Piala Malaysia 2012 | Perak Vs Negeri Sembilan (Result)

untitled.jpg

Sabtu 1 September 2012
8.45 malam
Stadium Perak, Ipoh

Perak 0 – 1 Negeri Sembilan

Effa Owona berjaya mencetak nama sebagai penjaring tunggal hasil sepakan penalti di masa tambahan separuh masa pertama, di mana dalam keadaan yang begitu sibuk di dalam kawasan kotak penalti pengadil menghadiahkan sepakan penalti di atas kesalahan bola terkena tangan Nor Hazrul.

Penderitaan anak didik Jang Jung berterusan di mana kali terakhir pasukan Perak tewas di tempat sendiri iaitu ketika menentang Felda United baru baru ini. Pujian harus diberikan terhadap penjaga gol muda Khairul Amri yang menampakkan corak permainan yang semakin mantap setelah sekian lama hanya sekadar menjadi barisan pemain simpanan sebelum ini.

Posisi tengah dan serangan semakin tumpul dan goyah apabila setiap gerakan yang dilakukan terutama melalui ketua pasukan Shahrulnizam mudah untuk dipatahkan oleh pasukan lawan. Manakala gandingan di antara Failee, Fazrul Hazli dan awang hitam Perak, Bodjongo turut tumpul.

Malang juga buat Michal Kubala yang tidak dapat diturunkan pada perlawanan kali ini akibat demam panas dan ini turut merencatkan sedikit strategi yang ingin dilaksanakan oleh jurulatih.

Jelas kemasukan Jang Jung sebagai jurulatih baru skuad Perak gagal untuk menghasilkan sebarang impak yang menimbulkan gerun kepada pasukan lawan malah saingan kali ini adalah antara yang terburuk berbanding musim 2009 dan 2010.

Selasa depan pasukan Perak akan terbang ke bumi Hang Tuah untuk menghadapai skuad Felda United, di mana skuad tersebut berada di tangga ke 2 kumpulan C dengan mengumpul 5 mata dan mengumpul 7 gol berbanding skuad Perak yang sekadar mengumpul 3 gol.

Dengan prestasi terkini mengundang kemarahan di setiap sudut hati penyokong penyokong setia skuad Skor Yob Skor,dan mengharapkan perlawanan seterusnya akan ada perubahan dilakukan oleh jurulatih pasukan.

Likes(1)Dislikes(0)

9 thoughts on “Piala Malaysia 2012 | Perak Vs Negeri Sembilan (Result)

  1. Yong Ayu

    Ai!! satu pun tak ada komen. Nampak bebenor warga SDN marah sangat pada skuad Seladang dgn cara permainan sedemikian. Rata2 deme kecewa dan hampa dgn keputusan yg macam tu. Deme harap bebenor Perak menang dgn Neg. malam tu untuk menghidupkan peluang ke pusingan kalah mati. Masa pertahanan Perak menahan bola dgn tangan tu, takkan le ref tak nampak. Sampai dua kali begitunya dan akhir sekali pemain kita menyentuh bola pulak dalam petak penalti. Kalau dia tak sentuh pun bukannya bahaya. Jadi macam 'disengajakan' aja. Itu le yg membuatkan para penyokong Perak berbulu nengokkan gelagat pemain Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. robslam

      Ajernya ye yong ayu, gamaknya keeper yg suka bolos pelik2 dah takde jadi nk boloskan jugak gawang tu kena le pegang bola supaya kena penalti. Kot penalti tu tak masuk ada le nnt timbul idea gado2 ke,tarik baju dlm kotak penalti plak. Rasanya keeper yg main tu tak nampak mcm nk jual game pun.

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. robslam

    Letak sape keeper pun naya team kalu ada player yg pegang bola dlm kotak penalti. Kalu nak main bola tampor toksahlah main bolasepak. Elok gugurkan je pemain2 yg buat benda2 pelik dlm padang mcm kes sarbinee alwi yg cukup gemor menampan bola masuk kegawang. Bukan sekali dua gitu tp dah berkali2. Letak sape pun coach tak guna kalu pemain tak jujur. Peminat bkn bodo tak nampak wayang yg kome buat dlm padang tu weh...bwk2 le bertobat sblm mati.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. chuck

    Salam..

    Jika game bertemu N9 kemarin adalah merujuk kepada turning point Perak,kini kita patut bersyukur kerana kita(Perak)telah diberikan peluang kedua dengan syarat WAJIB memenangi baki 2 game antara Felda & Sime Darby kini.Ianya ekoran Gol dilewat perlawanan oleh Sime Darby yang berjaya mengikat kedudukan seri dengan Felda tempohari.Kalo tak,memang dah menuju kelangit dah team kite yob.

    So,make surela dah ada peluang ke-2 ni jangan pula kita persia2kan melainkanlah memang team majey Perakni deserve untuk tak qualified ke quarterfinal!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. helmirizal

    perak leh menang perlawanan ini sebenarnya namun penyudah yang tumpul menghukum perak....deretan peluang yang terhidang gagal disempurnakan walaupun pinto gol sdh terbuka luas....peluang ke suku akhir kian samar, hanya kemenangan pada baki saingan dan kekalahan felda dan sime darby ke atas negeri sembilan sahaja yang mampu bawa perak ke suku akhir

    harapan kian samar cuma 'keajaiban' yang diharapkan

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.