Monthly Archives: August 2012

Piala Malaysia 2012 | Perak Vs Negeri Sembilan (Preview)

untitled.jpg

Sabtu 1 September 2012
8.45 Malam
Stadium Ipoh Perak
Live Astro Arena

Saingan pertama Piala Malaysia peringkat kumpulan sudah berakhir di mana pasukan Perak berada dalam kedudukan tercorot kumpulan C dengan hanya mengumpul 2 mata keseluruhan. Keputusan yang diperolehi 2 seri dan satu kekalahan serta jumlah jaringan hanyalah 3 gol.

Keputusan terakhir tempoh hari ketika di Paroi, Perak sekadar mampu seri tanpa jaringan, mengikut perlawanan sebelum ini Stadium Perak menjadi saksi bahawa kesukaran untuk pasukan Negeri Sembilan menempah kejayaan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Malaysia 2012 | Negeri Sembilan Vs Perak (Preview)

untitled.jpg

Selasa 28 Ogos 2012
8.45 Malam
Stadium Tunku Abd Rahman, Paroi

Selepas dua perlawanan Perak hanya berjaya mengumpul satu mata hasil daripada keputusan seri dengan Sime Darby tempohari. Episod duka di Ipoh sukar diterima oleh penyokong-penyokong Perak dan amat mengharapkan Perak dapat bangkit dalam perlawanan seterusnya di Paroi Selasa nanti.

Kali terakhir Perak ke Paroi dalam siri perlawanan Liga Super lalu, menyaksikan Perak tewas 3-1. Dalam saingan Piala Malaysia 2012 ini, Negeri Sembilan kini agak selesa selepas menang 4-0 ke atas Sime Darby Sabtu lalu. Negeri Sembilan boleh lah dikatakan sebagai pilihan dan merupakan sebuah pasukan yang kaya dengan taktikal. Adakah Jang Jung mampu mengatasi percaturan Azraai Khor Abdullah?

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Malaysia 2012 | Perak Vs Felda United(result)

Sabtu, 25 Ogos 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 2 – 4 Felda United

Serba tidak menjadi. Melepaskan 3 gol di separuh masa tidak sepatutnya berlaku dikala Perak mempunyai beberapa peluang terhidang yang gagal dimanfaatkan. Ternyata, pemain-pemain Perak memungkiri apa yang dijanji.

Biarpun Nazri Kamal berjaya meledakkan 2 gol untuk cuba merapatkan jurang, tetapi untuk bangkit dengan kemenangan adalah mustahil. Ketinggalan 0-3 sudah meletakkan minda para pemain di tahap yang terendah dan tidak mampu untuk atasi tahap itu seperti yang berlaku kepada pasukan-pasukan bolasepak profasional berpengalaman lain, yang mampu bangkit dari ketinggalan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Malaysia 2012 | Perak Vs Felda United (review)

untitled.jpg

Sabtu 25 Ogos 2012
8.45 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Jika sebelum saingan bermula, tumpuan hanya diberikan kepada pasukan-pasukan yang mempunyai nama-nama besar. Namun, selepas perlawanan pertama Rabu lalu, beberapa kejutan tercipta yang menyaksikan pasukan-pasukan pilihan gagal mencipta keputusan seperti yang diramalkan.

Bagi Perak, biarpun kurang diberikan perhatian tetap optimis untuk meneruskan cabaran Kumpulan C yang dilihat masih terbuka selepas kesemua 4 pasukan dalam kumpulan ini berkongsi satu mata. Felda United bukanlah asing buat pasukan Perak. Pasukan ini adalah ‘rakan sparing’ yang sering bertemu dalam siri perlawanan-perlawanan persahabatan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)