Persahabatan | Perak Vs T-Team (result)

Sabtu, 11 Ogos 2012
Stadium UiTM, Shah Alam
9:45 Malam

Perak 3 – 1 T-Team

Percaturan Jang Jung boleh dikatakan menjadi dalam perlawanan semalam. Buktinya, kemenangan 3-1 ke atas T-Team di Stadium UiTM Shah Alam.

Ternyata, Jang Jung cuba menerapkan sesuatu yang berbeza dari sebelumnya dengan corak permainan dipelbagaikan dan paling ketara adalah corak hantaran pendek yang berjaya membelah pertahanan lawan.

Menurut wakil SDN yang membuat liputan, dua gol Perak adalah hasil gerakan dari tengah yang menarik. Gol pertama Perak dihasilkan seawal minit ke 10 melalui kombinasi gerakan barisan tengah yang disudahkan oleh Faris Azlan apabila beliau hanya berdepan dengan penjaga gol lawan.

Ketika Perak dilihat mendominasi permainan, T-Team mencuri tumpuan dengan menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti minit ke 60. Selepas itu, Perak melakukan 4 pertukaran dan pada minit ke 70 Bodjongo Dika menambah gol Perak hasil gerakan dari tengah menarik bersama Michal Kubala.

Ketika perlawanan menuju ke penghujungnya, muncul Wan Hossen Abg Ghani yang masuk menggantikan Sharulnizam Mustafa menjaringkan gol ke 3 Perak berpunca hantaran lintang sebelah kanan gol lawan. Biarpun begitu, masih terlalu awal untuk kita berpuashati dengan apa yang dipersembahkan.

Pihak SDN amat teruja dengan apa yang dipamerkan oleh Wan Hossen Abd Ghani yang sebelum ini disisihkan. Beliau membuktikan sekiranya diberi peluang, beliau akan melakukan yang terbaik. Diharap, ianya berterusan dan menjadi pemain tengah harapan Perak suatu masa nanti.

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Persahabatan | Perak Vs T-Team (result)

  1. chuck

    Salam..

    Wan Hossen memang talented.Ntah mengapa pula boleh diketepikan sekejap ke Penang dulu..Amat sesuai bermain untuk "Dog Fighter"pasukan Perak...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. fazly73

    asalamualaikum...apa yang diharapkan....semoga Perak memberi cabaran yang sengit dalam Piala Malaysia 2012

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. pie

    Alhamdulillah. Semoga sentiasa menggapai kemenangan sehingga ke akhir PIALA MALAYSIA. Walaupun ianya perlawanan persahabatan, jadikan ia sebagai pemanas badan. SKOR YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.