Piala Malaysia 2012 | Sime Darby Vs Perak (review)

untitled.jpg

Rabu 22 Ogos 2012
8.45 Malam
Stadium MPS Selayang

Perak bakal ke Selayang untuk menguji kehebatan Finalis Piala FA 2012 Sime Darby. Dengan status Underdog, Sime Darby menjanjikan persaingan yang sengit kepada lawan mereka. Ismail Ibrahim yang dilihat berjaya mengembeleng anak-anak muda sehingga dinobatkan Naib Juara Piala FA sekali lagi menjadi tumpuan untuk melihat sejauh mana beliau berjaya dalam saingan berprestij ini.

Bagi Perak, keputusan positif dalam semua perlawanan ujian sepanjang Ramadhan lalu sedikit sebanyak menaikkan moral serta semangat pasukan. Jang Jung, diberi tugasan khas untuk membawa Sang Seladang ke peringkat Separuh Akhir. Ini menjadikan Piala Malaysia kali ini lebih sengit berbanding sebelumnya.

Oleh yang demikian, para penyokong diseru memenuhi stadium dalam setiap perlawanan sebagai pencetus semangat memburu kejuaraan.

Sime Darby adalah sebuah pasukan yang penuh taktikal dan kepantasan. Perak perlu berwaspada dengan segala percaturan mereka dan mempertingkatkan persefahaman untuk mengekang kemaraan mereka.

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “Piala Malaysia 2012 | Sime Darby Vs Perak (review)

  1. helmirizal

    malam ini pembuka tirai debaran piala malaysia

    percaturan jurulatih jang jung bakal teruji malam ini, samada berjaya ataupun sebaliknya

    diharap 3 mata milik perak malam ini

    pada yang berhampiran moh la ker stadium

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.