Liga Super 2012 | Perak Vs Selangor PKNS (Preview)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Selasa, 3 Julai 2012
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam

Kemenangan berturut-turut selepas Liga Super 2012 berehat panjang membuktikan betapa seriusnya Perak untuk mengekalkan tahap terbaik mereka kepada semua penyokong.

Selangor PKNS, sebuah pasukan yang sukar diramal. Dengan gelaran pakar seri mereka dilihat semakin liat untuk ditundukkan sejak kebelakangan ini. Biarpun tewas kepada ‘abang’ mereka iaitu Selangor dalam dua perlawanan lalu, namun mereka bangkit dalam perlawanan lepas dengan menjinakkan Skuad Jang 2-1.

Harapan untuk Perak meraih 3 mata kini boleh dikatakan berada dilandasan terbaik jika aksi yang dipamerkan kelak dipertingkatkan lagi. Memang jelas jika dilihat daripada kedudukan liga, Perak jelas lebih baik berbanding PKNS. Tapi harus diingat, Haji Abd Rahman Ibrahim jurulatih berpengalaman kaya dengan strategi yang sukar diramal.

Jika corak permainan konsisten dipamerkan nanti tidak mustahil 3 mata bakal menjadi milik Perak biarpun PKNS dilihat agak terdesak untuk mencari 3 mata berharga untuk sekurang-kurangnya naik ke tangga ke 7 liga.

Barisan Perak Saranan SDN

Nasril Nourdin(PG)
K. Nantha Kumar
Mohd Hisyamuddin
Mohd Nasir Baharudin
Mohd Khairi Zainuddin
SharulNizam Mustafa (KP)
Michal Kubala
Mohd Nazri Kamal
Rafiuddin Roddin
Mohd Failee Ghazali
Albert Bodjongo Dika

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2012 and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.