Liga Super 2012 | Kelantan Vs Perak (result)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Sabtu, 7 Julai 2012
Stadium Sultan Muhammad Ke IV
8:45 Malam

Kelantan 6 – 0 Perak

Kota Bharu menjadi saksi bisu kekalahan memalukan Perak. Ketika harapan menyaksikan kebangkitan sebaliknya tumbang dalam keadaan yang tidak terkata aibnya.

Apa punca sebenarnya? Kini maruah Perak entah ke mana selepas dimalukan di hadapan hampir jutaan penonton di Malaysia. Layakkan Perak berada di dalam kelompok 3 terbaik dalam Malaysia dengan apa yang dipersembahkan malam tadi? Suram, sayu dikalangan para penyokong Perak disegenap pelusuk bumi Malaysia belum lagi diambil kira.

Sudahlah jatuh ditimpa tangga. Dikala ketinggalan 0-5 ketua pasukan yang menjadi nadi pasukan dan sepatutnya memimpin rakan-rakan lain pula hilang pertimbangan seterusnya dibuang padang apabila bertindak agresif terhadap pemain lawan. Sikap yang kurang profasional ini menambah malu kepada pasukan Perak.

Dengan memasukkan Kamarul Affendi menggantikan Nasril Nourdin dibabak kedua, tidak banyak mengubah corak permainan cuma Kamarul Affendi dilihat berjaya menyelamatkan beberapa percubaan Kelantan untuk menambah malu pasukan Perak.

Haji Norizan Bakar seharusnya sudah menyedari tahap sebenar pasukannya ketika ini. Adakah cukup dengan hanya menerima kekalahan seperti sebelum ini? Adakah selepas ini membiarkan pemain yang selama ini tidak pernah diturunkan terus menerus tidak diberi peluang bermain?

6-0 adalah rekod kekalahan Perak yang paling tragis. Ternyata Kelantan sebuah pasukan yang sempurna di semua posisi. Mereka bijak menggunakan peluang untuk diterjemahkan dengan jaringan gol. Biarpun Perak begitu agresif diawal permainan, namun hanya seketika apabila Indra Putra Mahyuddin menghukum pertahanan Perak seawal 17 minit permainan.

Tiada apa yang perlu diperjelaskan lagi tentang perlawanan semalam, cuma saranan agar Perak membuat sedikit rombakan dalam baki dua perlawanan dan bukan sesuatu yang mudah untuk menaikkan kembali semangat dan moral pasukan selepas dimalukan Kelantan yang sah menjadi juara Liga Super 2012.

Likes(0)Dislikes(0)

33 thoughts on “Liga Super 2012 | Kelantan Vs Perak (result)

  1. feartheyob

    Mengaibkan !!

    Tak pernah tengak defensive yg seteruk ini bagi team perak...lepas 15 min yg meyakinkan tambah2 dengan kesungguhan bodjongo;bayangkan hampir setiap kali kelantan masuk ke kotak penalti, gol dihasilkan...tiada siapa yg track player kelantan yg on the run...keeper masa mula game dh nmpak goyang...xde effort langsung nk menyelamatkan gol...4 defenders pulak kelam-kabut mcm semua bisu...mcm tengok event player perak berlari bersama player kelantan...teman rasa player kelantan pun pelik + hairan betul ke deme lawan team perak yg dok no 3 ni..?

    Sungguh memalukan...somethin wrong not somewhere but everywhere...!

    Likes(0)Dislikes(0)
        1. syidi Post author

          Meleleh telinga kena kutuk dengan geng kelate. Malu tak terkata. Tapi masih bersabar. Kalah pun tetap sayang Perak. Cuma PAFA jangan dok saje. Tolonglah!

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. belanak

            Betul tuh Syidi... teman pun malu gak ngan persembahan longlai dan tak bersemangat satu pasukan... entah di mana silap nya... tiada persefahaman langsung... lebih2 lagi bahagian pertahanan dan penjaga gol...

            Sudah tiba masa nya membuat rombakan yang drastik dan baki 2 perlawanan diberikan kepada pemain yang tidak pernah mendapat tempat kesebelasan pertama... tidak salah rasa nya memberi peluang kepada pemain-pemain yang sering panaskan bangku simpanan..

            ini lah masa nya... apa2 pun target top 3 masih terbuka... namun demikian seandainya pertahanan masih sama seperti game ngan Kelantan, nampak gaya nya berputih mata lak nak stay at least top 3 of league...

            renungkanlah...

            apa yang penting... KERJASAMA...
            apa yang penting... KERJASAMA...
            apa yang penting... KERJASAMA...

            p/s: usah dikenang kisah yang duka... teruskan perjuangan kalian hingga ke titisan terakhir liga... mantapkan komunikasi dan tumpukan perlawanan... kawal emosi dan good luck for next balance 2 games...

            Likes(0)Dislikes(0)
  2. Ipohman

    Tersungkur rebah tiada bermaya,
    Bagaikan tanduk dibuang bisa,
    Teruskan perjuangan merawat duka,
    Bangkit kembali meraih mata...

    Terus berjuang pelihara martabat... kejor yop kejor... :-(

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. fazly73

    asalamualaikum.......bila buka TV 801.......tak terkata bila awal2 game dah 3-0.......................ermmm.......seolah-olah Perak pasukan tangga 3 terbawah liga...bukan tangga 3 teratas liga.......................ini adalah pengajaran....bagi pemain....jurulatih dan penguruasan perak seluruhnya.....................harap2 cubalah yang terbaik bagi perlawanan yang ada..............

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. me 109

    Sack Cikgu Jan kerana mengaibkan penyokong PERAK. Cikgu Jan ibarat coach yang hanya makan gaji. PERAK kene belasah 10-0 pun gaji dia masuk. Strategi yang dipakai pun strategi lapuk. Kesalahan Cikgu Jan amat serius : MENGAIBKAN PENYOKONG PERAK. Wajar dikenekan hukuman yang berat.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Bukan setakat penyokongjer,orang yang Xsokong and Xtau menau tetap bola sepak Perak,asal dia berasal dari Perakpun terkena tempiasnya!!!CONFIRM!!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. penjejak_syurga

    Salam.. Sy rasa apa yg selama ni yg menjadi masalah team perak adalah strategi game. Pd pandangan sy, strategi perak sama je pd setiap game. Adakah cikgu jan dh takde strategi lain? Team lain dh boleh baca strategi team perak. Selama ni perak hanya bernasib baik sbb team lwn gagal menyudahkan peluang utk menjaringkan gol. Nah!!! Bila jumpa kelantan yg mmg bijak menyudahkan peluang gol, anda semua fikirkanlah sendiri. Team perak bukannya takde bakat yg boleh diketengahkan. Tgk saja team remaja kita, dh ada piala. Cuba tgk strategi teknikal mereka. Sy rasa apa kata kita tukar coach team remaja dgn coach team senior. Peminat hanya nak tgk kualiti game, bukannya STAR yg dibangga banggakan. Cikgu jan! Sila rombak player & strategi game anda. Kembalikan maruah PERAK.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. keanu147

      salam..yup mmg rse cm tu gak..strategi game perak mnjadi punca kekalahan ari tu..thun ni sebenarnye team perak berada id kedudukan yang baik berbanding tahun2 sebelumnya.kita jangan cepat putus asa,sedangkan manchester utd pun boleh kalah 6-1 ngn manchester city,arsenal kalah 6-0 ngn man utd,takkan la kekalahan cmni kite dah melatah..perlu byk tindakan drastik yg diambil dan tak semestinya hanya menyalahkan cikgu jan semata-mata.defender perlu bermain dengan lebih baik,perlu lebih membantu penjaga gol semasa keadaan team sedang di serang.bahagian tengah perlu setiap masa turun dan naik,stamina perlu berada di tahap yang tinggi sebelum masuk ke padang.dan yang terakhir,mental,moral dan semangat dari pemain sendiri perlu dipupuk dengan baik sebelum permainan bermula supaya setiap gerak pasukan dapat dibuat dengan lancar. insyaallah..

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        Betul Xperlu cepat melatah..Tapi jika Sejarah tidak penting dan orang tidak study mengenainya bolehla diam..Kekalahan terburuk Perak semenjak Piala Malaysia diperkenalkan pada tahun 1988

        Likes(0)Dislikes(0)
  6. yeop ahmad

    salam

    pengajaran kepada pengurusan perak fa berdasarkan skuad kelantan fa:-

    1. Pasti kan kalian2 sume benar2 paham dan menjiwai bola sepak malaysia. Kalu x, belajar la memahami dan menjiwai cepat. Kalu x jugak, letak jawatan, bubar, lantik ahli baru. Xperlu anak dat0, tan sri or bla2 tuk pegang jawatan penting, asal kan die betul2 tau urus n memang phm betul situasi bola malaysia.
    2. Pasti kan kalian2 sume benar2 pandai mcm mane nk dpt kn pendapatan tuk persatuan. Rajin2 kan la diri cari penaja yg bminat nak taja pasukan, jgn mgharapkan jualan tiket n parking aje. lg byk sumber pendapatan, lg mudah kita dpt kn pemain berkualiti. Jgn bduka kalu indra putra si anak jati perak wat hatrik semalam. Even die anak jati perak, tp pk kan jugak berapa kelantan fa byr die ngn kualiti dia tu. Igt, disebabkan xda pendapatan la, byk pemain2 perak meninggal kn pasukan ketika musim 07/08 dlu. Gila ape nak stay kalu da 4 5 bln x dpt gaji.
    3. Pasti kan kalian2 sume, kalu nak tuka coach, tlg amik coach dr luar negara, jgn amik coach tempatan, even dasat mane pun die pnah wat kejayaan tuk team lain. Sbb ape, kalu amik coach tempatan, strategi nye tetap tang tu je jgk. Coz die berputar2 dlm malaysia ni je, kalu amik coach luar, atleast, die akan bwk sesuatu yg baru. Igt, perak gah ketika dibwah kendalian coach luar negara. Era Weigang, tony netto, steve darby.
    4. Sape x setuju, hak kome la kan, ni pendapat awok.
    5. Bodjongo !

    Sekian

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Transform President&Youth cup Perak ke 1st eleven skuad PERAK+higher coach import and mixed with Abu Bakar Fadzim...Insyallah....

      Likes(0)Dislikes(0)
  7. Yong Ayu

    Yong nak tanya pendapat mikeme semua sama ada kedua-dua pasukan Kedah dan juga KL masih menjadi badi kepada Perak. Kalau badi tu masih melekat pada Perak, ate susah le nak ngekeikan tempat ketiga nampaknya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. Jasbisa

    teman da kabo dari awal dulu, rehatkan nasril dan arul. Memang diaorang regular dan season player tapi dah tak perform mcm dulu. Nasril badan dah naik, malas pulak tu save bola, ganti ada dgn KE tu. Arul pun tak apa2 dia main, kapten konon. Dua2 main mcm taikk. Bukan malam tadi aje, dah lama dahhh.. ada sorang lagi yang kurang sesuai jadi 1st eleven iaitu nazri kamal, reserve boleh la. Bagi lah peluang kpd pemain lain, mcm isma, khalis, nasir etc.. Setuju dgn saranan sahabat lain iaitu sack saja Cikgu Jan. Coach amat penting dlm mencongak taktikal dan pemilihan pemain. Rasanya coach tempatan yg bagus macam Azrai Khor. Beliau bijak menghidu dan mengenengahkan pemain muda. bukan mcm Cikgu Jan, tak main fesyen tu ja. Dah sampai masanya pihak pengurusan PAFA sack Cikgu Jan, AHmad Sharul pun sama. Pengurusan PAFA tak kan tak faham lagi, hangpa semua pun boleh blahh... Kritikan ini utk penambahbaikan dankebaikan semua. Ingat, peminat mcm kami pun ada akal tau.. For next 2 games, 1st eleven kena rombak secara total. KE jadi keeper, taktikal kene tukar, nasri, arul, nazri wajib direhatkan utk jangka masa panjang. Boleh cuba serapkan pemain piala presiden, insyaallah berjaya. Sekian, tunggu utk komen seterusnya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. yeop ahmad

    salam

    sesape diantara kite betul2 tau sape punca dan angkara player2 yg len masih stil x dapat peluang tuk bermain?

    1. coach
    2. penolong pengurus @ ex kapten perak fa
    3. pengurus
    4. pemain tu sendiri yg mungkin x perform or x besungguh2 time training.
    5 lain2

    team belia kite juara, team piala presiden pun juara, ni team yg ngah duk men tuk sukma x tau cmne progress die nanti ni. hope dapat emas. so, perak x ketandusan player la cmtu kan.

    kepada pengurusan, kene igt, tanggugjawab anda antaranya kene jage player, so player2 muda yang berbakat kene cepat kesan dan jage betul2. tgk cmne kelantan jage player die, die kukuhkan kewangan persatuan dan sebagai nya.

    bodjongo !

    sekian

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Assalamualaikum WBT

      Jawapanya:Kesemua diatas berkebarangkalian...

      Setuju!!!Jangan terlepas pandang akan junior yang berpotensi besar.Serta setuju juga jika bebudak president/Belia/sukma dinaiktarafkan ke pasukan utama perak next season.

      Mungkin langkah mengambil coach import adalah sangat tepat selain dapat dibantu oleh assistang coach Abu bakar fadzim,mengenangkan dia ni yang bawak bebudakni Glory dan lebih mengenali deme dengan lebih rapat..

      Coach import ( knowledge,tactical) mix Abu Bakar fadzim ( Bapak bebudak Junior ni) = CONFIRM MANTOP+Meletup next or other season...

      TQ

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. belanak

        setuju sesangat... naik kan taraf team piala belia dan team piala presiden serap ke senior... insyaAllah, pasukan kita akan bertambah mantap... berikan pendedahan awal kepada junior2 dan belia PERAK...

        ayoha!

        Likes(0)Dislikes(0)
  10. Spectator

    assalamualaikum.....

    Teringat sejarah pasukan Perak dibawah kendalian Dato M Karathu dan ketika dibawah kendalian Raja Azlan,pasukan Perak tidaklah pernah diaibkan sehingga terbolosnyer gol mudah sampai 6 biji.Malah dibarisi pemain yang kononnya budak hingusan.

    Dibawah pimpinan baru dan dibarisi ramai sekali pemain bertaraf dunia boleh tewas dengan dasyat sekali.

    Wau inilah satu keistimewaan yang ada pada pasukan Perak dan yang tiada di mana mana pasukan dalam negara kita.

    ada pengurus tak tahu buat kerja,asyik mengharapkan penolongnya konon the leagend la,tapi hampeh sehampeh hampehnya.

    Corak permainan tidak ubah seperti skuad bawah 10 tahun,rasanya kalau sekarang ini dibarisi 25 pemain yang ada dan dibimbing oleh Dato M Karathu dan Raja sudah pasti Perak takkan tertewas dengan sebegini rupa.

    Kpeada pengurusan yang ada tahniah,korang buat maruah kami seperti maruah binatang terbiar ditepi bekas bekas sampah.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Assalamualaikum..

      SETUJU!!! Jika Dato'M Karathu terlibat sebagai orang penting PAFA...Xkisahla jawatan apepun asalkan dia punya voice ada POWER n orang dengar dan ikut!!!

      tq

      Likes(0)Dislikes(0)
  11. Yong Ayu

    Teman percaya rata-rata penyokong tegar pasukan Perak berasa kecewa, hampa, sedih, malu dan hampa dek kekalahan 6 - 0 tersebut. Teman berpendapat pemain Perak (tak kira le sapa yang dipilih) boleh memulihkan perasaan peminat tersebut dengan cara memenangan dua perlawanan terhakhir bertemu Kedah dan Kuala Lumpur. Jangan pedulikan keputusan yang dicapai oleh Selangor. Kalau kita menang kedua-dua perlawanan itu, tempat keempat dah tentu dan tempat ketiga tak tentu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. Yong Ayu

    Apa tak bukak topik baru. Game malam ni, tapi topik Perak lwn. Kedah: Preview tak bukak-bukak. Ate di mana kume nak melepaskan gian ni.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. hyunckel

      administrator berkabung sempena kekalahan terburuk skuad perak sejak era liga semi pro 1989... masa skuad perak 1995 waktu lepas kes rasuah pun takde kena belasah teruk macam ni... serapkan pemain-pemain muda yang bersemangat tinggi utk menaikkan kembali skuad perak ke puncak..

      Likes(0)Dislikes(0)
  13. penjejak_syurga

    Salam..
    Semua pendapat yg telah dinyatakan ada yg betulnya. Pihak pengurusan pafa jgn lak melenting kalau pendapat peminat tidak menyebelahi anda. Yg mana baik, buat rujukan & amik sbg panduan. Kalau kita seorang, tak semestinya kita betul semua. Sbb tu kita kena terbuka bila ditegur. Utk menggunakan pemain muda ada baik & buruknya. Yg baiknya kebanyakan pemain muda akan bermain lebih bertenaga utk pasukan sbb belum kenal erti DEMAND @ WANG RINGGIT, cuma mereka memerlukan masa utk matang. So, peminat2 jgnlah pulak mengharapkan kejayaan akan dtg dgn cepat. Cukuplah sekadar pemain muda ni bermain dgn baik & cepat belajar. Contoh paling baik kita boleh lihat ketika zaman azrai khor membimbing pemain muda kedah. Kedah jadi hebat pun bukan dlm masa yg cepat. Dulu masa raja azlan jadi coach pun dh baik dh, cuma kita tak sabar. Justeru, kalau kita nak sepenuhnya guna pemain muda, coach mestilah yg bijak, berpengalaman & tidak pilih bulu. Hidup PERAK!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. pie

    Semua pendapat ad benarnya dan ada kekurangannya. Kita hanya tengok dari luaran tapi kita tak tahu apa yang berada di dalamnya. maksud teman, kita tak tahu apa yang sedang berselerak di dalam minda pemain, pengurusan dan individu2 yang lain. Contohnya teman pernah terbaca di satu web tentang seorang pemain perak yang mengatakan dia tak dapt pikir dan membuat keputusan semasa di dalam satu perlawanan. ini mungkin berpunca daripada masalah dalaman pemain itu sendiri di mana pihak jurulatih dan pengurusan serta konco2nya yang sepatutnya mengetahui pemain ini mempunyai masalah untuk bermain pada malam tersebut dan sepatutnya menjadikan pemain2 simpanan sentias dihargai dan memberikan kata2 semangat supaya mereka meningkatkan tahap permainan dari masa ke semasa. Jika tindakan seperti ini tidak diambil segera kita akan kehilangan pemain2 yang mana bakat mereka tidak dapat dipertonjolkan dan comfirm mereka akan lari dari pasukan perak dan menyertai pasukan lain.
    teman rasa cukuplah teman cakap begitu kerana sepatutnya setiap yang terlibat perlu memainkan peranannya dengan ikhlas. Malu juga teman bila tengok macam mana pengurusan negeri kelantan dapat mengekalkan kesempurnaan permainan sepanjang musim. Sepatutnya ambil sebagai contoh. Daripada jurulatih pula, teman rasa beliau merupakan orang yang terpenting di dalam memastikan permainan berjalan lancar. cara penyampaiannya kepada pemain perlulah mendalam dan menjadi penghubung untuk pengurusan dan pihak pengurusan sepatutnya memberikan imbuhan yang akan menaikkan semangat juang pemain. Mungkin sesetengah pihak mengatakan bahawa itu tidak melambangkan semangat kenegerian atau apa pun, tetapi lihat jika sesuatu berlaku kepada mereka siapa yang akan ambil berat jika dah cedera atau apa2 pun kemana mereka hendak mengadu. Bak kata pepatah apabila habis madu, sepah dibuang. RENUNG2KANLAH karta2 teman ini. Terima kasih

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. yeop ahmad

    salam

    perak kalah lagi ngn kedah, n cikgu jan dah ambik cuti sebagai rase tanggungjawab beliau dengan prestasi teruk pasukan perak. namun awok ase, maybe die bukan setakat amik cuti, mungkin die akan letak jawatan.

    so andai perkara ni terjadi, pihak pengurusan perak fa, tolong cari calon yg sesuai sebagai coach. awok stil berpandangan amik coach import, kalu kome2 kate coach import ni susah takut player x paham ape yg coach ni nak sampai kan mcm tacktikal etc, gila ape kome2 pikir cmtu. awok nengok sharom kalam tuh rilek je sembang ngn bodjongo, mcm da same bangse je, si kapten tu paham je si ghadar ckp kesat pasal mak die sampai kene kad merah, so harap tuh x jadi persoalan,

    dan lg satu awok nak katekan, dr tahun 1989 smpai skang, coach import je yg penah menyumbang piala tuk perak kecuali karathu, tuh pun just piala fa 1990. so pihak pengurusan, tolong cr coach yg betol2 berkaliber yg mampu mengeluarkan kebolehan2 pemain secara maksimum.

    dan kepada pemain pulak, kalu coach da bg taktikal strategi bagai, tapi kome2 x ikut, xde gune jugak, yg teruk kene kutuk coach, pengkritik2 kate strategi same la, team lawan da tau da, padahal mungkin coach da wat tactikal tp kome yg x nak ikut, kome yg nak men style same.

    last but not least, kalah lawan kelantan tu awok x ase sebab strategi cikgu jan, tapi salah player, sebab ape, xkan nak kene ade taktikal gak kot tuk mark player. asas je kot. ni defend serius, x jage langsung player kelantan, x mark langsung. midfield pun da nek atas, lepas bola malas nak kejar balik, n bia kan bodjongo sorang2 lari bwk bola n harapkan die skor, igt ni era maradona ke ?? bawak dr tengah sampi gol n skor? pui !

    pihak pengurusan perak fa.. tolong amik perhatian !

    bodjongo !

    sekian

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      puiii ganda 23 pada mengkome yang Xpaham bahasa nun!!!!

      Semua orang boleh pakai jersey PERAK tapi tak semua orang yang lucky bermain untuk PERAK..bukan yang hebat,tapi sekadar yang LUCKY sahaja...(kat luar nun,dalam neheri Perakni ramai lagi yang hebat2 belaka)bezanya LUCKY or X..tujer..

      sekian,terima kasih

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.