Jurulatih Penentu Atau Pemain Nadi Pasukan?

Jika dilihat catatan rekod, Perak adalah satu-satunya pasukan yang tidak pernah terjerumus ke Liga Premier/Perdana sejak Liga Super diperkenalkan tahun 2004 yang lalu. Itu merupakan ayat yang membuatkan pasukan-pasukan lain dalam Liga Malaysia terkedu biarpun berkali-kali meraih kejuaraan dan piala.

Menariknya juga, sejak 2009 hingga ke hari ini, Perak gagal membawa pulang sebarang piala samada Piala Sumbangsih, Piala FA, Piala Malaysia atau Piala Liga Super. Kali terakhir Perak menjulang piala adalah ketika di bawah bimbingan Steve Darby ketika Perak berjaya menewaskan Selangor 4-2 untuk membawa pulang Piala Sumbangsih pada tahun 2006. Tahun sebelumnya pun Perak menjuarai piala yang sama menewaskan Perlis melalui sepakan penalti apabila keputusan seri 2-2.

Menyorot kembali pengendali-pengendali atau lebih dikenali sebagai Jurulatih ‘coach’ yang paling berjaya di Perak sejak 2002 iaitulah Tony Netto yang berjaya membawa pulang 4 kejuaraan sepanjang 3 tahun khidmatnya bersama Perak. Selepas itu Steve Darby mengambil alih tugas pada 2005 hingga 2008 dengan 2 kejuaraan Sumbangsih berjaya dibawa pulang selama tempoh itu. Selepas 2008, Perak dilihat mengalami kejatuhan melihatkan ramai pemain bertaraf bintang berhijrah meninggalkan pasukan. Musim 2009 menyaksikan Perak dibarisi pemain-pemain muda yang kurang pengalaman dengan Dato’ M Karathu dilantik semula menjadi jurulatih dengan harapan dapat menuip semangat juang kepada anak-anak muda Perak.

Hasil kegigihan yang dibantu oleh Y.M Raja Azlan Shah Raja Sho’ib, Dato M Karathu berjaya menamatkan Liga Super ditangga ke 10 dengan 9 menang, 5 seri dan 12 kali kekalahan. Kemenangan dengan jaringan yang paling banyak adalah 2-0. Manakala kekalahan paling memalukan ketika itu adalah tewas kepada Kelantan di Kota Bahru dengan 4-0. Jika dilihat kepada senarai pemain-pemain yang masih muda belia rasanya rekod sebegini dilihat boleh diterima akal.

Musim berikutnya, Y.M Raja Azlan Shah Raja Sho’ib diberi tanggungjawab menggantikan Dato’ M Karathu. Tugas berat menanti beliau untuk meneruskan misi membawa Perak mengharungi Liga Malaysia 2010 dengan barisan anak-anak muda yang lebih kurang sama dengan musim sebelumnya. Hasilnya, biarpun menamatkan musim Liga Super 2010 ditangga ke 11 keseluruhan, Perak memberi tentangan sengit dalam setiap perlawanan menyaksikan Perak merekodkan, 8 kali menang, 6 seri dan 12 kali kekalahan. 25 gol tercipta dan 30 gol bolos. Manakala kekalahan yang paling tragis direkodkan adalah tewas di Shah Alam 4-1 pada 16 April 2010.

Agak malang bagi Perak ketika pergolakan politik melanda diantara 2009-2010, sedikit sebanyak memberi kesan ke atas perkembangan bolasepak Perak ketika itu. Amat mengecawakan apabila sukan bolasepak cuba dijerumuskan ke lembah itu yang sepatutnya menjadi platform penyatuan sekalian rakyat tidak kira siapa dan tidak kira latar belakang politik.

Ketika Liga Super 2011 membuka tirai, Perak seolah-olah mendapat nafas baru. Biarpun Haji Norizan Bakar menghadiahkan tempat ke 6 kepada Perak tetapi Perak masih ketandusan piala kerana Perak dibarisi pemain-pemain berpengalaman dan sekurang-kurangnya menyumbang satu kejuaraan. Biarpun tempat ke 6 dilihat satu peningkatan, tetapi bagi para penyokong ianya belum cukup.Untuk musim berkenaan, kekalahan paling tragis Perak adalah ketika menentang Negeri Sembilan tewas cuma 3-1 di Paroi. Manakala kemenangan paling diingati adalah menang besar 4-0 ke atas Kelantan di Ipoh.

Untuk tahun 2012, Perak berazam memberi saingan untuk merebut kejuaraan Liga Super. Ini ditambah dengan kehadiran pemain-pemain import sebagai nilai tambah untuk meningkatkan mutu permainan. Hasilnya, Perak muncul pasukan ke 4 terbaik di Malaysia untuk musim ini. Kejuaraan yang kini dalam buruan bukan lagi tugas Haji Norizan Bakar, tetapi sudah diberikan tanggungjawab itu kepada pengendali baharu Perak Jang Jung dari Korea Selatan bakal menggalas cabaran Piala Malaysia 2012 nanti. Jika kembali rentetan tindakan PAFA ini ada hubung kaitnya dengan kekalahan demi kekalahan dalam 3 perlawanan terakhir Perak dalam Liga Super lalu. Paling memalukan adalah tewas kepada Kelantan 6-0 sebelum tewas lagi kepada Kedah 2-1 dan kemenangan dengan jaringan besar 5-2 kepada Kuala Lumpur gagal memulihkan keadaan yang dilihat semakin tenat untuk menghadapi Piala Malaysia nanti.

Cuba bayangkan, jika pada tahun 2009 dan 2010 lalu, Perak dibarisi pemain-pemain yang berpengalaman seperti musim 2011 dan 2012? Dengan jurulatih yang sedia ada ketika itu. Apakah keputusan yang bakal diraih?

Memang tidak wajar untuk diperbincangkan perkara yang telah menjadi sejarah. Tetapi perlu diingat hari ini akan menjadi sejarah di masa akan datang.

Mampukah Jurulatih Import seterusnya membawa Piala Malaysia pulang ke Perak setelah sekian lama? Adakah sejarah bakal tercipta? Dapatkah rekod pengendali import seperti Tony Netto dileburkan?

Siapa nadi, siapa penentu hala tuju ; Jurulatih Atau Pemain?

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Umum and tagged , , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

13 thoughts on “Jurulatih Penentu Atau Pemain Nadi Pasukan?

  1. helmirizal

    kejayaan sesebuah pasukan bukan hanya terletak pada satu pihak sahaja

    semua pihak dalam pasukan perlu dipertanggungjawabkan untuk memastikan kejayaan sesebuah pasukan

    jurulatih yang baik dengan percaturan yang bagus namun jika tiada pemain yang berkualiti, tidak ke mana pasukan tersebut begitu juga sebaliknya

    pihak pengurusan, jurulatih dan juga pemain memainkan peranan yang cukup besar untuk mencipta kejayaan untuk pasukan

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi Post author

    Salam Ramadhan.

    Teman mengutarakan topik di atas untuk kita bincangkan secara terbuka dan cuba untuk mengembangkan idea demi Perak khasnya.

    Sebagai penyokong semestinya kita mempunyai pendapat masing-masing. Sebuah pasukan bolasepak ulung tidak kira besar mana pun pasukan itu, mesti ada penggerak dan nadi yang menghidupkannya. Salah satu alat yang utama adalah pemain yang digembeling jurulatih berwibawa. Persatuan pula sebagai penjana utama yang mahu atau tidak WAJIB berkerja.

    Kita tengok rekod Perak sejak kebelakangan ini, tiada langsung kejuaraan dijulang selain barisan muda yang menjulang Piala Belia dan Presiden. Pasukan senior selepas 2008 tiada lagi kejuaraan dijulang.

    PAFA sekarang dilihat menuju ke arah itu dan cuba menggunakan khidmat pengendali import pula yang kali terakhir digunakan adalah di era kegemilangan Steve Darby yang meninggalkan Perak dengan kontroversi.

    Mahu kah kita melihat kontroversi seperti dulu berlaku? Perlu diingat, penyokong Perak boleh bertindak agresif dan menjadi punca kontroversi. Jadi, PAFA perlu pandai mengatur langkah agar tidak menjerat diri sendiri.

    Teman yakin, Jang Jung mampu mencipta sesuatu tetapi perlu lebih menyakinkan daripada pengendali tempatan sebelum ini. Jika ianya sama atau lebih kurang yang sebelumnya, Insya Allah, para penyokong akan menjadi agresif dan lantang mengkritik selepas ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Yong Ayu

    Teman berpendapat yang penting dan utama dalam pengendalian sesebuah pasukan bola itu, mestilah wujudnya hubungan baik antara Jurulatih - pemain - pihak pengurusan. Selain daripada itu, kebajikan para pemain hendaklah dijaga. Jangan sampai gaji mereka tidak dibayar sampai 3 bulan atau lebih. Jika keadaan gaji tidak dibayar, para pemain akan bermain tidak bersungguh dan bola dihantar kepada pihak lawan dan bukannya kepada lawan. Satu perkara lagi si Jurulatih jangan terlalu memarahi pemian ketika dalam latihan yang boleh menjatuhkan aib mereka. Mereka juga ada maruah diri.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Yong Ayu

    Maksud teman ketika gaji tidak berbayar, para pemain akan menghantar bola kepada lawan dan bukannya kepada kawan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. chuck

    Assalamualaikum..

    Pengurusan,barisan kejurulatihan,pemain dan fans adalah sama pentingnya.

    Kejayaan sesebuah pasukan disini bergantung kepada "KESERASIAN"komponen2 penting tersebut "BERKERJASAMA"dalam sesuatu game yang diikuti.

    Namun,harus diingat,"KEJAYAAN"tersebut bukanlah merujuk kepada "KESEMPURNAAN"yang kita impi dan inginkan.

    Ini kerana,"KEJAYAAN"yang dimaksudkan itu adalah terlalu general/umum untuk diperkatakan.

    KEJAYAAN pihak pengurusan mengaturkan game home/away pasukan?
    KEJAYAAN barisan kejurulatihan mengadakan sesi training?
    KEJAYAAN barisan pemain untuk bermain?
    KEJAYAAN barisan penyokong untuk hadir ke stadium memberikan sokongan?

    Kombinasi dari komponen diatas akan membuatkan sesuatu game itu"BERJAYA".Namun berjaya yang bagaimana pula kita maksudkan??

    "BERJAYA"yang kita inginkan adalah trophy/GELARAN...
    Untuk memungkinkan kita mendakap/menjulang GELARAN tersebut,kombinasi komponen2 diatas tadi adalah tidak cukup!!Itu sekadar perkara wajib/BASIC yang harus diikut dan dilakukan.

    Jika kita mahukan lebih,kita perlu dapatkan Pengurusan,Jurulatih,Pemain dan Peminat yang berada dalam mod dan kelas Trophy/Gelaran itu tadi.Komponen2 tersebut hendaklah seimbang...

    Persoalanya,

    Adakah PENGURUSAN kita TOP CLASS??
    Adakah barisan Kejurulatihan yang ada juga begitu??
    Pemain2 pula??
    Fans/Penyokongnya??
    ---------------------------------------------------------------------
    Tak paham lagi??

    Example:-
    Kita tengok Pasukan yang BERJAYA kini,kita surf satu persatu ok.

    KELANTAN
    Pengurusan:Kenal Tan Sri Musa??Kenalnya kita kepada dia disebabkan apa??adakah kerana kontroversi yang ditimbulkanya or kerana minatnya yang dalam pada sukan bola sepak??Kita kata mandjou sakit dan sebagainya,KELANTAN pakai ayat pengasihke bawak dia masuk KELANTAN tue???

    Jurulatih:rasanya semua kenal Bojan Hodak.
    Dari inisiatif yang dia dan sherby buat dulu,kita memang dah tau yang mat sallehni memang ada kesungguhan untuk mencungkil bakat2 baru anak muda di MALAYSIA.(Jangan citer bab paymentla,yang berjanggut panjangpun nak kan GAJI jugak)

    Player:Dah tentu2 player deme lagi berkualiti.Anak jati Perak sendiri score hatrik untuk KELANTAN.Bape ekor anak jati PERAK yang main dekat sana??Disebabkan apa??Teman tak tahu pulak orang memang suka duk berjauhan dengan keluarga kalo ada peluang untuk begitu...

    Fans:Komepun tahu...

    sekian...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. active11

      Ironinya komen Chuck tetapi ada banyak kebenarannya!
      Cuma pendapat saya, Jurulatih yang kreatif & berani akan sentiasa berjaya.

      Jurulatih punya lebih kuasa mencorakkan perlawanan (malalui pemain yang dilatih serta diturunkan ketika perlawanan). Selebihnya, para pemain wajar memenuhi tanggungjawab mereka.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi Post author

        Yob..ada teman dengor dalam team perak ni, ada 2-3 pemain yang asyik jual game. Tapi tak dak bukti. Kadang-kadang pening dok mikir hal ni. Sekarang ni fikir positif je la. Pemain2 Perak 'baik-baik' belaka.

        Likes(0)Dislikes(0)
    2. yeop ahmad

      salam..

      "walaupun saya tahu beliau (Datuk Seri Isa Sabu) tidak minat bola sepak, tapi beliau mempunyai dana untuk membantu membangunkan semula pasukan bola sepak Perlis" kata Datuk Seri Shahidan Kasim berkenaan keinginan beliau untuk melepaskan jawatan sebagai presiden Perlis FA..

      x paham??

      Jadi.. untung lah Kelantan sebab dapat presiden persatuan yang mempunyai dana dan jugak yang memang minat gile kat bola sepak..

      bodjongo !

      sekian

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. Yong Ayu

    Teman tetap ngatakan yg Jurulatih - pemain - pengurusan memainkan peranan yang penting terhadap sesuatu kejayaan pasukan bola itu. Jika semua itu sempurna, maka sesebuah pasukan itu akan selalu menang dalam setiap perlawanan yg ditempuh. Sekurang2nya seri dan jarang sekali kalah. Bagi fan pula, mereka akan secara automatiknya memberi sokongan dgn cara datang ke stadium jika semua ketiga2 komponen itu terjalin erat dan sempurna sepanjang masa tanpa ada sebarang perbalahan. Peranan Jurulatih ialah memberi latihan yang jitu, profesional, terkini, ada teknik, bijak memilih pemain, mahu mendengar komen para pencintga bolasepak Perak, cekap mengesan kesilapan pemain dan menukarnya dengan pemain lain dan berbagai lagi faktor2 penting tentang kejurulatihan.

    Di pihak pengurusan pula, bijak dan cekap mendapatkan pemain yang berkualiti, baik tempatan mahupun import. Pandai pula mencari penaja yang boleh menjana kewangan pasukan. Manjaga kebajikan para pemain terutamanya tidak lewat membayar gaji mereka. Cekap dan pandai mencari Jurulatih yang berwibaya dan tidak secara tangkap muat sahaja. Sentiasa membuat post mortem apabila mendapati pasukan itu kurang menyerlah. Cekap pula mengesan kepincangan pasukan supaya sentiasa menyerlah.

    Untuk para pemain pula, teman berpendapat jika semua dua faktor di atas dapat dilaksanakan dengan sempurnya, maka mereka akan seronok bermain untuk pasukan Perak. Malah mereka akan memberikan komitmen 100% dan mungkin lebih dari itu. Para pemain hendakah tidak ponteng daripada menghadiri latihan dan jika boleh mereka perlu mengadakan latihan tambahan untuk menjadikan dirinya sebagai seorang pemain yang berkualiti. Mereka juga perlu melihat ke dalam diri mereka sendiri dan bertanya adakah dia memiliki kualiti yang diperlukan oleh Jurulatih yang membolehkan mereka diturunkan bermain setiap kali Perak turun ke padang. Jika mereka tidak diturunkan, maka mereka hendaklah menilai diri sendiri dan bertanya: Adakah aku ini seorang pemain yang bagus. Adakah aku selalu membuat kesilapan yang sampai mengakibatkan Perak kalah.

    Demikian dahulu pendapat teman yang daif ini, yang tidak berapa tahu pasal bolasepak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. penjejak_syurga

    Salam... Pandangan yg dinyatakan ada benarnya. Apa yg sy cuba katakan ialah adakah kita ni benar2 penyokong yg setia @ tidak. Tp apa yg kita sering lihat, bila berjaya pujian melambung. Tp bila tidak, kita sering menyalahkan seseorang. Bg sy, utk mencapai suatu kejayaan tu bukannya terletak pd satu org sj. Byk pihak kena bertanggungjawab dan beri sokongan. Kalau boleh, sama ada pengurusan @ player jgn letak wang ringgit sbg keutamaan. Apa yg paling penting mcm mana kita menyintai permainan bolasepak. Kita tgk zaman mokhtar dahari dulu tu. Zaman tu kalau kita tgk, player bermain bolasepak sbb mereka cintakan bolasepak. Kalau kita ada azam mcm tu, ganjaran @ wang ringgit akan cari kita. Mungkin zaman skrg ni main bolasepak adalah utk kerjaya. So, jadikannya sbg sumber rezeki kita. Bg pihak pengurusan lak, anda harus bertanggungjawab utk meningkatkan mutu bolasepak kita dr segi kewangan, kebajikan player & idea2 baru mengikut peredaran zaman. Spt yg sy pernah kata sblm ni, dgn duit tiket yg disumbangkan, penyokong nak tgk kualiti game, bukannya aksi player bintang yg konon2nya BINTANG! HIDUP PERAK...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. yeop ahmad

      salam..

      era mokhtar dahari, deme bermain bolasepak sebab cintakan bolasepak.. emmm.. interesting......

      tapi kite kene pahamkan gak keadaan dia.. ketika zaman mokhtar dahari.. bola sepak malaysia hanyalah bersifat semi-pro.. makna nya player2 mcm mokhtar dahari ni bukan hanya mendapat gaji dari main bola tu.. tapi dia ade keje tetap lain iaitu mcm mokhtar, dia bekerja di PKNS.. so senang ckp, memang deme ni main bola sepak sebab minat deme la..

      tapi adakah player skang x cintakan bola sepak??

      ase teman, most of the player.. ece.. speaking.... memang men bola dari deme kecik2 lg ase nye.. stat kat kampung2, taman2 perumahan.. dan kebanyakan yang serius deme akan mewakili sekolah dan sebagai nya.. dan dari sinilah bakat deme diintai oleh pasukan2 profesioanal.. jd makanya, bola sepak ni boleh dikatakan hobi deme2 ni la.. n bila sebut tentang hobi.. gila ape wat benda yang kita x minta n cinta sebagai hobi??

      jadi mcm awok kate kan.. kene pahamkan keadaan.. bolasepak malaysia skang ni adalah profesional.. kata lain.. ni lah kerjaya deme... punca pendapatan deme wahai mengkome2 sekalian..

      jadi, disamping hobi mereka bermain bola, mestilah deme nak kan gaji yang lumayan.. sebab dengan main bola ni je deme akan dapat duit.. n jangan la gak kome bising2 kan kalu gaji anak jati perak yang wat hatrik ketika kalahkan perak 6-0 aritu mencapai 25k sebulan.. logik la tuh.. sedangkan messi pun gaji die 4juta seminggu.. ronaldo pun 4 juta seminggu.. ape nak kesa ngn anak jati perak tu dapat gaji cmtu ngn kualiti sebagai antara pemain terbaik dimalaysia skang ni....

      n kene pahamkan jugak.. main bola ni bukan leh smpai umo 40 50.. alexander duric yg main singapore tuh je yg buleh.. umo 40 stil dapat skor ngn malaysia.. Pui !... kebanyakan just men bola sekitar 10 ke 12 tahun je.. memang kene la deme nak dapatkan duit sebanyak mungkin dan lumaya..

      kesimpulan nya... cintakan bola sepak gila mane pun kalu da gaji 3 bulan x dapat.. gila ape?? mcm geng mokhtar dahari memang la deme x kesa.. da ade gaji tetap len...

      so skang memang era duit.. anda ade duit.. anda dapat player yang terbaik.. anda xda duit pun xpe.. boleh je dapat player yang terbaik.. tetapi tugas anda berat la kerana anda yang perlu keluarkan yang terbaik dari player tuh

      ade paham?

      bodjongo !

      sekian

      Likes(0)Dislikes(0)
  8. penjejak_syurga

    Salam.. Sy paham maksud yeop tu. Sy juga setuju mmg keadaan skrg ni kerjaya & duit berjalan seiring. Tp itulah yg dinamakan risiko. Kalau keje tetap pun ada risiko. Tp yeop kena ingat, gaji & ganjaran pemain dh semestinya dtg dr hasil jualan tiket & penaja pasukan. Kalau game pasukan bagus, peminat xkan lari & penaja akan setia. Mmg player luar negara gaji mereka lumayan, tp adakah player2 ni start dr gaji yg lumayan? Player2 pun kena ingat, gaji lumayan yg dibagi adakah setimpal dgn prestasi semasa mereka. Sy juga x nafikan, pihak pengurusan pun kadang2 lalai menjaga kebajikan player2 ni sehingga mengganggu prestasi mereka. Tp, mereka kena ingat dlm era profesional, sikap tanggungjawab kena diutamakan. Inilah yg dinamakan risiko. Sy bukannya nak bandingkan taraf bolasepak kita dgn luar negara. Cuba tgk peminat2nya walaupun team mereka kalah @ kurang baik kedudukannya, stadium tetap penuh. Kenapa? Apa yg peminat harapkan cuma 1 je, kalau game bagus tp xde rezeki @ nasib utk menang... Rasanya peminat xkan byk soal. Bg sy, pihak pengurusan kena belajar & mantapkan strategi dlm membentuk pasukan. Cuba jadikan permainan bolasepak sebagai bisnes dlm perniagaan dan jauhkan agenda politik. Maaf kalau kata2 sy ni kurang enak. Ini cuma pendapat sy sj. HIDUP PERAK!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. chuck

    Pendek kata,apabila kita berkehendakkan sesuatu tu,jangan sekadar hebat bercakap itu ini-begitu begini jer,kena make a move...kenala berusaha bersama2 kearah itu..

    Aku nak jd CHAMPION,aku nak JUARA itu dan ini..Tapi langkah2 persediaan/persiapan kearah itu benar2 telah dibuatkah??Benar2 sudah mencukupi??Benar2 sudah TERUJIkah?? MANTOP??

    Jika sudah,now we 'r ready 4 d'GLORY....

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.