Piala Malaysia 2012 | Felda United Vs Perak (Preview)

Selasa 4 September 2012
8.45 Malam
Stadium Hang Jebat Melaka

Berbaki 2 perlawanan untuk pasukan Perak melengkapkan jadual saingan Piala Malaysia. Di atas kertas sudah menunjukkan jalan keluar buat pasukan Perak yang kini sekadar berada di tangga tercorot dalam kumpulan C dengan hanya mengumpul 2 mata keseluruhan berbanding pendahulu, tempat kedua dan tempat ketiga masing masing mengumpul 8 dan 5 mata.

Pasukan Perak perlu menang besar keatas pasukan Felda United dan Sime Darby selepas ini untuk memiliki 8 mata dan penentuannya seterusnya perlu mengharapkan bantuan ihsan dari pasukan lain bagi melayakkan pasukan Perak ke peringkat seterusnya

Penggantian Norizan Bakar dengan bekas lagenda Perak era 90an, Jang Jung langsung tidak mempamerkan sebarang perubahan positif kepada pasukan malah seperti pertukaran “melepaskan batuk di tangga” dari PAFA rentetan prestasi buruk Cikgu Jan sewaktu saingan liga yang mencetuskan kemarahan penyokong Perak.

Jika Jang Jung gagal menyusun strategi berkesan bagi saingan Piala Malaysia kali ini dan pasukan Perak terkandas sekadar di peringkat kumpulan maka PAFA perlu melakukan rombakan besar-besaran terhadap pemain, jurulatih dan pegawai-pegawai yang gagal memberikan sumbangan terhadap kemajuan pasukan.

Likes(0)Dislikes(0)

20 thoughts on “Piala Malaysia 2012 | Felda United Vs Perak (Preview)

  1. Yong Ayu

    Yg teman nampak, puncanya terletak pada streka import. Pengambilan si Bojongo tu dulu adalah secara tangkap muat aja. Dia tu lebihan dari pasukan lain. Pasukan tu dah lebih kouta dari segi pemain import. Jadi dibagi pada Perak. Cuba tengok cara Bojongo tu main. Banyak yang terkeliting dan tembak bola pulak tu dalam keadaan yang tak sesuai. Bila dapat peluang, disia-siakannya. Jadi di masa yang akan datang, pihak pengurusan PAFA hendaklah lebih teliti dalam hal pencarian dan pengambilan pemain import. Jangan tangkap muat aja.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. saidin

      mana tidaknya....Bodjonggo tu,bekas pemain injured yang diambil oleh PAFA,udahlah tak main sampai dekat 2 tahun,siapalah yang pergi pilih dia.

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    Kita belum lagi ditunjukkan jalan keluar Yob!!!
    Jangan secara psikologinya mengarang ayat mengatakan kita telah tewas!!!
    Think +ve!!!
    Dengan syarat menang kedua2 baki game!!!thats it!!
    "Kejor Yob Kejor"keserasian akan dipersembahkan pada game malam ini dan sehingga game Final kelak!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. chuck

    Stadium Hang Jebat,Melaka juga pernah menjadi medan dimana Perak pernah beraksi GARANG serta GANAS!!!dengan membahang lawan dengan jumlah jaringan yang besar!!!refer from track record gelanggang Hang Jebat,melaka...

    N

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. saidin

      ate stadium ipoh menjadi saksi bahawasanya negeri sembilan payah bebeno nak menang last last tumpo...fakta mike boleh simpan kelaut jerla

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. saidin

    bagi teman apa yang dituliskan oleh admin ada benarnya...dimana andai kata nak ada peluang untuk kesuku akhir perlu menang besar keatas team Felda,kerana nampak sangat jaringan udahlah sikit bolos pulak terlebih lebih.kalau game nie dapat keputusan menang tipis dah bleh lupakan saja suku akhir sebab lawan sime darby belum tentu boleh menang besar silap silap kalah besar

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Felda dan Sime Darby Sekarangni collect same point=5 mata.
      Kedua2 game terakhir diorang tewas denga Perak.So tinggal lagi 1game and kesemuanya deme kena bertemu dengan N9.N9 pulak atleast kena collect lg satu point.SO,Salah 1 team tu mungkin akan rebah.Perak mungkin disqualified jika N9 rebah 2 game terakhir deme.Kalo dua2 game seri Sime Darby*Felda baru collect 6 mata.manakala Perak pula 8point.SO???

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. saidin

        itu kata mike chuck......tapi kata player team team yang ada mike tau......

        Kalau kata perak draw lawan negeri tempoh hari adalah harapan jugak dengan meluasnya untuk perak ke suku akhir.sekurang kurangnya tak perlu menang besar.....

        cuba mike tengok balik carta liga perak udahlah jaringan nyer kecik...bolos nyer pulak besar,kalau kata point sama pun diakhirnya ...tumpo chor....

        Likes(0)Dislikes(0)
  5. helmirizal

    wajib menang 2 game terakhir dan harapkan sime darby dengan felda kalah 2 game terakhir.....kalau negeri sembilan sengaja buat kalah maka berkubur la impian perak ke suku akhir

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. eg

    Pada aku, kalau Perak main macam ari tu, tak ada visi, strategi, tak boleh nak control bola main hentam kromo cam budak sekolah memang tak akan ada harapan menang. Untuk perak players yg main malam ni, bangkitlah rajinlah sikit untuk cari kedudukan supaya member senang nak anta bola. Jangan gopoh sangat nak cari gol. Bertenang berfikir susun strategi nak cari gol. masa ada 90 minit lama tu. Aku percaya korang boleh. Tp bila dah ghairah tu yg main mcam hampeh.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. Yong Ayu

    Nampaknya harapan Perak dalam Piala Malaysia 2012 ni memang dah tertutup. Baik le pikiorkan macam mana nak kuatkan team bagi musim 2013 pulak. Lebih awal ambik tindakan, kan lebih bagus. Kita mulakan dari sekarang. Jangan tunggu sampai pasukan lain mula dulu. Selalunya Perak ni 'slow couch'. Baru cadang nak ambik seseorang pemain tu, pasukan lain dah ambik dulu.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.