Persahabatan | Perak Vs ATM (result)

Selasa, 14 Ogos 2012
Stadium Majlis Perbandaran Selayang
9:45 Malam

Perak 4 – 3 ATM

 

Perak berjaya menundukkan juara Liga Perdana 2012 di Selayang malam tadi. ATM terlebih dahulu di depan hasil jaringan K Reuben dikala Perak sedang menguasai permainan.

Michal Kubala muncul penjaring dengan menyudahkan sepakan penalti setelah Fazrul Hazli Khadri dikasari dalam kotak penalti ATM. Gol kedua Perak pula hasil jaringan menarik Fazrul Hazli dari sisi kiri gol ATM.

Permainan dilihat semakin rancak dibabak kedua, kemasukan 2 pemain yang dipinjamkan ternyata menghidupkan permainan. Mohd Nazri Kamal yang masuk menggantikan Fazrul Hazli berjaya melakukan jaringan menarik dari jarak 25 meter untuk Perak selesa dengan 3-1.

Ketika permainan berbaki lebih kurang 10 minit, Marlon Alex James berjaya merapatkan kedudukan melalui sepakan percuma luar kotak penalti Perak. Selepas itu, dalam masa tambahan 3 minit Bruno Martelotto menyamakan kedudukan 3-3 apabila dengan mudah menewaskan Kamarul Effendi.

Dikala permainan seakan- akan berakhir dengan seri 3-3 muncul Mohd Nasir pertahanan kiri Perak menjaringkan gol ke 4 melalui rembatan kencang dari jarak lebih kurang 30 meter menewaskan Farizal Harun dimuka gol ATM.

Secara keseluruhan Perak bermain cukup baik, cuma perlu perkemaskan pertahanan kerana membenarkan 3 gol ATM dalam perlawanan kali ini. Jentera tengah dilihat cukup cemerlang dengan menggandingkan Wan Hossen Abd Ghani, Michal Kubala dan Sharulnizam Mustafa sebagai penggerak jentera penting itu.

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Persahabatan | Perak Vs ATM (result)

  1. pie

    Tahniah kepada semua pemain, jurulatih, pengurusan serta penyokong PERAk yang semakin menunjukkan kebangkitan diharapkan agar mengekalkan rekod ini di masa akan datang bagi menunjukkan bahawa PERAK semakin mengganas dan dahagakan kemenangan demi kemenangan bagi menjuarai PIALA MALAYSIA yang dah lama tidak dibawa kebumi PERAK.Teruskan usaha dan kepada admin teman nak ucapkan terima kasih di atas maklumat2 yang disalurkan. Bagi insiden bas PERAk kena simbah cat teman tak tahu nak cakap apa2. adakah ianya dilakukan oleh penyokong ATM atau apa. kalau ada CCTV ke dapatlah tgk sape yang simbah. ataupun ada orang nampak. Whatever, yang penting teruskan usaha. Semoga berjaya SKORRRRRRRRRRRRRRR YOB SKORRRRRRRRRRRRRRRRRR.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    Assalamualaikum w.b.t

    Tahniah buat pasukan Perak.Teruskan rentak/momentum kemenangan ini sehingga ke perlawanan sebenar Piala Malaysia kelak.GooD Job!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. helmirizal

    tahniah atas kemenangan malam tadi...barisan serangan dilihat agak baik kerana berjaya menjaringkan banyak gol dalam 3 perlawanan persahabatan

    namun apa yang sedikit merisaukan adalah di bahagian pertahanan yang agak rapuh dengan melepaskan banyak gol

    diharapkan dalam tempoh tinggal seminggu untuk sepak mula piala malaysia, barisan jurulatih hendaklah mengemaskan bahagian pertahanan

    moh ke stadium semua

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.