Liga Super 2012 | Perak Vs Selangor PKNS (result)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Selasa, 3 Julai 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 1 – 2 PKNS

Kealpaan pasti dihukum!. PKNS menghukum kealpaan Perak dengan dua gol lewat dalam masa kurang 5 minit. Sungguh memalukan. Mana tidaknya,dikala para penyokong bersedia meraikan kemenangan seterusnya, tidak disangka, dua gol dilepaskan setelah hampir separuh perlawanan mempertahankan gol jaringan Akmal Rizal Rakhli di minit ke 44, hancur berderai begitu sahaja.

Jika tidak kerana kelekaan sudah semestinya ayat-ayat dalam artikel ini berubah sama sekali. Kekesalan mula diluahkan sebaik selesai perlawanan malam tadi. Paling ketara di laman-laman sosial yang amat kesal dengan sikap pemain-pemain Perak yang merasakan keadaan amat selesa ketika mendahului 1-0.

Sememangnya, PKNS sukar diduga. Selepas menang ke atas N.Sembilan tempohari, ternyata semangat mereka membara untuk mencari 3 mata seterusnya sambil dibantu idea-idea bernas pengendalinya, Haji Abd Rahman Ibrahim. Beliau menggunakan segenap ruang dan peluang untuk melalaikan pemain-pemain Perak dan menghukum kealpaan untuk mengutip 3 mata dalam masa kurang 5 minit.

Memang benar Perak masih selamat dan terima kasih kepada Kedah yang mengikat Selangor 1-1 dalam perlawanan lain malam tadi. Perlu diingat, tempat ketiga Perak ketika ini mula diintai Selangor yang akan menentang Kuala Lumpur iaitu lawan yang paling lemah musim ini, sedang kan Perak bakal berdepan calon Juara Liga Super 2012. Pilih antara dua; menang di Kota Bahru atau serahkan tempat ketiga kepada Selangor?

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2012 and tagged , , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

3 thoughts on “Liga Super 2012 | Perak Vs Selangor PKNS (result)

  1. yazid

    Ayat terakhir dari admin memang benar sekali.....
    kelapaan memang membawa padah...xperlu salahkan pihak lain..kita sendiri yg ada kat dlm padang harus terima hakikat yg kita silap dan salah.....sikap ni boleh di perbaiki tp bukannya sementara kena berterusan 'FOKUS'
    Dengan kelantan kita kena tentang habis-habisan bak kata admin Pilih antara 2 : Menang @ serahkan tempat ke3 kpd selangor?

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi Post author

    Lepas ni senang je. Kalah je Perak Kelantan celebrate awal la. Tu je citer nye.

    Teman dah panas telinga dengan set-set kelate sini, 'dengan PKNS pun kalah, nok lawe kelate? Jangan arap le' katenye.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yazid

    huhuhuhu en syidi jgn awok cepat putus ase...kite perak pantang kalah sebelum berjuang...amik semangat dato' maharajalela,si kuntum dll...biar kalah bermaruah....tp teman rasa cam ada keajaiban yang berlaku jer...hahahahaha
    kite leh lawe kelate....kita leh kalohke kelate....

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.