Liga Super 2012 | Perak Vs Kuala Lumpur (result)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Sabtu, 14 Julai 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 5 -2 Kuala Lumpur

Perlawanan terakhir musim ini menemukan Perak dengan pasukan yang mencipta rekod tanpa menang setakat ini iaitu The City Boys Kuala Lumpur.

Biarpun Perak mendahului di awal minit separuh masa pertama melalui sepakan penalti Michal Kubala, Kuala Lumpur dilihat cuba bangkit menyamakan kedudukan 1-1 pada satu ketika.

Selang beberapa minit kemudian, ‘Permata Hitam’ Perak meledakkan gol pendahuluan untuk Perak di depan dengan 2-1 sebelum Shafiq Jamal menghukum kealpaan benteng Kuala Lumpur untuk melebarkan kedudukan 3-1.

Tidak cukup dengan itu, Akmal Rizal Rakhli pula menambah derita The City Boys dengan gol ke 4 Perak sebelum mereka merapatkan kedudukan 4-2 selepas itu.

Michal Kubala menutup buku Liga Super 2012 dengan jaringan kedua peribadi perlawanan untuk Perak mengesahkan keputusan perlawanan 5-2.

Dikala ‘si abang’ menjinakkan Kuala Lumpur di Ipoh, ‘si adik’ pula dihukum di Kuantan apabila tewas 0-3 kepada Sabah dalam aksi mendebarkan SUKMA ke 15 perlawanan menentukan Pingat Emas Acara Bolasepak. Biarpun cabaran dilihat sengit sehingga memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan, Anak-anak didik Abu Bakar Fazim yang cemerlang sebelum itu dimalukan dengan 3 gol pantas diawal separuh masa pertama di masa tambahan.

Namun begitu, kita tidak boleh menjadikan SUKMA ke 15 kayu pengukur sebenar menilai keupayaan mereka kerana mereka sudah membuktikan mereka adalah yang terbaik di Malaysia setelah menjuarai Piala Presiden 2012 bulan lalu. Pihak pengurusan PAFA seharusnya telah memikirkan perancangan yang teliti untuk merencana masa depan anak-anak muda ini untuk digembeling menjadi bintang harapan membawa nama PERAK ke mercu gemilang Bolasepak Malaysia.

Likes(0)Dislikes(0)

13 thoughts on “Liga Super 2012 | Perak Vs Kuala Lumpur (result)

  1. Yong Ayu

    Seandainya Perak seri atau kalah malam tadi, Terengganu akan mengambilalih tempat ke-4 dan Perak akan turun ke tempat ke-5 kerana mereka berjaya mengatasi Selangor dengan jaringan 3 gol tanpa balas. Tidak pasti le sama ada Selangor sengaja berbuat begitu untuk memberi peluang kepada Terengganu mengambil alih tempat Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. pie

    Tahniah perjuangan LIGA SUPER sudah sampai kepenghujungnya. Yang pasti PIALA MALAYSIA menanti. Ayuh bangunlah dari tidur yang lena dan gegarkan PIALA MALAYSIA kerana sudah lama tidak sampai ke PERAK.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. helmirizal

    tahniah pada skuad liga super perak kerana menduduki tempat ke-4 liga super, peluang utk berada di tiga tempat terbaik kita ada namun terlepas dari gengaman

    lepas nie fokus akan beralih arah pada saingan piala malaysia, diharap skuad perak akan berjaya membawa pulang piala malaysia ke negeri perak

    mungkin beberapa pemain skuad presiden & belia yang boleh diserap masuk ke dalam skuad senior

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. hyunckel

    ada tengok sukma baru ni.. IMO, belum masanya pemain muda ni masuk liga super lagi. kena develop basic skill seperti tahan bola jgn melantun kat pihak lawan, passing bola kat kawan jgn nak kasi mati kawan, rembat ke arah gol bukan ke arah goalkeeper, jgn gentel banyak sgt, baling bola outside jgn angkat kaki dan sebagainya....

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. yeop ahmad

      salam

      setuju

      n mamat india tu die ke yg bakal diserap ke team utama?
      kalu betul die boleh tahan gak la.. n boleh di mantapkan lagi..maybe leh jd 2nd saravanan..

      sekian

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        mamat india tu ok.memang ada skill tapi macam lembik aka lemaula..asyraf pula ok dalam perebutan bola udara.tapi LB & RB president aka sukma kita tu memang MANTOP!!!plz jangan lepas dan kehilangan deme ni..

        Likes(0)Dislikes(0)
  5. yeop ahmad

    salam

    bodjongo !

    p/s: bawu awal musim n belum pape tapi orang tu da melalak x tentu pasal lagi menghancurkan masa depan Perak F.A

    sekian

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. Raul hashim

    Team harapan piala malaysia.

    Khairul Amri
    sabree abu-shahrol kalam-hisyamudin-nor hazrul
    rafiudin-badrol baktiar-kubala-khairil muhaimin
    bodjongo-failee

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. yeop ahmad

        salam..

        yep..

        pada awok mungkin KE kot drpd KA.. tp kalu die leh perform ape salah nye kan..

        yg len tuh mantap, cume buleh ke nak dapat kan tiga2 khidmat deme ni.. rebutan tu weh.. tp dapat dua dr tiga ni pun ase nye da membantu coz ade player presiden gak kan..

        bodjongo !

        sekian..

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. chuck

          KE??lagi MAJEY yop!!!
          dia ni kerap benor lepaskan bola2 bodoh!!selain mampu membunuh moral team..lihat saja dengan gol2 yang dia dah lepaskan.nak kata pendek,elokjer tingginya..tapi kerap sangat lemas..member penan rangka n rancang bola ke kawasan lawan.Tp disebabkan mahluk KE ni,lawan tak perlu bersusah payah merancang dan sebagainya.bawak bola sampai tengah padang n then shoot..CONFIRM GOAL!!!tak cara,tengok track record goal yang pernah dia boloskan.cukup nyakitkan ati benor rasanya...

          Likes(0)Dislikes(0)
    1. helmirizal

      badrol bakthiar & khairil muhaimin to teman agak setuju, tp perak perlu bermula sekarang untuk mendapatkan khidmat deme nie, jgn mcm tahun sebelumnya, pasukan lain dah sapu dulu

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.