Piala Malaysia 2012 | Sime Darby Vs Perak (result)

Rabu, 22 Ogos 2012
Stadium Majlis Perbandaran Selayang
8:45 Malam

Sime Darby 1 – 1 Perak

Di era bolasepak moden ketika ini corak permainan menarik samada hantaran pendek atau larian-larian pantas serta penguasaan bola yang menyeluruh tidak semestinya menjanjikan keputusan yang baik. Corak permainan kadangkala bukan ukuran sebenar untuk menilai tahap sebenar sesuatu pasukan, sebaliknya, ketepatan dalam menghasilkan jaringan menjadi pelengkap yang akan menentukan keputusan sesuatu perlawanan.

Itulah yang berlaku di Selayang malam tadi. Perlawanan pertama sudah memberi pengajaran berguna kepada Perak untuk memperkemaskan lagi corak permainan, terutama sekali barisan penyudah yang ternyata agak tumpul biarpun Perak mendominasi permainan secara amnya.

Perak yang tampil buat kali pertamanya dengan pengendali baharu Jang Jung mempamerkan corak permainan hantaran pendek dan menggempur kubu Sime Darby seawal 5 minit pertama permainan menerusi Fazrul Hazli Khadri namun berjaya diselamatkan penjaga gol lawan itu.

Pada minit ke 10, Michal Kubala hampir-hampir meletakkan Perak di depan menerusi sepakan percuma menarik namun palang gol menjadi penghalang. Sime Darby juga memiliki beberapa peluang antaranya menerusi larian menarik satu lawan satu Patrick Ronaldinho dan Kamarul Effendi yang berpihak kepada penjaga gol harapan Perak itu.
Babak kedua Perak menggandakan asakan. Dikala permainan baru berusia 2 minit, Michal Kubala sekali lagi membuat percubaan ‘first timer’ dari luar kotak penalty namun ditepis keluar oleh penjaga gol lawan. Selepas itu, diminit ke 63, Fahrul Razi dimasukkan dan Rofiuddin Roddin dikeluarkan dan seminit berselang, Sime Darby berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan menerusi sepakan percuma menarik oleh pemain import dari Brazil Riango.

Tersentak dengan jaringan itu, Jang Jung mengeluarkan Fazrul Hazli untuk pemain muda Perak Kenny Paul Raj. Selepas itu, Wan Hossen pula dikeluarkan dan Akmal Rizal dimasukkan mencari gol penyamaan perlawanan.

Hasil usaha berterusan, pemain yang dimasukkan dibabak kedua, Fahrul Razi Kamaruddin berjaya meledakkan gol penyamaan dikala permainan memasuki masa tambahan 4 minit. Dengan gol itu, Perak terpaksa berkongsi satu mata Di Selayang. Dalam perlawanan lain Kumpulan C, Negeri Sembilan dan Felda United juga terikat dan berkongsi satu mata. Ini bermakna, dalam kumpulan C peluang masih terbuka untuk memburu kedudukan terbaik dalam kumpulan.

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Piala Malaysia 2012 | Sime Darby Vs Perak (result)

  1. pie

    Salam permulaan yang agak menarik didalam pertandingan PIALA MALAYSIA di mana banyak kejutan2 berlaku dan itulah yang selalunya berlaku dipermulaan permainan. Keputusan malam semalam bukanlah ukuran sebenar semua pasukan yang terlibat kerana suasana permulaan yang menyebabkan kebanyakan pasukan menganggap sebagai pemanas badan.Apa yang penting kaji selidik semula taktik dan mutu permainan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Yong Ayu

    Yang menariknya perlawanan pembukaan Piala Malaysia kali ini ialah dua ketua kumpulan seri (Perak dan Lion XII) dan dua ketua kumpulan lagi kecundang (Kelantan dan Selangor). Ini menunjukkan bahawa setiap pasukan yang bertanding dalam kancah Piala Malaysia musim 2012 ini adalah sama handal dan tidak boleh memandang rendah mana-mana pasukan sekali pun. Malah hendaklah menganggap bahawa semua pasukan mempunyai kekuatan yang seimbang. Yang boleh membantu pasukan Perak mencapai kejayaan dalam setiap perlawanan ialah menjelmakan gol bagi setiap peluang yang terhidang dan tidak mensia-siakannya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. saidin

    salam...

    Pada pendapat teman ini satu keputusan yang harus dipuji,dimana pemain pemain terpaksa turun ke padang walhal Aidilfitri baru sahaja memasuki raya yang ke 4 sudah terpaksa mengharungi perlawanan yang ditentukan oleh FAM.

    Sudah pasti lebih awal pemain pemain terpaksa turn untuk menjalani latihan.....stamina pemain untuk kesemua pasukan agak goyah kerana lemang,ketupat,rendang dan kuih muih penuh lagi didalam perut masing masing.

    mungkin dalam pusingan kedua baru menampakkan stamina pemain pemain yang sebenar.oleh itu kita juga mengharapkan selepas ini pemain pemain kembali menjaga pemakanan masing masing agar stamina dapat dikekalkan ditahap yang terbaik....

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.