Piala Malaysia 2012 | Misi Memburu Kejuaraan

Para penyokong sudah semesti tidak sabar menanti detik sepak mula perlawanan pertama memburu kejuaraan Piala Malaysia 2012. Sudah pasti perancangan awal telah dibuat untuk menggamatkan suasana di stadium dalam kesemua 6 perlawanan.

Sebagai Penyokong Setia, kongsikan harapan dan impian anda disamping kata-kata semangat untuk membakar api perjuangan Sang Seladang nanti. Yakinilah, setiap kata-kata yang positif akan mempengaruhi akan perkara yang dikatakan. MISI JUARA 2012 Jadikan Realiti!.

Likes(0)Dislikes(0)

27 thoughts on “Piala Malaysia 2012 | Misi Memburu Kejuaraan

    1. chuck

      P/S:Tengokjer pemain Perak game LIVE dekat Stadium..pastu tengok LIVE jugak kat astro/tv1 team lain yang usung trophy nie..samajer...

      Likes(0)Dislikes(0)
  1. chuck

    Salam..

    Lama dah tak nampak orang nyerongeng citer pasal team bola Perak..Juga mana hilangnya bendera Perak yang berkibar dikereta2 yang pergi ke stadium???

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Yong Ayu

    Teman rasa ragu-ragu juga tentang peminjaman pemain pertahanan dari Sabah tu. Bukan ke pasukan itu yang dibelasah oleh Lion XII sampai 9 - 0 yakni gol paling besar dalam sejarah Liga di Malaysia. Keputusan itu adakah disebabkan bahagian pertahanan Sabah terlalu longga atau ada faktor lain yang berperanan. Kini Perak pulak nak meminjam pemain yang sama yang telah mencipta rekod jaringan terbesar. Teman tak le arif sangat berkenaan situasi ini. Jadi teman mintak le rakyat SDN memberikan sedikit komen tentang perkara ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Assalamualaikum w.b.t..

      Mungkin ada kebenaranya dari apa yang Yong Ayu katakan tue...

      Tapi harus kita ingat,pasukan Italy merupakan sebuah pasukan yang kental bertahan.Amat terkenal dengan benteng pertahanan yang cukup kental di Dunia dari berjaman tahun dah.

      harus di ingat juga,dalam game final eropah baru2 ini cuma 4-0 sahaja yang Spain bagi sedangkan 9-10 goal lagi Spain mampu cetak...

      Rumusanya,pikior sendiri...( Soalnya samada Spain yang terlalu GAGAH @ Italy yang terlalu lemah???)begitu juga perihalnya dengan Sabah vs Lions Xii tempohari..

      Sekian,TQ

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. syidi Post author

      Teman pun memang dah nmpak benda ni yob. Tapi lagi fikir lagi serabut.

      Kadang2 PAFA ni bertindak 'out of the box'. Teman anggapkan tindakan ni bijak le kot.

      Kita tengok je nanti hasilnya. Kalau bagus, ok la. Kalau tak bagus...macam biasa la.....kn?

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. chuck

    Assalamualaikum w.b.t

    Secara realistiknya,teman tak yakin dengan kemampuan skuad Perak yang ada kini untuk menggapai piala kebanggaan bola sepak tempatan tsbt.

    Jika separuh akhir merupakan target asal pasukan Perak semenjak perlantikan dan kehadiran Jang-Jun kedalam pasukan baru2 ini,rasanya selepas undian rasmi piala malaysia dibuat tempohari QF merupakan perlawanan akhir bagi kita.

    Akhir bermaksud FINAL.Terpulang samada ianya memberikan maksud/pengertian berakhirnya saingan kita dalam piala ini mahupun merupakan ibarat perlawanan Final didalam saingan piala ini.Mungkin tak salah jika teman katakan SF dan Final kelak laluan kita lebih mudah jika dibandingkan dengan peringkat QF nanti.

    Walaupun agak kurang yakin dengan kemampuan skuad sediada kini,namun teman tetap optimis mengatakan jika Perak mampu melepasi pusingan QF,no wonder Perak mampu mara ke Final dan seterusnya mampu mendakap piala keagunggan bola sepak tempatan ini.

    Harapan teman semoga Perak mampu menyajikan 1 persembahan yang berbeza berbanding didalam saingan liga dahulu serta mampu juga untuk bangkit dan terus bangkit untuk terus diingati dan disanjung tinggi....

    sekian,

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Salam..

      That's True. Tapi apa yang SDN cuba bangkitkan adalah semangat juang. Bukan setakat untuk pasukan tapi kepada penyokong2.

      Setiap kata yang keluar dari mulut kita itu doa, tak salah kalu kita sebut sesuatu yang positif INSYA ALLAH rezeki berpihak kepada kita.

      Ingat, game belum mula lagi, jangan jadi macam 'orang tak de telur' bercakap. Dalam bola macam2 boleh jadi. On Paper memang..teman dah lalui semua ni. Semuanya hasil fikiran positif dan doa.

      P/S: Teman tau Chuck mike takut dgn bebayang sendiri. Harapan mike Perak kalah dan tak masuk final, nanti Mike boleh tulis dalam ni, "KAN TEMAN DAH CAKAP DULU, TAK KE MANA PERAK NI". Ini bukan kali pertama Chuck.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. yeop ahmad

      Salam..

      kita kene pikir secara positif kenapa pengurusan letakkan sasaran hingga ke separuh akhir je kepada jang jung..

      pada awok, cara ni dapat mengurangkan bebanan jang jung.. kalu dengan penyokong nak perak pegi final n ditambah lak ngn pengurusan pun nak soh jang jung bawak perak pegi final.. memang tekanan gila la tuk die yang bawu je pegang jawatan jurulatih ni..

      n kalu betul jang jung berjaya bawak perak ke separuh akhir, kompem dia akan lagi berkobar tuk bawak perak ke final.. n kalu x berjaya lak ke final? its ok la.. atleast die da capai sasaran.. makne nye dia da berjaya capai KPI la sebagai jurulatih perak.

      bodjongo !

      sekian

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi Post author

        Jangan takut. Lawan dulu. Ibarat macam mike la, nak masuk exam, awal2 lagi dah surrender sebelum masuk dewan peperiksaan. Peduli ape Kelantan!

        Likes(0)Dislikes(0)
    1. yeop ahmad

      salam..

      mcm mane lak perak nak jumpe kelantan kat final? bukan grup B n C jumpe kat quater ke? then pemenang quater ni jumpe kat semi?

      jadi kalu cm tu paling jauh pun kalu perak nak jumpe ngn kelantan, time semi jela kan?

      Pada pandangan awok, kalu Perak berjaya mara ke final, antara Lion or Selangor jela if on paper..

      Bodjongo !

      Sekian

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. Yong Ayu

    Mungkinkah musim ini sejarah lama berulang semula. Pada tahun 2000 Perak satu kumpulan dengan Negeri Sembilan. Negeri ketika itu menang kesemua perlawanan yang dilaluinya baik di peringkat kumpulan mahupun di peringkat Suku Akhir dan Separuh Akhir. Akhirnya Negeri Sembilan bertemu semula dengan Perak di peringkat akhir bagi menentukan juara Piala Malaysia tahun 2000 (new millinium). Mungkinkah situasi yang sama akan berulang lagi sebagai satu kebetulan atau satu suratan. Sama-samalah kita tunggu apa yang akan berlaku nanti. Bermakna juga Perak telah melalui tempoh yang terlalu lama tidak menjulang Piala Malaysia iaitu kira-kira 12 tahun yang lalu.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Insya Allah...itu yang SDN cuba lakukan sedaya yang mampu memberi harapan dan membakar semangat yang positif biarpun ada yang mengatakan ianya hanya angan-angan kosong..

      Tunjukkan keupayaan kita!

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. chuck

      salam..

      Teman ada disana@ shah Alam Stadium waktu itu..haha..masing2 dapat t-shirt "Perak Juara Malaysia 200-kaler hitam&kuning".

      Aura fan ketika itu begitu bergelodak dan membara sekali..Takde lagi gelombang seumpamanya selepas itu.Bukan kerana tidak mara ke final tapi ntah mengapa..

      Likes(0)Dislikes(0)
    3. Yong Ayu

      Yg lebih meriah lagi, Presiden PAFA ketika itu MB, telah mengisytiharkan cuti umum sehari pada hari Isnin berikutnya, hingga ditegur oleh PM Dr. Mahathir supaya tidak memberikan cuti umum dengan sesenang2nya. Masa tu temah keroje di USM Tronoh. Ate turut le merasa cuti bersejarah tu. Begitu hebatnya pengaruh kejayaan Pasukan Perak dalam Piala Malaysia sehingga seluruh rakyat Perak yang bekerja dgn gomen atau swasta kena bercuti pada hari itu bagi menghormati kejayaan Pasukan Bolasepak Perak.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. yeop ahmad

        Salam..

        yong ayu.. betol ke MB? seingat awok yang bg cuti time tu sultan perak.. sebab die ade kat stadium time tu.. n pas perak menang terus ada pengumuman sultan perak bagi cuti..

        atenye MB ade kuasa ke nak bg cuti?

        kalu awok yang silap mohon maaf

        Bodjongo !

        sekian

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. Yong Ayu

          Apa pulak tak betoinya Yeop oi. Masa tu MB Perak jadi Presiden PAFA. Dia le yg bagi cuti setelah dipekenan oleh Sultan Perak. Kalau Sultan yg istihar cuti, tak kan le Dr. M nak tegur Sultan pulak. Memang le MB ada kuasa nak bagi cuti. Ce mike tengok Nicky Aziz tu, tiap tahun dia istihar cuti bila ja TRW menang FA ke PM ke. Tahun ini pun serupa juga. Tapi mungkin kah ia berlaku di Perak pulak.

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. chuck

            Salam..

            Maaf menyibok..apa yang benornya,awok SETUJU dengan Yong Ayuni tue..

            Sekian,terima kasih

            CHUCK aka ABG ZABARJAD

            Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.