Salam Aidilfitri 1433H | Maaf Zahir & Batin

Kad Raya SDN 2012

Salam Aidilfitri dari pihak pengurusan dan warga kerja SDN kepada semua pengunjung dan pelayar yang masih setia memberikan sokongan kepada halaman web ini.

Pada kesempatan ini juga pihak kami ingin memohon maaf  zahir dan batin kepada semua pengunjung jika ada antara artikel kami yang menyinggung sesetengah pihak di sini samada secara sengaja mahupun tidak disengajakan.

Salam Aidilfitri

Admin

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Umum and tagged , , , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

6 thoughts on “Salam Aidilfitri 1433H | Maaf Zahir & Batin

  1. chuck

    Assalamualaikum w.b.t

    Yg Bahagia Dato/Datin.Tuan/Puan,

    "Eid Mubarak"-Teman sekeluarga ingin Merafak Sembah Memohon Ampun & Maaf Fizikal-Spiritual kepada seluruh Warga SDN juga kepada Admint seandainya ada terkasar bahasa,tersinggung dan tersentuh perasaan samada secara nyata mahupun berkias kepada semua yang mengenali teman samada secara nyata mahupun maya.

    Sesungguhnya dihari lebaran yang bakal kunjung tiba ini akan lebih memberikan lagi seribu rasa keinsafan dan perubahan kepada yang lebih baik.

    "Dimana Bumi Dipijak disitu Langgit Dijunjung"tidak ada niat untuk menjatuhkan Pasukan Perak dan anggapan serta staement yang dikeluarkan oleh sesetengah pihak terhadap teman adalah jauh sangat melesetnya.

    "Berdiam Diri bukan bererti Rebah mahupun Kalah,akan tetapi kembali menyusun gerak langkah tari memperkemaskan Diri"

    P/S:Pada yang merantau dikota,pulanglah berhari raya di Desa,ingatlah insan tersayang!!!setakat koje&Duet bape sen sangatlah jika hendak dibandingkan dengan kasih-sayang yang tercinta dengan harapan "DRIVE CAREFULLY"Semoga Selamat Sampai ke Destinasi.

    Sekian,terima kasih-Assalamualaikum w.b.t

    - CHUCK-

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. helmirizal

    dikesempatan ini teman ingin mengucapkan selamat hari raya pada semua warga SDN dan juga semua para penyokong pasukan perak

    jika ada teman terkasar bahasa, sepuluh jari tanda kemaafan dipohon

    pada yang berada di perantauan macam teman ni, berhati-hati pulang ke kampung halaman, rancang perjalanan anda semua

    raya ke-4 dah mula piala malaysia, moh ke stadium..bawak kueh, lemang, rendang ke stadium..hehehe

    selamat hari raya, maaf zahir dan batin dr helmi sekeluarga

    salam

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi Post author

    Salam semua sahabat2 SDN. Dikesempatan ini teman nak mohon beribu kemaafan sekiranya ada penulisan yang menyinggung perasaan atau menimbulkan rasa kurang senang mana2 pihak.

    Terutama sekali kepada Chuck aka Kadak. Teman ni manusia biasa memang tak lari dari buat silap.

    Akhir kata, teman ucap selamat hari raya. Maaf zahir batin.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Fiq

    Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin from Mohd Taufiq (black) dan isteri untuk semua peminat bola sepak Perak...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. yobscout

    Selamat Hari Raya, Aku mohon maaf selama ini mengkritik dan komen agak pedas. Namun hanya kerana 1 sebab, kerana ini Perak terus berada di puncak

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. keristujuh

    Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi

    Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa

    Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata

    Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa

    Mohon kemaafan untuk segala-galanya & Selamat Hari Raya

    Ya Allah

    Bulan Ramadhan yang mulia ini telah meninggalkan kami

    Ampunkanlah dosa-dosa kami, sedekah kami & amalan yang telah kami lakukan

    Berilah kami kesempatan untuk menyambut nikmat Ramadhan yang akan datang

    Selamat Hari Raya Aidilfitri

    Ukhwah yang dibina bagai seutas tasbih

    Ada awal tiada penghujungnya

    Dicipta untuk mengingati Yang Maha Esa

    Diratib demi mencari redhaNYA

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.