Piala Malaysia 2012 | Negeri Sembilan Vs Perak (Preview)

untitled.jpg

Selasa 28 Ogos 2012
8.45 Malam
Stadium Tunku Abd Rahman, Paroi

Selepas dua perlawanan Perak hanya berjaya mengumpul satu mata hasil daripada keputusan seri dengan Sime Darby tempohari. Episod duka di Ipoh sukar diterima oleh penyokong-penyokong Perak dan amat mengharapkan Perak dapat bangkit dalam perlawanan seterusnya di Paroi Selasa nanti.

Kali terakhir Perak ke Paroi dalam siri perlawanan Liga Super lalu, menyaksikan Perak tewas 3-1. Dalam saingan Piala Malaysia 2012 ini, Negeri Sembilan kini agak selesa selepas menang 4-0 ke atas Sime Darby Sabtu lalu. Negeri Sembilan boleh lah dikatakan sebagai pilihan dan merupakan sebuah pasukan yang kaya dengan taktikal. Adakah Jang Jung mampu mengatasi percaturan Azraai Khor Abdullah?

Jika ketika bertemu Sime Darby, Perak turun dengan 4-5-1 dan corak permainan hantaran pendek yang dikatakan agak menarik manakala Sabtu lalu turun dengan 4-4-2 tetapi agak goyah dan gagal mengatasi percaturan ‘set pieces’ lawan. Apa pula yang difikirkan oleh Jang Jung untuk hadapi Skuad Jang ini? SDN meramalkan, Perak akan turun dengan formasi 4-5-1 dan rombakan di barisan pertahanan bakal dilakukan dan mungkin K Nanthakumar kembali di ‘centre back’ biarpun beliau dilihat lebih sesuai di posisi ‘defensive midfielder’.

Selain itu, Perak harus lebih fokus dan mempertingkatkan teknik komunikasi dalam padang yang dilihat agak kurang berkesan. Paling penting, barisan serangan perlulah memanfaatkan peluang terhidang dan diterjmahkan dengan jaringan gol. Gol awal boeh mengubah kondisi moral pasukan sekali gus boleh mengubah corak permainan ke arah yang lebih positif.

Misi Perak di Paroi kini adalah untuk 3 mata dan jaringan yang besar untuk memastikan peluang ke Suku Akhir lebih cerah.

Likes(0)Dislikes(0)

21 thoughts on “Piala Malaysia 2012 | Negeri Sembilan Vs Perak (Preview)

  1. Yong Ayu

    Utk. perlawanan dgn Neg. Sembilan ni, Jang Jung kena turunkan Nantha Kumar utk menyekat keligatan si Efa Ovona spt yg dilakukan oleh coach lama, Norizan dulu ketika Perak menewaskan Neg. di Ipoh. Dpd pengalaman bertemu dengan Sime Darby dan juga Felda, ternyata Perak harus cuba sedaya upaya mengelak dpd memberi sepakan percuma berdekatan dgn petak penalti kerana ternyata keadaan itu menghasilan gol oleh pihak lawan.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. saidin

      untuk pengetahuan mike,Knanthakumar sebenarnya antara pemain yang disingkirkan dari kesebelasan utama ketika perlawanan yang lepas disebabkan kes penentuan keputusan perlawanan.

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. anip

    Salam.

    Pasukan Perak mesti menang perlawanan ini di samping mengharapkan keputusan di antara seteru kumpulan hanya seri. Namun keputusan pasukan lain tidak perlu "dihiraukan" sangat kerana yang paling penting adalah pasukan Perak melakukan yang terbaik dengan mencapai kemenangan di dalam perlawanan ini.

    Semoga tiada lagi keputusan yang mengecewakan para peminat "Kejor Yob Kejor".

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. Yong Ayu

      Teman juga berpendapat sedemikian. Walau apa jua cara sekalipun, Perak mesti menang lawan dengan Negeri Sembilan hari Selasa ni. Kata mat salih 'by hook or by crook'

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. chuck

    Salam"Eid Mubarak"

    Eid Mubarak perkataan yang tertera di T-shirt Samir Nasri ketika beliau menjaringkan Gol Man.City tempohari.

    Itujer komen teman.

    Sekian,wassalam...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. anip

      Tak paham. Apa kene mengena dengan topik ni? Mike nak pemain Perak letak perkataan Eid Mubarak pada jersi jugak ke macam mana? Haha...

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. helmirizal

    perubahan pemain pertahanan perlu dilakukan ketika menentang negeri sembilan esok

    diharapkan coach dapat merancanakan strategi yang baik untuk mengekang pemain serangan negeri sembilan menjaringkan gol

    gud luck perak, diharapkan 3 mata milik perak

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. hyunckel

    IMO, wan hossein kena main kat tgh... midfield perak tenggelam lwn felda tenggelam compare lwn sime darby...
    defend teruk giler lwn felda, hisyamuddin memang takleh main centerback, nantha kena masuk balik..
    satu lagi takyah la nak main sayap, tak berkesan sebab faktor saiz yg kecil dan tak la laju sgt....
    last but not least, striker tu jgn la bubuh syafiq jamal... main 4-5-1.. bodjogo lone striker... tq..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. Yong Ayu

      Yg herannya streka pasukan lain semua dan jaringkan gol. Ada yang dah hatrik pun. Tapi Bojongo kita tak sekor-sekor. Apa ke heinya asyik terkeliting-keliting di depan gawang gol tapi tak tembak ke arah gol. Bila heading, nuju ke palang gol. Kalau menembak pun masa tak ada angel. Bila nak golnya.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        Perangai Bodjongo ni samer mcm "Ricardo Quaresma"masa player ni main dengan barca dulu.jenis main hayunje kalo nak score.Apetah lagi kalo nak disamakan dengan "gabriel bartistuta"..

        Likes(0)Dislikes(0)
    1. feartheyob

      terbayang2 defender masa lawan felda hari tu...xnampak cara boleh menang...seri pun samar-samar...nsembilan pulak malaysian cup team...perform time piala malaysia je...liga super haup...

      kalau main takde perubahan mau nnti nsembilan 3 perak 0...

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. Yong Ayu

    Saya terigat akan kata2 oleh Azlan Johar dalam rancangan Masa Tambahan yang disiarkan oleh Astro 801 semalam. Katanya walau sebagus mana sekalipun Jurulatih yang dilantik, tetapi kalau tiada komitmen daripada para pemain sendiri, tak akan sampai ke mana. Oleh itu para pemain Perak hendaklah mengambil iktibar akan kata2 Azlan Johar tersebut.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. anip

      Jurulatih @ penyokong hanya mampu berkata-kata tetapi yang beraksi di atas padang cuma para pemain. So komitmen & kesungguhan para pemain sangat-sangat diharapkan.

      Likes(0)Dislikes(0)
  7. nantakumar

    teman ghaso n9 monang mlm nie..
    sobab teman ado mimpi yang ghuso meloncek-loncek ateh bodan seladang..
    apo2 pun gud luck la sumo..yang ponting perlawanan bjalan lancar dan harmoni yo..bagi n9 ompek - perak satu udahler yob..amin

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.