Piala Presiden 2012 | Perak Vs N S Betaria (result)

piala-presiden.jpg

Khamis, 21 Jun 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 1 – 0 N S Betaria

Skuad Piala Presiden Perak turun dengan kesebelasan utama terkuatnya dalam misi memburu kejuaraan musim ini. Ternyata, anak-anak didik Abu Bakar Fazim tidak diberi jalan mudah untuk menjulang kejuaraan. N S Betaria begitu agresif dalam setiap pergerakan yang diatur. Hasilnya, corak permainan keras jelas ketara sedikit sebanyak menjejaskan mutu permainan kedua-dua pasukan.

Nurridduan Abu Hasan yang pernah diserapkan ke skuad senior merupakan Ketua Pasukan untuk skuad Seladang Muda ini dijulang sebagai wira apabila beliau telah menjaringkan satu-satunya gol pada perlawanan malam tadi. Gol itu terhasil dilewat separuh masa pertama permainan.

Agak malang buat N S Betaria apabila terpaksa akur dengan keputusan pengadil yang melayangkan kad merah kepada salah seorang pemain mereka di minit-minit akhir perlawanan.

Dengan semangat juang yang tinggi serta kerjasama yang utuh, Perak berjaya menjulang Piala Presiden untuk edisi 2012. Lebih bermakna lagi, perlawanan akhir kali ini disaksikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlah Shah yang mencemar duli hadir sekali gus membakar semangat anak-anak muda Perak berjuang habis-habisan memburu kejuaraan.

Dengan kejuaraan ini bermakna Perak kembali menjadi pasukan belia terunggul di Malaysia. Ini kerana sebelum ini, Skuad Piala Belia telah berjaya merangkul kejuaraan berkenaan untuk edisi 2012.

Cuma timbul persoalan antara harapan dan angan-angan. Adakah Skuad Senior Perak mampu sekurang-kurangnya untuk membawa pulang satu piala ke bumi bertuah Perak Darul Ridzuan?

Likes(1)Dislikes(0)

3 thoughts on “Piala Presiden 2012 | Perak Vs N S Betaria (result)

  1. helmirizal

    tahniah skuad presiden perak berjaya menewaskan ns betaria dan seterusnya menjadi juara piala presiden 2012, kejayaan yang lebih manis kerana menjadi juara di laman keramat sendiri

    mereka-mereka ini lah yang bakal mewarnai bola sepak perak & malaysia pada masa akan datang, diharapkan para pemain ini tidak dibiarkan begitu sahaja selepas ini...ada beberapa pemain yang boleh diserapkan dalam pasukan senior perak

    tahniah sekali lagi diucapkan

    ipoh mali talak sombong

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yazid

    terbaik dan thumbs up untuk skuad piala presiden perak.
    Inilah bukti semangat anak muda yang inginkan kejayaan.
    PAFA pastikan mereka semua mendapat pendedahan yang baik untuk memastikan mereka kekal sebagai sebuah pasukan dan menjadikan mereka skuad pelapis dr skuad senior.Beri peluang kepada mereka semua....yakin mereka mampu membawa lebih banyak kejayaan...mereka2 ini harus di ketengahkan....BAKAT mereka telah terbukti,kenapa tidak kita keluarkan sedikit belanja/kos untuk pastikan mereka semua ini kekal milik PERAK.....TAHNIAH kepada semua pemain piala presiden perak serta pihak pengurusan,special contribute and millions thanks for coach Abu Bakar Fazim..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. saidin

    salam....

    Skuad Belia dan Skuad Presiden sudah mendakapi piala
    tapi skuad liga super mungkin penghujung zaman baru mampu dakap piala.

    tapi apa apapun kepada pengurusan PAFA lihat dan kaji pemain pemain berbakat dari suad piala belia hingga skuad piala presiden yang boleh diserapkan kedalam skuad utama,jangan tunggu sampai mereka mereka yang berbakat besar terlepas ketangan pasukan lain,jangan jadi pengurusan yang buta dan bengap.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.