Umum| Jang Jung Pengendali Baharu Perak

PAFA mengambil langkah drastik demi bolasepak Perak terutama skuad seniornya dengan menggantikan Haji Norizan Bakar dengan bintang import Perak suatu ketika dahulu Jang Jung. Mungkin ada yang tertanya-tanya, siapa Jang Jung.

jang-jung.jpg


Nama: Jang Jung

Tarikh Lahir: 5 Mei 1964

Pengalaman Bermain: Di Posisi Pertahanan

Kelab:

1987-88 : Lucky Goldstar Hwangso
1990-91: Perak
1993-94: Singapura
1997:Geylang United

Pasukan Kebangsaan:

: Korea Selatan Bawah 20 (1983)
: Korea Selatan Skuad Senior (1983-1984)

Pengalaman Pengurusan:

1998-2002 : Jurulatih Geylang United
2003-2005 : Jurulatih Balestier Khalsa
2006-2007 : Jurulatih Sri Lanka Bawah 23
2007-2012 : Jurulatih Skuad Senior Sri Lanka

Selamat Kembali Jang Jung Ke Perak.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Umum and tagged , , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

11 thoughts on “Umum| Jang Jung Pengendali Baharu Perak

  1. helmirizal

    selamat kembali semula ke perak, tapi kali ini sebagai jurulatih

    diharapkan kedatangan jang jung dapat mengubah pasukan perak untuk baki saingan piala malaysia nanti

    sama-sama kita nantikan apakah perubahan yang akan dibawa oleh jurulatih berasal dari korea ini

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. zul_united

    Selamat kembali coach Jang Jung..
    Dan sekalung ucapan terima kasih kepada Cikgu Jan atas jasa dan sumbangan beliau terhadap skuad Perak selama ini...Jasamu tetap kami kenang :)

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yeop ahmad

    salam..

    terima kasih kepada pengurusan perak fa kerna akhirnya telah melakukan rombakan ke atas barisan kejurulatihan pasukan perak fa.

    Kini, Jang Jung telah dipilih sebagai jurulatih sementara Perak fa bg kejohanan Piala Malaysia yg akan dtg ni.. dibantu pula oleh jurulatih skuad piala presiden yg telah pun menjadi juara piala presiden dan juga mendapat pingat perak bola sepak Sukma.. serta seorang lg bekas pemain perak iaitu CYF..

    jika dilihat pada rekod kejurulatihannya, Jang Jung bukan lah seorang jurulatih yg boleh dikatakan sebagai cemerlang, namun tidak lah juga teruk.. ketika menjadi jurulatih balestiar khalsa selama 3 tahun, di lihat kelab singapura berkenaan prestasi mereka semakin meningkat setiap musim even tidak lah menjadi juara. ketika bersama sri lanka pula, juga tidak la membawa perubahan yg ketara kepada pasukan dengan yg terbaru, pasukan sri lanka tewas kepada pasukan negara 6-0.. tapi ape nak kesa?

    x semestinya bagus kat pasukan tu, akan bagus kat pasukan ni, begitu gak sebaliknya.. mungkin dia mampu membantu perak fa membawa kejayaan..

    so kepada Jang Jung, harapan peminat terhadap anda tuk Piala Malaysia amat lah tinggi.. justeru, buat lah yg terbaik yg anda mampu.. awok yakin ngn kamu weh !

    bodjongo !

    sekian

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. active11

    Fresh starts for young players!
    Boleh buktikan yang kalian terbaik dimata jurulatih baru.

    Pemain lama, boleh mula kerja keras balik untuk merebut tempat pada kesebelasan utama!

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. active11

        Eh Tn Syidi..sy insyaAllah berpuasa di Malaysia.
        Nanti terbang lagi kemudian hari..:) mencari rezeki..

        Menarik juga perkembangan bola sepak Malaysia kebelakangan ini. Harap perkembangan positif jugak dengan jurulatih baru.

        Pd kesempatan singkat ini, sy nak minta ampun & maaf pada sahabat2 forum!
        Semoga Ramadhan ini membawa jutaan berkat untuk kita semua.

        PERAK JUARA PIALA MALAYSIA 2012~

        Likes(0)Dislikes(0)
  5. Yong Ayu

    Kalau Jurulatih aja yang bagus tapi pemain pasukan tu entah apa-apa, tak sampai ke mana le pasukan tu. Pemain pasukan Perak teman tengok macam bagus aja tapi Jurulatih yg ada kureng bagu, jadi pasukan tu tak jadi juara le. Harap2 dgn Jurulatih baru dari Korea ni menjadi le hendaknya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. pie

    EMMM baguslah dengan perubahan ini. tapi teman nak share sikit yng mana KEITHA MANJOU jadi pemain import baru KELANTAN. terlepas peluanag yang diwar2kan oleh kita semua sebelum iniu ini menarik semula KEITA kepada pasukan PERAK. What ever yang penting dah mcm comfirm dia main ngan RED WARRIOR. teman pelik juga dalam berita SOKERNET yang mengatakan RED WARRIOR ada tiga pemain bersamanya tambah 2 dipinjamkan ke KUALA LUMPUR dan 2 pemain import baru. Berapa banyak plak pemain yang boleh didaftarkan.boleh baca link dibawah ni
    http://sokernet.com/malaysian-football/team-qpr-tiba-di-kota-bharu.html

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. yeop ahmad

      salam..

      tentang soal pemain import ni, hanya dalam peraturan FAM shj iaitu hanya boleh menggunakan khidmat dua pemain import sahaja untuk menghadapi saingan di Malaysia, liga super, perdana, fam, piala fa, piala malaysia..

      so untuk piala afc maknenye xde masalah lah kelantan nak amik bape byk player import pun.. yg penting deme ni byk duit tuk bayar gaji player2 tu..

      bodjongo !

      sekian

      Likes(0)Dislikes(0)
  7. Raul hashim

    Tlg pinjam badrol, khyril muhaimin n sabree abu untuk memperkuatkan team kita..guna formasi 4-4-2..

    khairul amri
    sabree-hisyamuddin-syahrol kalam-nasir/hazrul
    rafiudin-badrol-kubala-khyril muhaimin/fazrul hazli
    bodjongo-failee/syafiq jamal

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. helmirizal

      kedah pon layak ke piala malaysia kan?
      macam mama perak nak pinjam badrol, khyril muhaimin & sabree abu to...

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.