Liga Super 2012 | Kelantan Vs Perak (Preview)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Sabtu, 7 Julai 2012
Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu
8.45 Malam

Jika Perak tewas di Kelantan, sah Kelantan Juara Liga Super 2012. Adakah Perak merelakan keraian awal Kelantan di Kota Bharu Sabtu nanti? Sanggupkah Perak menyerahkan posisi ke 3 Liga kepada Selangor atau Terengganu? Percaya atau tidak jika Perak tewas baki 3 perlawanan selepas ini, tidak mustahil kita bakal menghuni tangga ke 8 Liga jika pasukan-pasukan seperti PKNS, T-Team, Negeri Sembilan, Terengganu dan Selangor berjaya mengutip mata penuh dalam baki perlawanan yang ada. Tidak kiralah siapa lawan yang akan mereka tentang, yang penting Perak WAJIB kumpul mata penuh dalam setiap baki perlawanan.

Kelantan, seperti yang kita sedia maklum, sebuah pasukan yang sempurna. Cuma naik turun prestasi yang kadangkala mengganggu persembahan mereka. Hanya kalah sekali daripada 23 perlawanan sudah cukup menggambarkan siapa mereka di mata kita. Memang akan ada Yob Yong akan marah dengan apa yang dikatakan tetapi itulah hakikatnya.

Bermain di gelanggang keramat Kelantan terkadang mengundang mimpi ngeri buat Perak bukan setakat pemain malah para penyokong turut merasai kehangatannya. Memang kita sedia maklum ketaksuban para penyokong The Red Warrior (TRW) ini. Ketaksuban ini bakal disaingi The Perakians yang sudah semestinya akan memberi sokongan habis-habisan di Kota Bharu nanti tidak kira apa jua keadaan pasukan.

Bercakap tentang pasukan Perak, menang 4 perlawanan berturut-turut dan tewas kepada pasukan yang boleh dikatakan kerdil cukup memalukan. Apa yang perlu dilakukan selepas ini, tidak boleh tidak Haji Norizan Bakar perlu ‘All Out’ ketika bertandang ke Kota Bharu nanti. Ini misi hidup mati Perak. Ini adalah kedudukan terbaik Liga kita yang perlu dipertahankan.

Haji Norizan Bakar perlu memerah segala pengalamannya untuk membantu para pemain menyusun semula strategi untuk menidakkan pasukan lawan meraikan kejuaraan mereka untuk kesekian kalinya. Jika diawal musim, pertahanan Perak dilihat cukup ampuh dikala barisan serangan tumpul buntu mencari jaringan. Kini, keadaan sudah berubah yang mana barisan pertahanan cukup mudah melepaskan gol dalam setiap perlawanan, terutama sekali dalam perlawanan lalu, para pemain harus dihukum. Mereka perlu menebus segalanya di Kota Bharu nanti.

Amanah terpikul dibahu setiap pemain dan pengurusan Perak. Anda harapan watan menjunjung cita dan impian. Para penyokong setia sentiasa bersama tidak mengira waktu dan ketika.

Kesebelasan Utama Saranan SDN:

Kamarul Effendi (GK)
K Nanthakumar
Mohd Khairi Zainuddin
Hisyamuddin Shaari
Mohd Nasir Basiruddin
Michal Kubala
Sharulnizam Mustapa (KP)
Fazrul Hazli Khadri
Rafiuddin Roddin
Akmal Rizal Rakhli
Bodjongo Dika

Likes(0)Dislikes(0)

14 thoughts on “Liga Super 2012 | Kelantan Vs Perak (Preview)

  1. pie

    Semoga berjaya. Teman pun tak tau nak cakap apa dah coz pemain makin longlai. entahlah di mana tidak kena

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yeop ahmad

    Salam

    Perak fa akan tetap berada di tangga ketiga liga super musim ini. Sebab bodjongo ade kabo kat awok die nak wat hatrik baki 3 gem ni.

    Bodjongo !

    Sekian

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yazid

    eh yeop ahmad mike bercakap direct dengan bodjongo atau mike layan FB dengan bodjongo...kalau mike ada berhubung dengan dia lagi..mike kabo kat dia sumbat banyak sikit gol...sebnyk yg boleh.....mike bagi ler dia try makan dughian...mana tau nanti dia leh lari laju and make more gol.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. yeop ahmad

      salam

      yob yazid.. acher kite nengok dulu die hatrik ke idak mlm sok.. kalu betol hatrik die sok makne nye udah makan le dughian..

      bookie? udah kene tangkap da kot yob robslam.. haha.. kalu perak menang, memang deme men ok la tu.. xde kes la bookie2 nih..

      sekian

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. robslam

    usah le ghiso benor, perak menang game neh nanti, neh bookie yg ckp bukan teman yang predict, Hidop Bola Hidop Bookie!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. keristujuh

    Tidak mustahil jika Perak mampu menang dalam perlawanan menentang kelantan. Jika bersungguh-sungguh untuk mencari kemenangan mutlak "tanpa 'parasit' yang menentukan keputusan perlawanan"...perak boleh mencapai kemenangan. usaha untuk kemenangan akan capai sesuatu yang baik...percayalah...Perak mesti menang dalam perlawanan ini. kns pun boleh tewaskan perak...perak pun mampu tewaskan kelantan yang memang satu pasukan yang kuat dan sempurna buat masa ini dicampur pulak dengan gelombang sokongan TRW nanti...usahalah untuk menang "team perak"

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. Yong Ayu

    Pada pandangan teman le, antara pemain import yg ada skrg ni, gandingan Bojongo dgn Kubala le yg paling mantap sekali. Cumanya deme tu tak berapa serasi lagi. Cuba mengkome tengok cara si Bojongo tu menembak, mengalahkan peluru lajunya. Kawalan bola Kubala pulak memang superb, susah nak direbut oleh pihal lawan. Kalau le gandingan begitu dapat diterjemahkan malam ni, memang sah Perak akan menang dan menangguhkan pesta TRW merayakan kejayaan deme.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. Yong Ayu

    Mengikut rekod, dpd 5 live oleh Astro Arena yang melibatkan Perak, Perak telah mng 3 kali dan kalah sekali. Live oleh rtm pula, Perak telah mng 2 kali, seri sekali dan kalah sekali (di tangan Kelantan). Dari kedua2 live itu, Perak telah mng 5 kali seri sekali dan kalah 3 kali. Bermakna rekod live Perak adalah baik. Jadi malam ni Perak boleh mng punya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. yobscout

    Perak kalah punyalah dengan kelantan malam ni, Perak bukan kuat mana pun. Apa yang pasti Jika Perak Kalah, Selangor juga akan Kalah...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. yeop ahmad

      salam

      aah perak x kuat mane, tp kalu kelantan yg hebat bg kome tu x performe mlm ni, pluang menang tuh stil ade kan.. 3-0 pun ok pe.. realistik.. haha

      sekian

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. belanak

        salam

        30 minit berlalu... dah 4-0!! apa sudah jadi dengan pertahanan Perak???

        apa sudah jadi??? tiada sefahaman antara pertahanan... 4-0 sudah...

        Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.