Piala Malaysia 2012 | Felda United Vs Perak (result)

Selasa, 4 Sep 2012
Stadium Hang Jebat, Melaka
8:45 Malam

Felda United 2 – 2 Perak

Perak sekali lagi hambar biarpun sebelum perlawanan berlangsung harapan menggunung disandarkan untuk meraih 3 mata penting bagi mencerahkan peluang ke Suku Akhir nanti.

Keputusan ini telah mencetuskan rasa kurang senang dikalangan para penyokong yang amat mengharapkan kemenangan. Semua perkara berkaitan pasukan Perak kini menjadi perhatian penyokong yang mula mempertikaikan kredibiliti pihak yang bertanggungjawab.

Selepas ini, Perak memiliki satu lagi peluang di Ipoh iaitu menentang Sime Darby sambil mengharapkan bantuan daripada perlawanan Negeri Sembilan dan Felda United. Perkara ini amatlah sukar kerana ianya lebih kepada ‘harap atas harap’ yang boleh membawa padah kepada pasukan.

Untuk para penyokong, Perak memerlukan kita. Laksanakan kewajiban biar apa pun keadaannya.

Likes(0)Dislikes(0)

12 thoughts on “Piala Malaysia 2012 | Felda United Vs Perak (result)

  1. helmirizal

    dua kali mendahului lawan namun gagal pertahankan kedudukan..hanya satu mata berjaya di kutip

    di ikutkan pada kedudukan sekarang nie, perak perlu menumpaskan sime darby pada perlawanan akhir kumpulan dengan jaringan yang cukup besar sekurang-kurangnya 4-0 dan mengharapkan felda tewas kepada negeri sembilan

    persoalannya sekarang mampukah kita menjaringkan banyak gol di mana kita sedang mengalami masalah di bahagian serangan

    di harapkan ada keajaiban yang akan berlaku 14/9/2012 nanti...gud luck perak

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. hyunckel

    perak perlu menang last game untuk menyelamatkan maruah pasukan yg telah merudum ke peringkat paling bawah bolasepak malaysia... hanya 2 team yg tak menang lagi iaitu perak dan t-team...
    kalau kalah jugak, siasatan teliti perlu di request dari pihak SPRM spt yg dilakukan di terengganu...
    felda dan sime darby pun tak boleh nak menang???? something fishy is going on....

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Ipohman

    Andai gunung jadi penghalang,
    Tak mungkin kudrat memikul beban,
    Tiada semangat untuk berjuang,
    Impian dan harapan tinggal kenangan...

    Andai mara ke seterusnya,
    Pasti tersungkur di tengah jalan,
    Sokongan diberi tidak terkira,
    Tiada bangga dijulang hanya terkilan...

    Walau bulan jatuh ke riba,
    Tiada guna jika tidak berjasa,
    Usaha walau secebis pasti berguna,
    Jika tiada hanya sia - sia...

    Kita berkata, mereka merasa,
    Ditangan kita bara, pada mereka hanya kaca,
    Kita memburu harapan, mereka menggalas impian,
    Langkah kita menuju juara idaman, pada mereka hanya teruskan kehidupan...

    Kejor yop kejor, skor yop skor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Raul hashim

    Salam..Perak perlu membuat tawaran kepada beberapa pemain berikut: Faiz subri (t.team) badrrol, khyril muhaimin n sabree abu (kedah)...dicampur dengan beberapa pemain piala presiden perak pasti mantap..kekalkan failee, rafiuddin, syahrol kalam, hisyamuddin, hazrul, khairul amri, syazwan roslan. isma alif (perlu diberi peluang lagi)..yang lain gugurkan

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. Raul hashim

        ate amik org lain le..s.vinod or gopi yang main pahang tu pun ok jugak..tapi apa2 pun ambil je player perak yang main dengan team lain tp yang muda lg.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. chuck

          Babni Xkira saperpun mike,ajer teman setuju benor.evnt last2 post teman dekat SDN nipun memang teman prefer untuk skuad YOUTH PERAK.Bab nak tarik player Perak yang merantau tupun ok gak..cuma kalo deme nak teruskan merantau gakpun Xpe.Sebab kita boleh produce&supply more player bola sepak di Malaysia ni yg berasal dr PERAK...

          Teman Setuju benor!!!Ada player muda2 yang patut dikekalkan+player skuad president+pencarian bakat-awang import 4 next season..bior Xmenang ligapun takpe.Memadailah dpt bagi saingan sampai Xterhumban ke kancah liga perdana pun dh cukup..Macam zaman Karathu&Raja Azlan dulu..sempoi!!!!dah tentu2 sumer tahu player muda,mentah n bergetah!!!Dari cari yg knonya hebat+import tapi main macam GAMPANG nak buat apa!!!

          Likes(0)Dislikes(0)
  5. Raul hashim

    Barisan impian tahun hadapan.

    Khairul amri

    hisyamuddin-shahrol kalam-mohd rafiq faeez-sabree abu
    nuridzzuan-norhakim-kenny palraj-badrol baktiar
    khairul asyraf-failee.

    simpanan:

    mohd hafizul hakim, faiz subri, import penyerang dan import tengah, rafiuddin,isma alif, mohd syamil khairi,norhazrul, muhd syarif osman, mohd rahizi..isyaallah pasti mantap tahun 2013

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        Ajer teman SETUJU BEBENOR YOB raul hashim ooooiiii...Tak sangka ada dalam SDN ni yang sekepala dengan teman!!!

        Cuma teman nak suggestkan,kita prefer Xde import untuk next season..Itu ajer!!!yang lain dari player sampai ke coach&Pengurus tu memang dah MANTOP+TERBAIK!!!

        Teman SETUJU 99%!!! 1% g tolak n buang import tu!!!!

        Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.