Piala Malaysia 2012 | Perak Vs Felda United (review)

untitled.jpg

Sabtu 25 Ogos 2012
8.45 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Jika sebelum saingan bermula, tumpuan hanya diberikan kepada pasukan-pasukan yang mempunyai nama-nama besar. Namun, selepas perlawanan pertama Rabu lalu, beberapa kejutan tercipta yang menyaksikan pasukan-pasukan pilihan gagal mencipta keputusan seperti yang diramalkan.

Bagi Perak, biarpun kurang diberikan perhatian tetap optimis untuk meneruskan cabaran Kumpulan C yang dilihat masih terbuka selepas kesemua 4 pasukan dalam kumpulan ini berkongsi satu mata. Felda United bukanlah asing buat pasukan Perak. Pasukan ini adalah ‘rakan sparing’ yang sering bertemu dalam siri perlawanan-perlawanan persahabatan.

Felda United telah membuktikan yang mereka patut digeruni dengan berjaya mengikat Negeri Sembilan dalam perlawanan lalu. Berdasarkan rekod pertemuan dalam saingan Liga Super, Perak mencatatkan kemenangan dalam semua pertemuan 2011 dan 2012. Di atas kertas segalanya mudah buat Jang Jung. Namun setiap lawan tidak boleh diambil mudah. Jika dalam perlawanan lalu, pertahanan Perak dilihat begitu cemerlang sehinggalah ke minit 64, apabila ianya bocor berpunca daripada sepakan percuma menarik dan Perak seharusnya mengekalkan prestasi semasa untuk mencipta 3 mata berharga di Ipoh nanti.

Kemasukan 3 pemain pinjaman iaitu Mohd Rethaudin Emran, Faris Azlan dan Julamri Mohd dilihat cukup berkesan terutama barisan pertahanan dan tengah. Selain itu, SDN memuji pemain muda yang diberi peluang iaitu Wan Hossen Wan Abd Ghani yang beraksi baik bersama Sharulnizam Mustafa dan Michal Kubala. Inilah yang berlaku sekiranya anak-anak muda diberikan peluang, semestinya mereka akan cuba yang terbaik untuk membuktikan keupayaan sebenar mereka.

Apa yang pasti, Felda United tidak rela berputih mata di Ipoh, jadi, Perak harus konsisten dan fokus untuk meraih 3 mata pertama sekali gus mencerahkan peluang untuk ke pusingan seterusnya nanti.

Barisan Saranan:

Kamarul Effendi (GK)
Hisyamuddin Shaari
K Nanthakumar
Nasir Basiruddin
Syazwan Roslan
Sharulnizam Mustafa (KP)
Wan Hossen Abd Ghani
Michal Kubala
Fahrul Razi Kamaruddin
Rafiuddin Roddin
Albert Bodjongo Dika

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Piala Malaysia 2012 | Perak Vs Felda United (review)

  1. Yong Ayu

    Komen buat pihak admin. Perkataan yang dalam kurungan dalam tajuk artikel ini sepatutnya 'preview' dan bukannya 'review'. Review bermaksud kajian semula sedangkan preview ialah pra perlawanan. Harap betulkan jika teman salah dalam hal ini.

    Komen saya untuk perlawanan akan datang, menentang Felda United di Ipoh ialah, pemain pertahanan sepatutnya tidak dikerah naik ke atas apabila Perak mendapat tendangan sudut. Ini kerana pemain berkenaan akan keletihan turun naik dan akan hilang fokus dalam mengekang asakan lawan kerana terpaksa berlari deras turun ke bawah semula untuk menyekat serangan balas lawan.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Saya dah bagi tau Webmaster lama dah hal ni. Tapi dia kata saja gunakan perkataan Review sebagai Trademark SDN. Yong Ayu katakan tentang maksud tu memang betul la kalau nak diikutkan. Terima kasih Yob.

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.