Piala Presiden 2012 | Perak Vs N S Betaria (Final)

piala-presiden.jpg

Khamis, 21 Jun 2012
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam

Dikala tumpuan kita berikan kepada saingan skuad senior Perak dalam Liga Super, siapa sangka skuad simpanan atau lebih dikenali skuad Piala Presiden Perak berjaya melangkah ke saingan akhir untuk menentukan siapa lebih layak mendakap trofi terulung itu untuk musim ini.

Kita singkap kembali perjalanan pasukan anak-anak muda Perak yang dibimbing Abu Bakar Fazim ini dalam saingan Piala Presiden 2012. Perak telah diundi dalam Kumpulan B yang mana finalist N S Betaria turut bersama dalam kumpulan tersebut. Mereka telah mengharungi 26 perlawanan yang mana 17 daripadanya Menang, 7 kali Seri dan hanya 2 kali tewas. Hasilnya, mereka memperoleh 58 mata dan menduduki tempat kedua dalam Kumpulan B.

Anak-anak buah Abu Bakar Fazim di awal musim lagi telah memberi amaran awal tentang keupayaan sebenar mereka dengan membenam setiap lawan yang mereka tentang. Namun, kealpaan dipenghujung musim menyebabkan mereka tewas dalam dua perlawanan.

Nama-nama seperti Khairul Asyraf Shaizah, Norhakim Mohd Isa dan Mohd Rafeeq Faeez Mohd Fuad mungkin agak janggal bagi kita kecuali Nurridzuan Abu Hassan yang pernah dipanggil menyarung jersi skuad senior. Nama-nama yang disebutkan tadi dijangka bakal menggalas misi skuad senior suatu hari nanti. Mereka adalah penyumbang gol untuk saingan Piala Presiden kali ini. Khairul Asyraf Shaizah adalah penjaring terbanyak Perak dengan 11 gol kesemuanya. Manakala yang paling membanggakan adalah Mohd Rafeeq Faeez Mohd Fuad yang merupakan pemain pertahanan yang berjaya menjaringkan 6 gol dalam saingan tahun ini.

N S Betaria bukanlah lawan yang sukar kerana mereka pernah tewas diperingkat kumpulan sebelum ini dengan jaringan 4-0 di tangan Perak. Namun segalanya mungkin berubah apabila mereka melangkah ke Final untuk pertama kalinya. Biarpun kelebihan dilihat berpihak kepada Perak apabila FAM mengumumkan Stadium Ipoh dijadikan venue untuk perlawanan akhir, tetapi Perak harus berwaspada dengan kebangkitan pihak lawan ini. Ini kerana mereka mampu melepasi semua halangan sebelum ke saingan akhir sudah semestinya peluang kini menjadi sama rata untuk memperoleh kemenangan.

Namun begitu, Perak tidak akan membiarkan pihak lawan sewenang-wenangnya mendominasi permainan nanti. Stadium keramat Ipoh bakal menjadi saksi kebangkitan anak-anak muda Perak dipersada bolasepak tempatan. Seluruh Rakyat Perak diseru memenuhi setiap penjuru Stadium Perak untuk memberi sokongan kepada anak-anak Muda dalam memburu gelaran Juara Piala Presiden 2012.

Senarai Penuh Pemain Perak:

Penjaga Gol:

Muhd Hafizul Hakim Khairul Nizam
Mohd Zulfikri Baharim
Muhammad Syazani Mat Puat

Pertahanan:

Muhammad Syamil Khairi
Mohd Rafiq Faeez Mohd Fuad
Amirul Azhan Aznan
Kalairasu Shanmugam
Muhammad Shahril Fakarudin
Hairul Ridzuan Saaba
Youwarasan Maniam
Wan Muhammad Fawwaz Wan Mustafah

Tengah:

Mohd Haizal Faquan Sadarudin
Kamarul Hesam Mohd Kadri
Kenny Pallraj
Muhammad Ridzuan Azly Hussam
Hamizul Izaidi Zulkifli
Khairil Hilmi Ahmad Nasri
Divinesh Kumar
Muhammad Nurridzuan Abu Hassan(KP)
Muhammad Azalizan Noor Azman
Norhakim Mohd Isa
Yoganathan Munusamy

Barisan Penyerang:

Muhammad Syariff Osman
Bah Rico Bah Uda Aman
Khairul Asyraf Shaizah
Mohd Rahizi Mohd Rasib

Likes(1)Dislikes(0)

4 thoughts on “Piala Presiden 2012 | Perak Vs N S Betaria (Final)

  1. helmirizal

    tahniah skuad presiden ke final...ini bermakna perak mempunyai pemain pelapis yang baik...moga satu hari nanti nama mereka akan tersenarai dalam skuad utama perak

    kelebihan nampak pada perak untuk menjulang piala kali ini disebabkan bermain di laman sendiri, namun skuad ns betaria tidak boleh diambil mudah, perak harus bermain sebaik mungkin untuk menang pada game tersebut

    gud luck perak...ipoh mali talak sombong

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    Syabas!!!

    Well done!!!

    Syukur Alhamdulillah semoga ada mata yang melihat bahawasanya tahun ini adalah merupakan tahun kebangkitan Bola sepak Perak!!!

    Rentitan dari kejayaan skuad belia kita yang berjaya menjadi Champion pada tahun ini.Diharapkan skuad presiden juga mampu mengikut jejak langkah skuad belia kita.

    Walaupun diperingkat akar umbi MSSM dan piala Frenz wakil kita dari Anderson agak kurang menyerlah.Kita terus mendominasi acara hoki untuk skuad lelaki & Wanita selain penguasaan yang ditunjukkan oleh SBP diperak dalam acara sukan yang sama.

    TAHNIAH kepada semua yang terlibat!!!

    Sekian.TQ

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. helmirizal

    tiket untuk perlawanan akhir berharga RM5 boleh didapati seawal pukul 10 pagi di stadium perak

    moh ramai-ramai kita beri sokongan pada skuad presiden perak

    ipoh mali talak sombong

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. belanak

    Salam...

    Sekalung tahniah buat skuad presiden.. semoga kalian berjaya di saingan akhir seterusnya mendakap piala presiden sebagai pengubat rindu bagi skuad bolasepak Perak...

    Teruskan usaha tanpa jemu dan pastikan kerjasama antara pasukan menjadi satu keutamaan...

    Apa yang penting... KERJASAMA...
    Apa yang penting... KERJASAMA...
    Apa yang penting... KERJASAMA...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.