama dalam kempen piala malaysia...perak dilihat bermain bersungguh-sunguh pada malam tersebut..banyak peluang terhidang namun hanya dua gol berjaya dijaringkan...namun kemenangan dilihat tidak bermakna apabila negeri sembilan dan felda seri 1-1

    tamat sudah perjuangan skuad yob dalam piala malaysia, lepas nie boleh tumpukan 100% untuk musim 2013...perancangan perlu bermula dari sekarang, jika pihak pengurusan yang sekarang masih dikekalkan lantik jurulatih yang berkaliber untuk memilih pemain yang berkebolehan

    rasanya dah boleh mula merisik pemain-pemain yang dirasakan bagus untuk menyarung jersi perak tahun hadapan, cari penaja yang mempu menyumbang dana yang besar pada pasukan

    selamat tinggal 2012, amukan 2013 sama-sama kita nantikan

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.