Liga Super 2012 | Perak Vs T-Team (result)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Selasa, 26 Jun 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 3 – 2 T-Team

‘Come From Behind Again!’. Perak mempamerkan karektor yang menakjubkan sekali lagi, biarpun ketinggalan 0-1 di awalnya dan selepas itu berjaya mendahului 3-1 pada satu ketika sebelum pihak lawan merapatkan jurang 3-2.

Tidak semudah yang disangkakan. Biarpun tampak perancangan Haji Norizan Bakar agak sama dengan sebelumnya, tetapi dihujung permainan nampak sedikit perubahan.

T-Team yang tampil garang mendahului pada minit ke 19 mengejutkan pemain-pemain Perak yang masih buntu mencari gol pembukaan. 20 minit beselang muncul Nazri Kamal dengan ‘volley’ menarik dari luar kotak penalti menewaskan Syamsuri Mustafa untuk gol penyamaan Perak.

Selepas itu, di babak kedua Perak berkerja keras dan hasilnya minit ke 64, hantar leret di depan gawang lawan oleh Bodjongo Dika disudahkan dengan mudah oleh Mohd Failee Ghazli untuk gol kedua Perak. Selepas itu, Perak terus garang dan mempamerkan karektor yang menakjubkan menambah gol diminit ke 67 hasil jaringan Bodjongo Dika apabila menerima hantaran pendek Michal Kubala.

Ketika perlawanan seakan-akan berakhir dengan 3-1, Faiz Subri sekali lagi mencatatkan namanya sebagai penjaring gol kedua T-Team menerusi sepakan percuma menarik dari jarak kira-kira 25 meter dari muka gol Perak menewaskan Mohd Nasril Nourdin.

Cukup membanggakan menyaksikan kebangkitan Perak ketika ini. Paling ketara peningkatan yang dipamerkan oleh Mohd Nazri Kamal yang berjaya meledakkan gol dikala memerlukan. Begitu juga dengan Mohd Failee Ghazli yang ketandusan jaringan semalam berjaya memecah kebuntuan jaringan peribadi musim ini dan diharap ianya menjadi pembakar semangat untuk memburu jaringan lagi selepas ini.

Bodjongo Dika, semakin digeruni pertahanan lawan ketika ini, beliau yang telah menghasilkan 4 gol setakat ini cuba menyaingi Michal Kubala yang telah menjaringkan 12 gol untuk Perak. Kebangkitan sebegini sememangnya amat ditagih dalam memastikan Perak terus memberi tentangan sengit kepada pihak lawan dalam setiap pertarungan.

Selepas ini, cabaran yang lebih getir menanti Perak apabila mereka akan menentang Selangor PKNS di Ipoh, bertemu Kelantan Di Kota Bahru, menentang Kedah di Alor Setar dan akhir sekali menentang Kuala Lumpur di Stadium Hang Jebat. Perak tidak boleh keciciran mata dalam semua baki perlawanan dalam memastikan posisi ketiga liga kekal. Pertahanan Perak perlu memperkemaskan kubunya yang dilihat kerapkali dibocori dalam setiap perlawanan.

Likes(0)Dislikes(0)

12 thoughts on “Liga Super 2012 | Perak Vs T-Team (result)

  1. saidin

    salam

    maaflah kalau kata kata teman salah....
    setahu teman setakat ini Bodjongo telah menjaringkan 5 gol.

    Komen teman untuk game malam tadi diseparuh masa yang pertama,corak permainan pasukan Perak hambar kerana kerap kali melakukan hantaran hantaran kurang tepat dan menyukarkan jaringan dilakukan dengan lebih banyak.

    Dibahagian tengah gandingan Kubala dan Ketua pasukan Shahrulnizam mempersembahkan satu mutu permainan yang agak longgar tidak seperti sedia kala.

    Bagi teman seandainya Nazri kamal yang diletakkan dibahagian difensive,Kubala diletakkan di bahagian Attacking dan Khalis Ibrahim diletakkan di bahagian sayap kanan sudah pasti coraknya berlainan.

    apa apapun tahniah diucapkan kerana 3 mata diperolehi lagi untuk 4 perlawanan berturut turut.

    Namun harapan untuk menyaksikan Kamarul effendi atau Khairul amri beraksi kembali mungkin tipi walaupun Nasril Nordin membuktikan pada dunia bahawa beliau seorang penjaga gol yang berjaya melakukan pembolosan yang terhebat sekali.

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. yeop ahmad

        salam

        maaflah kalau kata kata teman ni salah.......

        kepada cikgu jan... ples la bg khalis ibrahim men.. bia peminat fanatik dia dapat mengubat rindu yg lara kat khalis tuh sebab nak masuk list sub pun cikgu jan x bg peluang.. sedih nih !..

        n tolong la bg peluang kat khairul amri tu even die tu kaki tumbuk bola n x pandai nak aim mane bola tu pegi.. xpe men tumbuk2.. janji x bolos kan.. tolong la cikgu jan tolong..

        peminat fanatik khalis ibrahim.. pui !

        sekian

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. chuck

          Salam..

          Nak pikir mengubatkan hati or choose untuk menang yob??sebab itu masa training segala performance player diperhatikan secara grafnya.bukan oleh seorg,tapi kesuluruhan panel penilai.Jika ada yang lebih baik mengapa nak bagi pada dia??kalo dia nak main,dia kena buktikanlah masa sesi training yang dia lebih deserve masuk as a 1st 11 compare dengan player lain!!!

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. yeop ahmad

            salam...

            kepada yop saidin.. renung2kan kate2 yop chuck di atas ini ye... walaupun x silap awok die ni same geng ngn mike awal2 dulu..

            moga2 timbul keinsafan didalam diri sume dan jugak diri awok agar dapat menyokong pasukan perak sepenuh nye..

            sekian

            Likes(0)Dislikes(0)
  2. helmirizal

    4 kemenangan berturut-turut, tahniah diucapkan

    persembahan babak pertama agak membosankan terutamanya shahrulnizam & kubala , tp selepas tteam berjaya jaringkan gol baru nampak kebangkitan pemain perak untuk menyerang dengan lebih tersusun

    gol nazri kamal berjaya menambahkan keyakinan pemain perak pada separuh kedua perlawanan untuk tambah dua lagi jaringan oleh failee dan bodjongo

    3 game home bertemu pkns, kedah dan kuala lumpur, perak harus raih mata penuh

    ipoh mali talak sombong

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. feartheyob

      iyo beno yob...tak silap teman 2 game main home 2 main away...pkns dgn kedah main di ipoh...kn dlu dua2 dh main di luar...dulu dgn pkns kita seri 2-2, dengan kedah kena 0-3 walaupun control awal game...klumpur dulu dh main di ipoh menang 2-1...ce check balik...

      sekian

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. helmirizal

        lawan kuala lumpur memang sepatotnya perak bermain di tempat lawan, namun stadium yang digunakan kuala lumpur digunakan untuk kelayakan piala asia u22, jadi stadium perak dipilih FAM untuk jadi penganti...

        Likes(0)Dislikes(0)
  3. yazid

    Mmg jelas 1st half punya rentak sgt hambar...xmenarik,bnyk hantaran tersekat-sekat and ending kt tengah padang,permukaan padang juga tak berapa baik.Seperti yang di nyatakan oleh peminat/commentor yang lain bahagian tgh perak sgt longgar,mane perginya sengat dan bisa dari gandingan Kubala & arul.Serba xmenjadi.......hantaran jauh juga kurang tepat.Walaupun berjaya menang tp teman sebagai peminat kurang gembira dengan corak permainan perak.Coach Jan bagi peluang pada player muda yang lain.
    TAHNIAH PERAK !!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. pie

    Tahniah kepada semua pemain, jurulatih, pengurusan dan penyokong kerana mengambil sikap positif dan teruskan menyokong dan bekerja keras agar kejayaan sentiasa digenggam. All the best for next 4 games.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. helmirizal

    sekadar bertanya ke mana hilangnya 3 orang contributor yang dilantik hujung tahun lepas untuk mengemaskini web SDN ini?

    sudah lama tidak nampak kelibat anda....

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.