Piala Malaysia 2012 | Perak Vs Negeri Sembilan (Preview)

untitled.jpg

Sabtu 1 September 2012
8.45 Malam
Stadium Ipoh Perak
Live Astro Arena

Saingan pertama Piala Malaysia peringkat kumpulan sudah berakhir di mana pasukan Perak berada dalam kedudukan tercorot kumpulan C dengan hanya mengumpul 2 mata keseluruhan. Keputusan yang diperolehi 2 seri dan satu kekalahan serta jumlah jaringan hanyalah 3 gol.

Keputusan terakhir tempoh hari ketika di Paroi, Perak sekadar mampu seri tanpa jaringan, mengikut perlawanan sebelum ini Stadium Perak menjadi saksi bahawa kesukaran untuk pasukan Negeri Sembilan menempah kejayaan.

Pasukan Perak yang dibimbing jurulatih baru Jang Jung belum menunjukkan sebarang impak yang positif, baik dari segi keputusan mahupun corak permainan dan kesebelasan utama walaupun pada hakikatnya misi 3 mata penuh di Paroi wajib diperolehi agar pasukan mampu melayakkan diri ke peringkat seterusnya,namun gagal diterjemahkan dalam perlawanan.

Apapun sudah pasti yang diharapkan oleh penyokong penyokong setia skuad Perak mengharapkan keajaiban di laman sendiri Sabtu ini bagi memastikan agar terubat duka yang melanda ketika saingan terakhir di Stadium Perak sewaktu melayan kunjungan Skuad Felda United berakhir tewas 2 – 4.

Jika diperhatikan corak permainan awang Import iaitu Michal Kubala dan Bodjongo, prestasi mereka kian merudum sehingga menampakkan gaya permainan yang tamak dan tidak memiliki hala tuju ketika dalam permainan. Malah dari segi kombinasi antara parapemain seolah-olah mereka tidak bermain dalam satu pasukan dan gagal melakukan hantaran hantaran yang bermanafaat kepada rakan.

Seandainya pasukan Perak berhasrat untuk keperingkat seterusnya, pemain perlu mengubah sikap dan menguatkan mental untuk menghadapi perlawanan yang bakal sengit di mana sudah pastinya anak didik Azrai Khor akan melakukan corak permainan yang berbeza berbanding sebelum ini.

Likes(0)Dislikes(0)

8 thoughts on “Piala Malaysia 2012 | Perak Vs Negeri Sembilan (Preview)

  1. chuck

    Assalamualaikum w.b.t..

    Pada hemat saya,berkenaan dengan hasrat untuk melangkah jauh dalam saingan piala malaysia ini bukanlah sekadar harapan kelab/pasukan Perak.malahan mereka(player)perlu tahu bahawa itu adalah harapn seluruh fans Perak serta Rakyat jelata negeri Perak.Mereka juga harus sedar,dibahu mereka terpikul seribu harapan menggunung yang kami,Fans,Rakyat negeri Perak impi dan dambakan dari mereka!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    Jika kekuatan semasa pasukan diambil kira,tidak salah jika teman meletakkan harapan dengan prediction yang munasabah serta reasonable dengan keadaan semasa kini.Dimana Perak(4)-N9(1)..

    sekian,terima kasih

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. hyunckel

    IMO, taktikal pemain2 yg diturunkan semalam tak betul.. jang jung ni reti ke tak????

    nazri kamal takleh pi, main takde vision langsung... fairul hazli tu tak mampu nak patut main 30 minit terakhir utk kucar kacirkan pertahanan lawan. kalau dari mula main defend tak letih lagi bodjongo 2 peluang terbuka pun tak masuk apahal???

    ni aku punya cadangan pemain based on 4 perlawanan sblm ni...

    GK - khairul amri
    DEF - rafiuddin, rithaudeen (sabah), nanthakumar, hisyamuddin
    MID - wan hossein, kubala, shahrulnizam, fazrul (ex-uitm)
    FOR - bodjongo, failee

    subs - 30 min nak abis fairul masuk ganti wan hossein..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Sila baca peraturan dan syarat-syarat dibawah kotak ini sebelum anda membuat sebarang komentar. Setiap komentar yang dibuat akan melalui proses verifikasi dari pihak pengurusan seladang.net terlebih dahulu sebelum disiarkan.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. Yong Ayu

      Teman rasa ada yg tak kena kpd si Bojongo ni. Ada kan gol terbuka macam tu tak boleh bagi masuk. Dia sengaja tanduk supaya bola tu tak masuk. Nampak sangat awang import kita ni paling bongok sekali dalam mencari gol. Tereban aja dia. Dah tak berguna langsung. Bila bola dah tak masuk, buat2 le cium rumput. Konon2nya kesal sangat. Kesal taik kucin. Dah awak tu bongok (serupa pula dgn namanya sendiri), terkeliting-keliting bila dapat bola. Lepas tu tembak entah ke mana. Pakai tembak aja, tak kira le depan tu gawang gol ke atau kosong aja, asalkan tembak. Ini ke sifat seorang streka. Tahun depan sah dia ni tak disambung kontraknya. Cari aja awang import lain. Si Kubala tu bagi awak boleh tahan lagi. Boleh dikekaikan tahun depan. Cuba kekadang tu hilang form sekejap. Lepas tu ok le.

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. chuck

    Salam..

    takde idea nak komen..itulah komen teman..

    sama macam game Perak semalam.Takde idea!!!takde visionpun betul juga..pelik la!!

    Bukan nak mempertikai,tapi memang itu ke level pro & super league punya team?

    Malu,malu n sangat malu!!!

    Honestly teman cakap kat sini,biarpun player/team bawah Dato'Karathu & Raja Ahmad dulu duk kat group bawah2 liga,tapi teman puas coz game diorangpun takde sekancah-hina game team sekarang.Should berbangga coz tenaga sebelumni sumernyer freshie2..

    Heran gak camne pengurusan boleh lepaskan Azmeer player Pos yang menjadi player loan N9 tue..

    Tak harap apedah!!!

    no idea!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.