Liga Super 2012 | Sarawak Vs Perak (Preview)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Sabtu, 23 Jun 2012
Stadium Negeri, Kuching
8.15 Malam

Dikala ‘Si Adik’ cemerlang dan bergembira mendakap Piala Presiden untuk musim 2012, ‘Si Abang’ pula masih tercari-cari ramuan ideal untuk kekal konsisten dalam setiap perlawanan.

Menyingkap kembali dua perlawanan lalu di Ipoh, Perak berjaya mencipta kemenangan ke atas kedua-dua lawan berkenaan. Mampukah mereka mengekal rekod kemenangan di Kuching nanti? Analisis di bawah akan meramalkan sajauh mana kekuatan dan kemampuan pihak lawan menidakkan keupayaan Perak.

Sarawak bukanlah pasukan yang terlalu sukar untuk ditewaskan. Berdasarkan rekod mereka sebelum ini, hanya menang 3 daripada 9 perlawanan di tempat sendiri. Manakala untuk 5 perlawanan terakhir, mereka hanya menang sekali iaitu 1-0 dengan jiran mereka iaitu Sabah.

Berikut adalah rekod 5 perlawanan terakhir Liga Super 2012 kedua-dua pasukan:

Sarawak :

12 Mei 2012| Sarawak V Sabah (1-0) (M)
15 Mei 2012| Terengganu V Sarawak (2-2) (S)
22 Mei 2012| Lions XII V Sarawak (3-0) (K)
16 Jun 2012| Sarawak V Selangor (0-1) (K)
19 Jun 2012| Negeri Sembilan V Sarawak (3-1) (K)

Perak:

12 Mei 2012| Terengganu V Perak (2-2) (S)
15 Mei 2012| Perak V Selangor (2-0) (M)
22 Mei 2012| Negeri Sembilan Perak (3-1) (K)
16 Jun 2012| Perak V Johor FC (2-1) (M)
19 Jun 2012|Perak V Felda United (2-1) (M)

Berpandukan rekod di atas, bukanlah mustahil untuk Perak menewaskan Sarawak dalam perlawanan nanti. Cuma Perak perlu fokus untuk mencipta kemenangan di laman lawan. Rekod Perak ditempat lawan agak membimbangkan apabila hanya menang 3 seri 2 perlawanan selebih tewas. Kemenangan terakhir Perak di tempat lawan adalah ketika berkunjung ke Kota Kinabalu dengan jaringan 3-1.

Jadi, Perak perlu lebih memberi perhatian yang lebih ketika bertandang ke laman lawan untuk kekal fokus mencari 3 mata yang seterusnya.

Haji Norizan Bakar perlu menukar kesebelasan utama yang lazimnya diturunkan. Shafiq Jamal yang lama berehat dibangku simpanan mula menunjukkan taringnya apabila menjaringkan gol penting dalam perlawanan lalu. Begitu juga dengan Fazrul Hazli Khadri yang cemerlang ketika menentang Felda United di Ipoh.

‘Kuda sudah siap berpelana,
Pedang tersedia sisip dipinggang,
Kibar panji laungan bergema,
Tekadkan jiwa ke medan perang!’

Kesebelasan Utama Saranan SDN:

Kamarul Effendi (GK)
K Nanthakumar
Mohd Khairi Zainuddin
Hisyamuddin Syaari
Mohd Nasir Basiruddin
Michal Kubala
Sharulnizam Mustapa (KP)
Fazrul Hazli Khadri
Rafiuddin Roddin
Mohd Shafiq Jamal
Bodjongo Dika

Likes(0)Dislikes(0)