Liga Super 2012 | Perak Vs Kedah (result)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Selasa, 10 Julai 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 1 -2 Kedah

Perak melayani tetamu dari utara semenanjung iaitu Kedah tanpa pengendali Haji Norizan Bakar yang direhatkan sehingga perlawanan terakhir Liga Super 2012.

Chong Yee Fatt mengambil langkah drastik dengan merehatkan Nasril Nourdin yang melepaskan 5 gol dalam perlawanan lalu dan memberi peluang kepada Kamarul Effendi untuk menunjukkan keupayaan sebenar beliau selaku benteng terakhir. Begitu juga dengan Wan Hossen Abd Ghani yang dimasukkan dalam kesebelasan utama menggantikan Sharulnizam Mustafa yang dilayangkan kad merah dalam perlawanan lalu.

Perak dipaksa menunggu sehingga minit ke 37 untuk memecah kebuntuan setelah sepakan penjuru menarik disudahkan oleh Bodjongo Dika meletakkan Perak di depan 1-0.

Namun begitu, ketika babak pertama seakan-akan berakhir dengan 1-0, Baddrol Bakhtiar mencatat nama sebagai penjaring gol penyamaan melalui sepakan penalti diminit ke 45.

Babak kedua bersambung Perak menggandakan asakan dan pada suatu ketika percubaan Bodjongo Dika sekadar menggegar palang gol hampir menggamatkan Stadium Perak. Ketika aksi kedua-dua dilihat semakin rancak, pengadil memerintahkan Mohd Nazri Kamal dan Helmi Eliza keluar padang apabila berlaku sedikit perselisihan faham yang tidak sepatutnya berlaku.

Biarpun selepas itu, Chong Yee Fatt melakukan beberapa pertukaran selepas minit ke 70 bagi mempertajamkan jentera serangan, namun Perak masih gagal mencari gol kemenangan. Sebaliknya, Khyril Muhaymeen Zambri berjaya meletakkan Kedah di depan diminit-minit akhir permainan 2-1.

Sekali lagi kelalaian mengundang padah. Ternyata pemain-pemain tidak pernah belajar daripada kesilapan lalu. Kini Perak terpaksa menerima hakikat bahawa tempat ketiga adalah sesuatu yang mustahil kerana Selangor berjaya mengutip mata penuh di Shah Alam setelah membenam Sabah 3-2.

Tiada apa yang diharapkan selepas ini melainkan menang ke atas Kuala Lumpur yang tidak pernah menang dalam saingan Liga Super musim ini. Jika tidak, akan bertambah aib pasukan Perak sekiranya gagal menundukkan Kuala Lumpur.

Kesebelasan Utama:

Kamarul Effendi (GK)
K Nanthakumar (KP)
Sharom Mohd Kalam
Syazwan Roslan
Nasir Basiruddin
Wan Hossen Wan Abd Ghani
Michal Kubala
Rafiuddin Roddin
Mohd Nazri Kamal
Mohd Failee Ghazli
Bodjongo Dika

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2012 and tagged , , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

10 thoughts on “Liga Super 2012 | Perak Vs Kedah (result)

  1. Yong Ayu

    Wan Hossein merupakan parasit kepada pasukan Perak dalam perlawanan menentang Kedah sebentar tadi. Gol penyamaan Kedah adalah disebabkan ia menjatuhkan pemain Kedah di luar kotak penalti. Setelah pemain Kedah mengambil sepakan percuma tersebut dan menghantarnya ke dalam kotak penalti, pemain Perak dikesan pengadil menjatuh pemain Kedah dan terus diberi sepakan penalti. Bermakna Wan Hossein adalah termasuk tiga pemain lain yang tidak boleh diturunkan iaitu Khairi, Arul dan Nasril.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Bila dah bagi sub main,kome gaduhkan dia parasit pulak dah!!!
      Bila tak bagi,kome gaduhkan,bagi peluang kepada sub2 yg panaskan bangku simpanan tu main...

      Ntah ape2!!!

      Sebab tu teman kaborkan,pada bebudak sub yang nak main tu,tunjukkanlah performance kome tu antara 10/11 player yang terbaik..baru dapat main 1st eleven..kalo dah manjang duk sub tu maksudnya apa??kan ke tak perform!!!

      tapi kome gaduhkan suh masukkan jugak!!!aduyaiiiii!!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. Yong Ayu

    Wan Hossein ni sejak dari dulu lagi teman tak puas hati cara dia main. Selalu aja pas bola kepada lawan. Lepas tu cuba nak dapatkan bola balik dan kekadang tu merampasnya secara kasar dan diberikan tendangan percuma oleh Pengadil kepada pihak lawan. Tindakan dia juga diperhatikan merapu. Hantarannya entah kepada siapa.tu

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      kalo dia lepaskan bola kepada pihak lawan n then dia melenggang kangkung kome salahkan dia jugak..betulah tu,dah dia lepaskan dia kena kejar balik..

      Bab merampas secara kasarni,depends...kadang dia teremosi,kadang permukaan padang tu sendiri.bab emosini,yang pro level world classpun tak mampu nak bendung..

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. yeop ahmad

    salam

    awok setuju kalu wat rombakan secara menyeluruh, makne nya tukar ngn pemain simpanan kita, bg peluang deme tunjuk bakat lak, mcm wan hosen, memang sume tau dr time new team perak die ni bukan men bgus pun, tp ade gak yg nak die diturunkan gantikan arul, so bila da bg peluang, die x perform kan, bgus jugak la cmni. kenape? sebab kepada peminat2 yg kritik coach pilih bulu, racist bagai, kome2 sume patut da ubah persepsi kome tuh la, bukan coach yg pilih bulu, tp player yg kome nak sgt die men tuh yg hampeh.

    namun, perak banyak je lg player kan? try la lg yg len, dan kepada yob saidin, wan hosen kome da diturunkan, kome tgk x performance die? cmne? ok kan dr arul yg kome x suke tu.. so tinggal isma alif ngn khalis jela yg kome xdapat nk tgk lg.. hope jumpe kl deme2 ni dapat la peluang, n kalu dapat beraksi cemerlang, satu perkembangan yg bagus la tuk perak fa, kalu pakat2 same level cm wan hosen............

    bodjongo !

    sekian

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. saidin

      kepada yeop ahmad....
      mana mana pemain dalam dunia ini,kalau setakat baru dapat main 1 game mustahil diorang nak dapat tunjuk perfomance yang sebenar.udahlah time friendly pun tak dapat diturunkan.

      bagi teman wan hosein tak bersalah dalam hal nie,orang orang yang berfikir macam yeop kita nie,memang hancurlah masa depan pemain pemain yang berbakat

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. Ipohman

    Pendedahan yang diberi,
    pengalaman yang ditimba,
    teruskan usaha tingkatkan prestasi,
    pasti akan datang Perak maju dan berjaya...

    usah bazirkan masa di usia muda, berbakti berjaya dengan usaha... Kejor yop kejor...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.