Piala Malaysia 2012 | Perak Vs Felda United(result)

Sabtu, 25 Ogos 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 2 – 4 Felda United

Serba tidak menjadi. Melepaskan 3 gol di separuh masa tidak sepatutnya berlaku dikala Perak mempunyai beberapa peluang terhidang yang gagal dimanfaatkan. Ternyata, pemain-pemain Perak memungkiri apa yang dijanji.

Biarpun Nazri Kamal berjaya meledakkan 2 gol untuk cuba merapatkan jurang, tetapi untuk bangkit dengan kemenangan adalah mustahil. Ketinggalan 0-3 sudah meletakkan minda para pemain di tahap yang terendah dan tidak mampu untuk atasi tahap itu seperti yang berlaku kepada pasukan-pasukan bolasepak profasional berpengalaman lain, yang mampu bangkit dari ketinggalan.

Minit ke 23, ketika Perak rancak menyerang dan peluang-peluang gagal dimanfaatkan, lampu limpah di sebelah kiri Pentas Utama terpadam selama lebih kurang 10 minit dan selepas permainan dimulakan semula, bermulalah detik hitam buat Perak apabila Felda United mendapatkan 3 gol dalam masa kurang 20 minit.

Pihak SDN agak terkejut dengan kesebelasan utama yang diturunkan dan menerimanya sebagai keputusan bijak Jang Jung dengan formasi 4-4-2 berbanding 4-5-1 dalam aksi sebelum ini. Sayang sekali Wan Hossen yang agak cemerlang sebelum ini tidak diturunkan. Apa-apa pun yang berlaku tetap berlaku. Barisan serangan dilihat amat sukar menembusi pertahanan lawan. Tambah perit lagi apabila Michal Kubala yang gagal manfaatkan sepakan penalti yang pada awalnya ingin diambil oleh Bodjongo Dika.

Ada beberapa kali SDN perhatikan ketika di dalam padang, para pemain dilihat kurang komunikasi. Sering bertekak sesama sendiri dan salah menyalahkan antara satu sama lain. Perkara ini bukanlah baru, sejak awal musim sehinggalah saat ini masih berlaku. Hantaran yang sia-sia, yang membuatkan para penyokong kurang senang dengan tindakan itu.

3 mata di Ipoh sudah terlepas. Apa seterusnya?

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Piala Malaysia 2012 | Perak Vs Felda United(result)

  1. feartheyob

    salam...

    masalah utama perak adalah bahagian pertahanan dan penjaga gol...semasa 0-0 pun pertahanan dah nampak goyang...teman pelik juga apa rasional pinjam defender sabah tu? bukan ke defend sabah no2 terburuk masa liga super lepas??bayangkan felda punya gol 2 dari free kick n 1 corner kick...position defender memang totally out...kita boleh skor gol tapi kalau macam tu le defend perform kita hanya boleh tengok 2 perlawanan perak je la lagi lepas ni...

    sekian...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi Post author

    Ramai yang kecewa semalam. Teman sendiri mula2 memang excited untuk tengok Perak main, pedih telinga kena tarbiah, deme kata jangan la pi stadium dalam TV pun ada. Memang betui tapi tak sama.

    In First 15 minutes memang kita control baik. Shafiq Jamal paling suwe miss kick depan gol bola low cross bodjongo. Itu peluang terbaik sebelum lampu padam. Teman dah mula riso masa rehat lampu padam sebab tengok coach Felda sungguh brief kat player dia. Jang Jung pun ada la gak bagi taklimat. Tapi sepanjang game Jang Jung banyak duduk je.

    3 gol dari set pieces. 1st gol sendiri dari free kick tertampan oleh Nasir, kesian Nasir. Kalau dia lepas memang belakang dia ada player Felda tunggu dah. Serba Salah. 2nd gol set pieces corner kick yang Fakri skor. 3 rd gol salah keeper kita sebab bola tu pergi ke arah dia.

    Kita terlalu taksub untuk 3 mata. Pertahanan kita memang out of form. banyak deme lepas hantaran bahaya dan benarkan lawan shoot ke gol. Macam Feartheyob kata, defend kita masa set pieces lawan memang kelam kabut.

    Teman perasan benda ni, contohnya masa corner kick, ramai pemain lawan dalam kotak penalti, memang tak balance dengan pemain kita masa tu.

    Kesian tengok yob yong semalam, sedih je keluar stadium. Then lepas tu, teman pun terus drive sorang2 balik KL.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Yong Ayu

    Sebelum ini lagi teman dah kata apa gunanya ambik pemain pertahanan dari pasukan Sabah tu kerana dah terbukti mereka melepaskan 10 ketika bertemu dengan Lion XII tempoh hari. Tapi pihak pengurusan Perak terus juga mengambik pemain2 tersebut. Buktinya malam tadi Perak kecundang dengan 4 gol berbalas 2 gara-gara pertahanan Perak yang tak berfungsi. Rasanya lepas ni toksah diturunkan pemain pertahanan Sabah tu. Pafa bayar gaji buta aje lel pada deme tu. Guna aja le pertahanan yang sedia ada atau ambik aja dari pemain Piala Presiden. Puas hati sikit. Memang sangat mengecewakan keputusan Perak bertemu dengan Felda United malam tu. Permainan Perak serba tak kena. Kalau dah nampak Kubala tu serba tak menjadi, buat apa suruh dia ambik sepakan penalti tu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. chuck

    Salam"eid Mubarak"..

    Nyata result dari perlawanan persahabatan bukan gambaran sebenar kepada kekuatan pasukan..

    Pasukan yang bertanding cuba mempraktikkan formation,taktikal serta kesesuaian player baru tapi Perak sehabis daya mempertaruhkan barisan pemain terbaik knonya kejayaan dari friendly match akan menjadi "BENCHMARK"kepada kebolehupayaan pasukan.Nyata sekali ianya mengundang Parah&Rebah..

    Tiada apa yang harus dikatakan lagi melainkan faktor nasib tetap memainkan peranan untuk game malam tadi.seandainya chancess yang diperolehi oleh Syafiq dan penalti kick dari Kubala masuk,game malam tadi mungkin berubah resultnya.

    Shahrul Nizam aka arul sebagai "orang lama"tidak seharusnya cepat Give-up&Moral down!!!

    K.E??dari dulu lagi memang teman tak gemor budak bercinta yang boleh dikategorikan sebagai keeper"LEMAS".tak percaya kome kumpul semua game dan gol bolos yang diakibatkan oleh budakni..

    Deffend Sabah tu,still CEMERLANG!!namun mungkin comunication di back 4 masih belum "closed"lagi.

    Lain2.Ok la..masih ada semangat juang,lawan yang tinggi..

    sekian,wassalam..

    harap game dengan N9 nanti kita menang selain sime darbypun turut berjaya menjinakkan Felda United..barulah game dalam grouping still alive..

    N

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. helmirizal

    tewas 4-2.....kealpaan barisan pertahanan dan kegagalan barisan serangan menjaringkan gol dihukum oleh felda

    3 dari 4 gol felda melalui set pieces....kawalan yang longgar memudahkan pemain lawan

    bahagian serangan dilihat agak baik namun beberapa peluang terhidang gagal digunakan dengan sebaik mungkin

    coach perlu tumpukan lebih perhatian pada bahagian pertahanan yang dilihat goyah

    ada lagi 4 game..teruskan usaha

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. anip

    Salam.

    Kealpaan dan kelekaan pertahanan dek penangan "raya" menjerumus pasukan kepada kekalahan yang perit.

    Deretan peluang yang terhidang gagal disempurnakan dengan baik.

    Jang Jung kena perkemaskan pertahanan di samping mempertajamkan lagi jentera serangan.

    Come On laaa Perak!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.