Piala Malaysia 2012 | Edisi 2012 dan 2007/08 Suratan atau Kebetulan?

piala-malaysia-2012.jpeg

Masihkah kita ingat saingan Piala Malaysia 5 tahun lalu? Perak berjaya mara ke perlawanan akhir tetapi langkah kiri, tewas 3-0 kepada Kedah. Cerita yang sama pada tahun 2001 apabila Perak dinafikan Terengganu 2-1 untuk mendakap piala keramat untuk kesekian kalinya apabila berjaya meraih kejuaraan itu pada tahun sebelumnya dengan menewaskan Negeri Sembilan dengan 2-0.

Untuk edisi 2001, meniti dibibir peminat-peminat Perak nama-nama seperti, Rafdi Rashid, Khalid Jamlus, Indra Putra Mahyuddin, Ahmad Shahrul Azhar yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Ketika nama-nama ini boleh dikatakan tercatat sebagai sebagai penjaring dalam setiap perlawanan diperingkat kumpulan ketika itu, tiba-tiba muncul Norizam Ali Hasan meledakkan hatrik dalam suku akhir kedua di Ipoh menewaskan N.Sembilan 3-1. Biarpun Perak layak ke peringkat akhir, tetapi nasib tidak menyebelahi kita apabila tewas 2-1 di tangan Terengganu.

Itu kenangan lampau lebih kurang 11 tahun lalu di zaman kegemilangan.

Piala Malaysia 2012 dan 2007/08, ada persamaannya. Rekod Liga Super 2007/08, Perak ditangga ke 5 (41 Mata), 13 menang, 2 seri serta 9 tewas dan berjaya ke Akhir Piala Malaysia. Tahun ini, Perak ditangga ke 4 (42 Mata), 13 menang, 3 seri dan 10 tewas; mungkinkah sejarah bakal berulang? Caceres pula berada ditahap terbaik persis Michal Kubala tetapi beliau lebih baik berada di tempat kedua dalam senarai penjaring terbanyak di belakang Marlon Alex James ketika itu. Cuma agak kurang bernasib baik tewas kepada Kedah 3-0 di dalam saingan akhir Piala Malaysia.

PAFA dilihat mencuba sedaya upaya merintis kembali denai finalis yang kian dilitupi aral. Bukan kerana Haji Norizan Bakar tidak cemerlang, tetapi mungkin kurang efektif jika diteruskan. Manakala Jang Jung yang dilantik menjadi pengendali baharu dilihat begitu teruja dan tidak sabar untuk membantu Perak dalam misi pertamanya selepas Aidilfitri nanti.

Memang seakan-akan Perak 5 tahun lalu. Bezanya cuma Steve Darby ketika itu dipenghujung karier dengan pasukan, dan perkara sebaliknya berlaku kepada Jang Jung ketika ini.

Namun begitu ini mungkin secara kebetulan. Kalau 5 tahun lalu, Kedah merupakan pasukan terkuat persis Kelantan ketika ini. Segalanya mungkin buat Perak dikala kita kepingin membawa pulang piala keramat itu pulang ke tanah Perak bumi bertuah. Dalam keadaan sekarang, sesuai untuk para penyokong memulihkan azam untuk meneruskan keterujaan dalam saingan seterusnya. Ramai pasti tidak sabar menantikan aksi pertama Perak bersama Jang Jung nanti.

Suratan atau Kebetulan? Ayuh. Ramai-ramai penuhkan stadium saksikan sendiri.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Piala Malaysia 2012 and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

16 thoughts on “Piala Malaysia 2012 | Edisi 2012 dan 2007/08 Suratan atau Kebetulan?

  1. keristujuh

    Realisasikan Perak ke Final Piala Malaysia 2012 & berjaya mendakap piala ini sebagai JUARA PIALA MALAYSIA 2012.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Yong Ayu

    Saya masih ingat lagi sewaktu kita tewas kepada Kedah 3 - 0 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun 2007. Pada masa itu Khalid Jamlus yang berpasangan dengan Keita Manjou sebenarnya tidak fit untuk perlawanan itu tetapi diturunkan juga kerana tiadanya pengganti yang hampir sama hebat dengan mereka. Dari insiden itu, kita sepatutnya aware menyediakan pemain ganti yang hampir sama kualitinya dengan pemain regular agar misi kita untuk menjadi juara tidak terjejas dan terlepas.

    Kini kalau benarlah ia secara kebetulan, maka sudah tentulah Perak akan mengecap perlawanan akhir Piala Malaysia tahun ini. Lagi pun dah terlalu lama kita tidak 'menyerang' Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan Perak di pentas akhir Piala Malaysia. Sama-samalah kita berdoa agar Pasukan kesayangan kita ini akan masuk akhir Piala Malaysia tahun ini. Amin, Yarab bal alamin.....

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Salam..betul tu Yong Ayu. Kalau tak silap ada kad merah game tu. Ahmad Sharul Azhar kalau tak silap.

      Memang harap sangat tahun ni masuk final, menang atau tak tu tak penting.

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi Post author

    Salam. Penjelasan untuk Yang Berbahagia Kadak aka Chuck, suratan atau kebetulan tu rekod je, musim 2007 dan 2012 seakan-akan rekod nya. tengok la apa yang dihuraikan dalam artikel tu.

    Jangan nak buat hal dalam ni. Jangan Rasa diri tu bagus, maaf le, lama dah aku perhati. Bukan nak cari pasal, tapi muhasabah diri.

    Ini tempat untuk kita bincang dan beri pandangan bukan pertikai benda yang tak sepatutnya.

    Kalau tak puas hati dengan admin, lantak ko lah..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. yeop ahmad

      salam

      yop syidi.. sabo2.. bulan pose ni yop.. biokan aje yop chuck tuh..

      sekurang-kurang nye kome rajin la nak post something tuk dibincangkan..

      ate jawab aje kat die.. "yop.. sesungguhnya awok sedang berpuasa"..

      Yop chuck.. respect each other.. kalu x setuju nyata dan huraikan ngn baik yop..

      Bodjongo !

      sekian..

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi Post author

        Terima Kasih Yob.

        Alhamdulillah masih bersabor ni. Lama dah pendam, termeletop plak pagi2 ni.

        Tapi ini bukan kali pertama dia kena, dulu pernah kena banned dari SDN ni langsung tak boleh access ke web ni, tu pun tak serik2 lagi.

        Kalau nak komen, jangan serang personal yob. Nak serang gak serang bab bola dan yang berkaitan je.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. active11

          Chuck,
          Saudara Syidi kita cuma utarakan pendapat beliau sahaja. Adalah lebih molek kiranya Chuck boleh menerima pandangan ulasan beliau. Lagipula, ulasan beliau berasaskan sejarah & fakta, tiada MITOS yang bercanggah dengan syarak.

          Andai bercanggah, teman juga takkan segan silu nak tegur Syidi, bahkan sesiapa sahaja yang lain. Kita utamakan agama daripada bolasepak!

          Syidi,
          Jangan biarkan amarah Tuan terburai dekat sini ;)
          Teruslah menerbitkan artikel yang baik untuk semua. Jangan lupa selitkan juga gambar-gambar menarik kalau ada. Satu gambar, jutaan cerita!

          Hepi Ramadhan Semua.

          Likes(0)Dislikes(0)
  4. penjejak_syurga

    Salam.. Mungkin ada benarnya komen2 diatas. Tp, kita x bolehla mangatakan kejayaan tu bersandarkan nasib je. Mungkin secara kebetulan jadi camtu. Harap2 kebetulan kali ni membuahkan hasil. Yg pastinya coach jang jung kena terbitkan idea2 yg lebih agresif & mantap utk menghabiskan sisa2 perjuangan yg ada. X mustahil team perak boleh berjaya andainya perancangan, strategi taktikal & pengurusan yg lebih bersemangat diterjemahkan. Lupakan kenangan2 pahit & berikan satu kenangan yg manis lg bermakna buat pasukan & peminat. Buruk @ baiknya pasukan kita anak jati perak yg akan tanggung. Pihak pengurusan diharap dpt memancing pemain pinjaman yg berkualiti & profesional utk memantapkan team perak dlm mengharungi piala malaysia. Kepada peminat2, berilah sokongan yg padu kepada team perak. Hidup PERAK.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. yeop ahmad

    Salam..
    Kalau nak dirumuskan tentang suratan atau kebetulan.. awok ase pe kate kite lihat dan teliti perkara2 berikut.. awok yakin sesiape di antara mengkome yang memang betol2 amik tau pasei bola sepak perak mungkin menyedari perkara berikut..

    Jika mengikut kronologi.. Perak fa telah menjadi:-

    1. Pasukan pertama menjuarai piala HMS Malaya di Stadium Merdeka pada tahun kita merdeka 1957.

    2. Pasukan pertama menjuarai Piala Malaysia setelah ditukar nama dari piala HMS Malaya pada tahun 1967.

    3. Pasukan pertama menjuarai Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tahun 1998.

    4. Pasukan pertama menjuarai Piala FA dalam perlawanan epic dan rare pada tahun 1990

    5. Pasukan pertama menjuarai Piala Malaysia di permulaan alaf baru iaitu pada tahun 2000.

    6. Pasukan terakhir menjuarai Piala Liga Perdana 1 pada tahun 2003.

    7. Pasukan perak tidak pernah mara ke final Piala HMS malaya/piala malaysia dengan angka pada tahun tersebut berakhir dengan angka 5 (ex: 2005,1995,1985)

    Justeru.. kesimpulan dan teori yang dapat dibuat dari kenyataan diatas ini ialah.. Perak FA mempunyai peluang untuk menjuarai Piala Malaysia andai bermain di stadium baru.. andai nama kejohanan ditukar.. andai kejohanan yang disertai itu adalah kejohanan yang terakhir sebelum ditukar nama atau sebagainya.. andai piala Malaysia masih wujud pada tahun 3000.. hahaha… dan andai kejohanan yang disertai adalah kejohanan baru..

    Namun.. ini hanyalah teori ye mengkome.. yang nak kate ni mitos ke khurafat ke.. tu bukan la istilah yang sesuai.. kerana teori adalah kajian yang kite buat then kite lihat ape hasil kajian kite tuh.. x kesa la bodo ke ape ke.. ni just teori mudah dari awok..

    Suratan atau kebetulan tu.. hak masing-masing la nak nilai.. yang penting tidak membawa kepada haram..

    Bodjongo !

    Sekian..

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. Yong Ayu

    Teman tak berapa ingat tahun berapa Singapura kali terakhir menyertai liga Malaysia. Kalau betul le Perak ni suka sangat atau rasi bebenor dengan perkara pertama, ate tahun ni sah le Perak akan masuk akhir Piala Malaysia kerana tahun ni kali pertama Singapura menyertai Liga Malaysia setelah sekian lama menyepi diri. Naluri teman kuat ngatakan yang pasukan kesayangan kita ni, Perak akan masuk akhir Piala Malaysia dan terus menjuarainya.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. yeop ahmad

      salam..

      yong ayu.. x silap awok tahun 1994.. lepas malaysia dilanda gejala rasuah... singapore last join liga malaysia...

      kalau salah tolong betulkan..

      bodjongo !

      sekian..

      Likes(0)Dislikes(0)
  7. pie

    Teman setuju dengan semua pendapat di atas cuma teman tak nak bagi sape2 terasa cuma satu je perak tak dapat bila mula Liga super 2004. Itu je yang tak dapat. harap2 kenyataan pengomen semua di atas menjadi kenyataan. terima kasih dan Selamat Berpuasa.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. yeop ahmad

      salam..

      yob pie.. maksud awok ialah potensi tuk mendapat kejuaraan piala malaysia aje..

      kalu nak ikut kejuaraan liga.. perak pun bukan juara pertama liga perdana...

      bodjongo !

      sekian..

      Likes(0)Dislikes(0)
  8. yob jelebo

    Teman target Perak masuk sekurang2nyer suku akhir taon nie. Kalo lepeh ke final alhamdulillah. Kalo xlepeh xngape ler. Sbb nye ni tugeh pertame Jang Jung.

    Teman cume harap Perak buleh rebuild/reform balik season depan. Bior kuat lagi gah mase zaman Khalid,Saravanan,Indra,Ahmad Shahrul Azhar,Liew Kit Kong,Mohd Noor Derus,Shamsul Saad dll.

    Dedahkan pemain2 mude iaitu pemain skuad piala presiden yg mane deme dh buktikan belia perak ade kualiti.

    Kejor Yob Kejor.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.