Rangkuman| Pencapaian Perak Liga Super 2012

perakfa.jpg

Perak menutup musim 2012 di Ipoh dengan membenam Kuala Lumpur 5-2. Ternyata, Perak mempamerkan kebangkitan dari musim ke musim jika dibandingkan rekod musim 2010, 2011 dan 2012.

Musim 2010, Perak menghuni tangga ke 11 Liga dengan 8 kemenangan, 6 kali seri dan 12 kekalahan. Jaringan yang berjaya direkodkan hanya 25 gol dan bolos 30 gol. Ianya dikatakan antara rekod terburuk Perak dalam saingan Liga Super Malaysia. Perak dilihat cuba bangkit musim berikut dengan mencipta 10 kemenangan daripada 26 perlawanan, 10 seri dalam selebihnya tewas. Untuk musim 2011 ini, Pertahanan Perak dilihat sedikit ampuh berbanding sebelumnya yang hanya melepaskan 24 gol dan merekodkan 31 jaringan untuk berada di tangga ke 6 Liga secara keseluruhannya.

Liga Super 2012 mencatatkan sejarah apabila FAM memberi kembali peluang untuk pasukan-pasukan yang bertanding menggunakan khidmat pemain import. Perak tampil dengan dua awang import yang pada mulanya menjanjikan aksi yang terbaik. Malangnya, penyerang yang diharap menjadi peledak berbisa kurang menjadi. Lazar Popovic yang dikhabarkan pernah mewakili skuad bawah 23 tahun Slovakia gagal menyerlah yang hanya menjaringkan satu gol untuk Perak, dan hanya setengah musim bersama pasukan. PAFA bertindak pantas mencari pengganti Popovic untuk menghadapi separuh baki liga dan berjaya mendapatkan Albert Dominique Bodjongo Dika penyerang muda dari Cameroon.

Pemain ini memiliki kemampuan dan keupayaan yang diperlukan Perak iaitu ledakkan gol yang ditagih pasukan Perak. 7 gol yang dijaringkan beliau setakat ini rasanya sudah cukup untuk melabelkan beliau sebagai penyerang berbisa Perak. Kini, beliau disenaraikan sebagai penjaring kedua terbanyak Perak dibelakang Michal Kubala yang mendahului senarai dengan 14 gol.

Biarpun musim 2012 seakan-akan suram buat Perak, dengan menghuni tangga ke 4 Liga Super musim ini menceritakan sejauh mana keupayaan Perak. Ada pendapat menyatakan ianya ‘nasib’. Ini kerana Perak banyak dibantu oleh pasukan-pasukan lain seperti Negeri Sembilan, Terengganu, Johor FC, T-Team dan PKNS yang kurang konsisten musim ini. Kesemua pasukan yang disebut tadi sebenarnya menjadi ancaman besar buat Perak sebelum ini kecuali PKNS yang baru sahaja diserapkan ke Liga Super. Pencabar paling dekat, Terengganu yang pada awal musim dilihat agak kental dan agak menurun dipertengahannya biarpun dilihat cuba bangkit selepas itu dan hanya satu mata memisahkan mereka dengan Perak.

Perak; 26 perlawanan, menang 50% , seri 12% dan tewas 38%. 40 jaringan gol dan 43 bolos. Itu adalah rekod musim 2012 yang meletakkan Perak pasukan ke 4 terbaik di Malaysia dibelakang Kelantan, Lions XII dan Selangor.

Bolos 43 gol adalah yang terbanyak direkodkan. Pasukan yang paling banyak bolos musim ini adalah Kuala Lumpur 53 bolos seterusnya Sabah 52 bolos dan ketiga terbanyak adalah Perak. Mengapa diperbincangkan mengenai BOLOS ini? Sebenarnya, ianya diperkatakan untuk menilai keupayaan jentera pertahanan Perak yang sangat rapuh dan mudah dibolosi. PAFA seharusnya memberi perhatian yang lebih untuk memperkemaskan pertahanan Perak sebelum kita meneruskan cabaran dalam saingan Piala Malaysia 2012.

Tidak semestinya PAFA mesti mencari pemain pinjaman, akan tetapi masa yang ada juga harus dipergunakan sebaiknya untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Mungkin, pemain pinjaman juga perlu untuk ‘rawatan segera’, tetapi hanya untuk seketika itu pun jika ianya mujarab seperti yang kita lakukan untuk barisan serangan musim lalu yang menaikkan nama Mohd Failee Ghazli yang pada mulanya sekadar pemain pinjaman.

Secara keseluruhannya, Perak berjaya mempertingkatkan prestasinya dari musim ke musim. Namun begitu ianya belum cukup selagi Perak tidak julang apa-apa kejuaraan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dua kejuaraan yang dicapai oleh Skuad Piala Presiden dan Skuad Belia Perak memberi petanda bahawa Perak mampu melakukannya untuk masa akan datang. Persoalannya, adakah anak-anak muda ini mampu menerusnya legasi ini? Jawapannya ada pada pihak pengurusan dan cara bagaimana ianya direalisasikan kelak.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2012, Umum and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

7 thoughts on “Rangkuman| Pencapaian Perak Liga Super 2012

  1. helmirizal

    pencapaian keseluruhan adalah MEMUASKAN bagi teman, pemilihan awang import yang salah pada awal musim menyebabkan perak banyak kehilangan mata

    penghujung pusingan pertama liga memperlihatkan kebangkitan semula pasukan perak, sehingga kita mampu meraih tangga ke-4 liga, meski pun dilihat kita mampu sebenarnya untuk tangga ke-3 liga

    tahniah pada pasukan kerana masih kekal untuk liga super 2013 dan moga berjaya dalam saingan piala malaysia nanti

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Yong Ayu

    Dalam saingan Piala Malaysia nanti, teman mencadangkan 4 pemain ini tidak diturunkan. Mereka ialah Shahrulnizam, Wan Hussein, Nasril Nordin dan Khairi Jamaludin. Pada pemerhatian teman, mereka inilah yang membuatkan gol Perak banyak dibolosi. Sejak akhir-akhir ni pulak, Nanthakumar juga tidak berapa serasi dengan kedudukannya sebagai pemain pertahanan. Tempat mereka elok digantikan oleh pemain dari Liga Perdana.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. zamwaja

    Tahiah buat Pasukan Perak... Walaupun tidak sebaik yg d jangka...Pegurusan perlu menilai semula pretasi semasa pemain dan harapan ada pembaikpulih pada Piala Malaysia..
    dah lama PERAK x masuk FINAl....

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. yeop ahmad

    salam

    tuk persiapan piala malaysia salunye kebanyakkan pasukan akan mula berkira2 tuk mendapatkan khidmat pemain pinjaman dari pasukan yg tidak layak beraksi dalam piala malaysia, justeru pasukan perak juga pada pandangan awok perlu mendapatkan beberapa khidmat pemain pinjaman selain daripada melihat calon2 yg sesuai daripada skuad piala presiden yg dilihat berkualiti..

    jika dilihat dari setiap posisi, pasukan perak jelas mempunyai masalah di bahagian pertahanan, diikuti tengah, dan juga bhagian sayap.. bayang kan pasukan perak berada di tangga ke 4 liga namun mempunyai jumlah jaringan bolos yg ketiga terbanyak di belakang pasukan kuala lumpur dan sabah yang mana berkedudukan tempat terakhir dan kedua terakhir liga..

    maka nya... pihak pengurusan dan juga jurulatih hendak lah memikirkan pemain manakah yang mampu mengatasi masalah2 ini agak mampu beraksi cemerlang di kejohanan piala malaysia nanti..

    pada awok, selain player2 pasukan presiden, awok ade perasan sorang pemain tuk di cadangkan menjadi pemain pinjaman perak.. iaitu pemain sayap usm fc.. s.vinod x silap awok name nye.. awok ase die mampu membantu bodjongo di bahagian hadapan..

    dan untuk musim hadapan pula.. sekali lg, selain pemain dari skuad piala presiden, awok pun ade cadangan beberapa pemain yg perak leh usaha tuk dapatkan.. antaranya :-

    1. azamudin akil (pahang fa). kalu pahang x dapat nak g liga super gak taun hadapan, asenya lebih mudah tuk dapatkan azamudin ni coz mesti die nak bermain tuk liga super kan.. selain bermain di posisi sayap, dia ni pun mampu jadi 2nd striker.

    2. s.chanturu (kelantan fa). die ni pun nampak da makin kurang menjadi pilihan si bojan, tp awok x tau la kalu die injured ke ape coz posisi die skang farhan salu amik.. n dulu pun die penah x puas ati sebab x dapat men lame dalam gem final FA cup.. so ase nye leh kot nak cuit2 die ni tuk men perak..

    3. badrol bahtiar (kedah fa) calon sesuai menggantikan arul.. awok xde la kate x suke arul coz mase musim 06/07 die ni byk menyumbang tuk perak, so kene la hargai jasa.. just skang performance die da down, ngn angin satu badan die nye lg..

    4. mohd fadhli shaz (harimau muda) awal musim ni dengor kabo die antara player perak nak dapat kan, tapi habuk pun tarak, xtau la ape punce, die xnak or pengurusan just ckp kosong..

    so pengurusan perak.. simpan duit banyak2, jana duit banyak2, (tapi jgn la dengan nek kan harga tiket n parking).. supaya senang nak bina satu pasukan mantap.. konsep die cm ne la lebiy kurang, no money, no quality player, no good salary, no player motivational, no good performance la kan.. player muda berbakat x lari g pasukan len, penyokong pun akan penuhi stadium setiap home gem..

    ate awok pun tau istilah "cakap senang la, cuba buat tengok".. tapi ade gak istilah2 len gak yg awok penah dengar seperti "hendak seribu daya xnak seribu dalih".."usaha sehabis daya".."xkenal maka x cinta" ??? so just buat la yang terbaik agar sume pihak merase gembira..

    bodjongo !

    sekian..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Salam.. teman setuju dengan mike yob. Kalau perasan la, di awal musim pertahanan kita agak solid, masa tu Nantha main Def Mid, Sharom /Hisyamuddin/Khairi -CB dan kiri Syazwan Badrol azam yg injured tu kanan Nor Hazrul. Memang agak ketat la kata orang.

      Musim lepas pun agak ok gak dengan gandingan tu.

      Pada teman yang jugak sedang bermain dengan macam2 team, teman rasa gol keeper amat penting dalam padang. Dia nampak keseluruhan game dan ada power untuk command semua player terutama defend yang dekat dengan dia.

      Nak elakkan gol dibolosi, komunikasi antara defend dengan GK amat penting. Macam tim yang teman main baru ni, sampai ke Flanker dia command bagi ingatan pekik riuh rendah dalam padang. Tujuan dia satu je, tak nak bola masuk ke kawasan dia.

      Kesimpulannya, GK kita kena workout atau cari ganti. Nasril pada teman ok. Tapi terlalu banyak mistake bodoh yang dia buat musim ni. Apa masalah teman tak tau. Patutnya kena sulam dengan GK simpanan lain supaya GK utama alert dan bersaing untuk main 1st eleven.

      Saranan teman, Perak kena cari at least sorang Defend, sorang Midfield dan sorang Striker. Paling penting cari Midfield yang hebat dari apa yang ada sekarang. Dalam Malaysia sekarang ni kalau yang hebat tu tak ramai pun, Kelantan of course, Selangor pun ada, so kena rajin jengah tim2 lain yang kurang cemerlang sebab dalamnya ada pemain berpotensi yang kita tak nampak. Macam last year dianggap berjaya sebab dapat Failee yang memang menjadi masa Piala Malaysia.

      Teman masih percaya dengan PAFA dalam hal ni. Buat pilihan yang terbaik. Tahun 2012, jadikan sejarah Perak kembali menjadi Juara PIALA MALAYSIA!

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. Yong Ayu

    Teman baru bercakap dgn. Pengurus USM FC. Katanya utk Piala Malaysia, Selangor dah sambar Vinod tu dulu dah. Mengenai tahun depan pulak, mungkin USM tak boleh lepaskan dia. Pasal si Faili yg pernah Perak ambil dari USM dulu, teman berpendapat beliau tidak mendapat pasangan yang sesuai. Pikir-pikirkanlah perkara ini dan cuba mengatasinya.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.