Monthly Archives: July 2012

Piala Malaysia 2012 | Edisi 2012 dan 2007/08 Suratan atau Kebetulan?

piala-malaysia-2012.jpeg

Masihkah kita ingat saingan Piala Malaysia 5 tahun lalu? Perak berjaya mara ke perlawanan akhir tetapi langkah kiri, tewas 3-0 kepada Kedah. Cerita yang sama pada tahun 2001 apabila Perak dinafikan Terengganu 2-1 untuk mendakap piala keramat untuk kesekian kalinya apabila berjaya meraih kejuaraan itu pada tahun sebelumnya dengan menewaskan Negeri Sembilan dengan 2-0.

Untuk edisi 2001, meniti dibibir peminat-peminat Perak nama-nama seperti, Rafdi Rashid, Khalid Jamlus, Indra Putra Mahyuddin, Ahmad Shahrul Azhar yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Ketika nama-nama ini boleh dikatakan tercatat sebagai sebagai penjaring dalam setiap perlawanan diperingkat kumpulan ketika itu, tiba-tiba muncul Norizam Ali Hasan meledakkan hatrik dalam suku akhir kedua di Ipoh menewaskan N.Sembilan 3-1. Biarpun Perak layak ke peringkat akhir, tetapi nasib tidak menyebelahi kita apabila tewas 2-1 di tangan Terengganu.

Itu kenangan lampau lebih kurang 11 tahun lalu di zaman kegemilangan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Jurulatih Penentu Atau Pemain Nadi Pasukan?

Jika dilihat catatan rekod, Perak adalah satu-satunya pasukan yang tidak pernah terjerumus ke Liga Premier/Perdana sejak Liga Super diperkenalkan tahun 2004 yang lalu. Itu merupakan ayat yang membuatkan pasukan-pasukan lain dalam Liga Malaysia terkedu biarpun berkali-kali meraih kejuaraan dan piala.

Menariknya juga, sejak 2009 hingga ke hari ini, Perak gagal membawa pulang sebarang piala samada Piala Sumbangsih, Piala FA, Piala Malaysia atau Piala Liga Super. Kali terakhir Perak menjulang piala adalah ketika di bawah bimbingan Steve Darby ketika Perak berjaya menewaskan Selangor 4-2 untuk membawa pulang Piala Sumbangsih pada tahun 2006. Tahun sebelumnya pun Perak menjuarai piala yang sama menewaskan Perlis melalui sepakan penalti apabila keputusan seri 2-2.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Rangkuman| Pencapaian Perak Liga Super 2012

perakfa.jpg

Perak menutup musim 2012 di Ipoh dengan membenam Kuala Lumpur 5-2. Ternyata, Perak mempamerkan kebangkitan dari musim ke musim jika dibandingkan rekod musim 2010, 2011 dan 2012.

Musim 2010, Perak menghuni tangga ke 11 Liga dengan 8 kemenangan, 6 kali seri dan 12 kekalahan. Jaringan yang berjaya direkodkan hanya 25 gol dan bolos 30 gol. Ianya dikatakan antara rekod terburuk Perak dalam saingan Liga Super Malaysia. Perak dilihat cuba bangkit musim berikut dengan mencipta 10 kemenangan daripada 26 perlawanan, 10 seri dalam selebihnya tewas. Untuk musim 2011 ini, Pertahanan Perak dilihat sedikit ampuh berbanding sebelumnya yang hanya melepaskan 24 gol dan merekodkan 31 jaringan untuk berada di tangga ke 6 Liga secara keseluruhannya.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)