Liga Super 2012 | Sarawak Vs Perak (result)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Sabtu, 23 Jun 2012
Stadium Negeri, Kuching
8:15 Malam

Sarawak 1 – 2 Perak

Perak langkah kanan di Kuching apabila berjaya menewaskan Sarawak di hadapan penyokong sendiri. Sang Seladang tidak menunggu lama untuk berada di depan apabila Permata Hitam Perak berjaya meledakkan gol pertama di minit ke 10.

Jelas selepas itu Perak bersemangat memburu jaringan, dan hasilnya dihadiahkan sepakan penalti di minit ke 21 dan disudahkan dengan sempurna oleh Michal Kubala untuk Perak selesa dengan 2-0.

Namun begitu, dihujung babak pertama Sarawak berjaya merapat kedudukan 2-1.

Babak kedua Perak diasak hebat dan memaksa pertahanan Perak berkerja keras mengekang serangan Sang Kenyalang.

Tamat perlawanan dan Perak berjaya mengekalkan rentak kemenangan biarpun jauh di seberang. Perak harus konsisten untuk memburu sekurang-kurangnya berada di Top 3 dalam Liga Super 2012.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2012 and tagged , , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

One thought on “Liga Super 2012 | Sarawak Vs Perak (result)

  1. helmirizal

    tahniah perak kemenangan ketiga berturut-turut dalam liga

    teruskan rentak kemenangan. utk kukuhkan kedudukan dalam liga

    ipoh mali talak sombong

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.