Monthly Archives: September 2012

Umum | Senarai Pemain Perak Yang Dikekalkan Untuk Musim 2013

 perakfa.jpg

Presiden PAFA semalam dengan rasminya mengumumkan senarai pemain-pemain Perak yang digugurkan dan yang dikekalkan untuk menghadapi musim baru Liga Malaysia 2013.

Berikut adalah 10 pemain Perak yang dikekalkan :

01. Khairul Amri Salehuddin
02. Mohd Nasir Basiruddin
03. Muhd Shahrom Abdul Kalam
04. Mohd Syazwan Mohd Roslan
05. Shahrulnizam Mustapa (Ketua Pasukan)
06. Mohd Nazri Mohd Kamal
07. Mohd Failee Mohd Ghazli
08. Mohd Noor Hazrul Mustafa
09. Mohd Rafiuddin Roddin
10. Mohd Hisyamudin Shaari

Berikut adalah hasil undian para pengguna Seladang.Net setakat Jam 1400 pada 25 September 2012. Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Undian | Siapakah Pemain-Pemain Perak Pilihan Anda Untuk Musim 2013?

perakfa.jpg

Baru-baru ini PAFA memberi bayangan bahawa 50% daripada skuad sedia ada bakal disingkirkan. Siapa? Setakat ini kita masih tertanya-tanya dan ada rumor mengatakan pemain ini dan pemain itu.

Tetapi itu semua masih kabur dan tidak rasmi. Jadi Pihak SDN inginkan pandangan anda sambil mengundi siapa pemain Perak yang ada ketika ini menjadi pilihan anda. Sudah semestinya anda memiliki pandangan berbeza ke atas setiap pemain ketika ini setelah semusim berlalu. Jadi, nyatakan pilihan anda dan SDN mengalu-alukan pandangan anda tentang Skuad Impian 2013 anda. Di bawah, SDN senarai 22 daripada 24 pemain Skuad Utama Perak 2012, ini kerana 2 lagi pemain hampir pasti meninggalkan Perak samada bersara atau dikeluarkan akibat kecederaan.

Continue reading

Likes(1)Dislikes(0)

Piala Malaysia 2012 | Perak Vs Sime Darby FC (Result)

untitled.jpg

Jumaat,14 September 2012
8.45 malam
Stadium Perak, Ipoh

Perak 2 – 1 Sime Darby FC

Akhirnya, Jang Jung berjaya mendapatkan kemenangan pertama dalam kariernya bersama Perak selaku Ketua Jurulatih. Sebelum itu, Perak dilihat sukar mencatatkan kemenangan tidak seperti yang dipamerkan musim lalu. Kekecewaan jelas terpancar di wajah setiap penyokong Perak biarpun menang dalam perlawanan penting itu. Ini kerana Perak tetap gagal kerana dalam perlawanan lain Kumpulan C menyaksikan Felda United berjaya mengikat Negeri Sembilan untuk memastikan mereka ke Suku Akhir.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Malaysia 2012 | Perak Vs Sime Darby (Preview)

untitled.jpg

Jumaat 14 September 2012
8.45 Malam
Stadium Ipoh Perak

Perak yang terpaksa menempuh laluan sukar dalam saingan Piala Malaysia ini bakal turun menentang Sime Darby yang kini berada di atas Perak di tangga ketiga Kumpulan C di Ipoh Jumaat nanti. Perak yang kini tanpa sebarang kemenangan dikatakan masih memiliki peluang dengan syarat menang dengan margin gol yang besar ke atas lawan terakhir ini. Dalam bolasepak, ianya bukanlah mustahil. Namun Sime Darby juga turut memasang impian untuk turut layak ke Suku Akhir selain Felda United dan Negeri Sembilan.

Perak kini mengharapkan Felda United tewas dengan jaringan besar kepada Negeri Sembilan sedangkan Felda United pula mengharapkan sebaliknya untuk mara ke pusingan seterusnya.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)